omniture

Hublot Sampaikan Pesanan Penuh Makna Kerana Kita Semua Juara

Hublot
2018-05-17 16:41 1225

NYON, Switzerland, 17 Mei 2018/PRNewswire/ --

Tahun 2018 ialah tahun FIFA World Cup™ yang mana Hublot menjadi penjaga masa rasmi. Bagi mengingati detik istimewa ini Hublot meraikan bola sepak dengan pesanan sejagat yang hebat tentang nilai-nilai yang mendorong seseorang menjadi juara. Hublot menganggap legenda-legenda termasuk Pelé, Maradona, Jose Mourinho dan Usain Bolt sebagai sahabat dan duta jenama. Mereka mewakili kejayaan menerusi kekuatan minda yang padu dan persembahan yang memberi inspirasi. Sebagai juara, mereka menyampaikan mesej "Bagaimana menjadi juara!" Kempen ini dijayakan melalui 13 visual legenda bola sepak disertakan dengan kata-kata motivasi. Dengan 30 hari lagi sebelum menjelangnya permulaan FIFA World Cup, legenda-legenda seperti Pelé dan Maradona berkongsi pandangan mereka tentang apa yang menjadikan mereka juara. Projek unik ini menghimpunkan para selebriti yang tidak pernah menyangka akan bertemu antara satu sama lain bersama-sama dan ini merupakan detik Art Of Fusion yang tidak asing lagi buat Hublot.

generated by system

generated by system

generated by system

"Saya percaya bahawa tiada pencapaian yang lebih baik untuk suatu jenama daripada menghimpunkan rakan-rakan dan duta-duta berkisarkan projek yang menyampaikan nilai-nilai positif dan penuh inspirasi. Kuasa pada potret, ketegasan kata-kata hikmah dan karisma personaliti kesemuanya digabungkan bagi menjadikan usaha ini sebagai kempen yang benar-benar bagus. Bagi kami, bola sepak ialah cara terbaik untuk menyampaikan suatu mesej, dan kempen ini bertujuan bukan sekadar untuk memberi penghormatan kepada bakat-bakat yang terlibat, berkongsi keinginan untuk bermain dan kehendak untuk mencapai impian seseorang, tetapi juga menyampaikan pesanan berkaitan harapan dan solidariti. Yakni, suatu imej dan kata-kata yang perlu dilihat semula seberapa kerap yang diperlukan. Oleh itu, mari jadi juara!" -Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot 

Kempen ini menyatukan pemain, jurulatih dan legenda yang kesemuanya meminati bola sepak. Kempen ini membawakan sepasukan 13 legenda yang masih hidup termasuk Pelé, Diego Maradona, jurulatih José Mourinho, lelaki terpantas di dunia dan seorang peminat bola sepak  yakni Usain Bolt, pengadil antarabangsa Bjorn Kuipers, tokoh antarabangsa Switzerland Xherdan Shaqiri; ikon-ikon bola sepak – David Trezeguet, Marcel Desailly dan Alexei Smertin – pengurus pasukan negara yang bermain dalam FIFA World Cup 2018™-Stanislav Cherchesov (Rusia), Gareth Southgate (England), Julen Lopetegui (Sepanyol), Didier Deschamps (Perancis) dan Hervé Renard (Maghribi).

Ini bukanlah kali pertama sesuatu pembuat jam tangan menghimpunkan nama-nama tersohor dalam bidang bola sepak. Pada tahun 2014, sempena Piala Dunia di Brazil, Hublot telah pun mengadakan kempen lain bagi menghimpunkan bintang-bintang bola sepak. Sekali lagi, Hublot mengesahkan visinya yang unik, berbeza dan baharu. Jenama pembuat jam tangan ini membuka pintunya dengan penetapan minda olahragawan dan ahli strategi terhebat sepanjang zaman bagi mendedahkan taktik serta mengeksploitasi matlamat dan kemenangannya. Ini juga merupakan satu peluang baik untuk mengenal pasti rakan-rakan jenama.

Kempen ini merupakan hasil gabungan antara kata-kata dan imej yang berkuasa; siri potret yang mendedahkan watak tersendiri setiap personaliti. Turut disertakan dalam potret ini ialah simbol pembuatan jam tangan Piala Dunia ke-21 – yakni lambang Matriochka atau bola sepak Hublot, kedua-duanya dicipta dan diwarnakan oleh seniman kontemporari, Rusia Andrey Bartenev.

Bagi memulakan kempen baru ini, sila dapatkan kata-kata hikmah dua pemain terbaik sepanjang zaman di bawah:

PEGANGAN SAYA, BOLA SEPAK 

"Untuk menjadi juara, anda tidak boleh menyerah atau berhenti berlatih. Aspek paling penting: hormati ibu bapa anda, memandangkan merekalah penasihat terbaik anda." - Diego Maradona

HATI & MINDA 

"Untuk menjadi juara, hormati orang lain dan jangan pernah beranggapan bahawa anda yang terbaik!"  - Pelé

Jadilah Hublot, Jadilah Diri Anda, Jadilah Juara! 

http://www.hublot.com

Source: Hublot
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Sporting Events Sports