DUBAI, UAE, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ --
Perkembangan pengindustrian dalam sektor perdagangan, kemajuan teknologi dilihat dapat merapatkan jurang pembiayaan perdagangan semasa bernilai $1.5 trilion, yang berpotensi menyuntik pertumbuhan baharu dalam perdagangan, menurut laporan 'Masa Depan Perdagangan' daripada DMCC, pihak berkuasa kerajaan Zon Bebas dan Dubai kemegahan dunia tentang perdagangan komoditi dan perusahaan.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/8330751-dmcc-research-bridge-trade-finance-gap/
Kajian ini menekankan impak transformasi digital yang semakin muncul untuk pengimport dan pengeksport serta sepuluh hab dagangan komoditi utama dunia, berserta peralihan berterusan dalam kuasa ekonomi dunia.
Laporan ini menyebutkan bahawa 50% daripada permohonan pembiayaan PKS ditolak oleh bank-bank manakala pembiayaan perdagangan alternatif yang dikuasakan oleh Teknologi Kewangan dan Rantaian Blok semakin mendapat tempat. Sebagai contoh, pasaran kewangan alternatif di rantau APAC meningkat lebih sekali ganda antara tahun 2015 dan 2016 kepada nilai berjumlah $245.2 bilion.
Laporan ini turut menyatakan bahawa Rantaian Blok berkemungkinan dapat menakrif semula sektor perdagangan sepanjang dekad akan datang, menyediakan kaedah yang lebih pantas, lebih selamat dan berkesan untuk mengendalikan aliran kerja dan membawa barangan merentasi sempadan, namun demikian kemajuan berskala luas masih perlu dilaksanakan.
Anggaran menunjukkan bahawa Rantaian Blok dapat meningkatkan KDNK global sebanyak hampir 5% dan jumlah perdagangan sebanyak 15%.
Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif, DMCC, berkata:
"Perdagangan dan pembiayaan perdagangan akan direvolusikan oleh Rantaian Blok serta teknologi baru muncul yang lain. UAE dan Dubai pantas meningkat maju dengan menumpu kepada masa depan bagi memanfaatkan perubahan-perubahan ini yang penting untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai hab dagangan komoditi nombor 1 di dunia."
Selain impak teknologi baru muncul, laporan ini memperincikan bagaimana faktor-faktor Geopolitik, termasuk pentadbiran AS semasa dan undian Brexit UK, mencabar aliran dagangan tradisional.
Dengan tinjauan sepuluh tahun, laporan ini menyebutkan bahawa pusat tumpuan ekonomi dunia beralih kepada Asia dan momentum inisiatif Jalur dan Jalan China sedang meningkat. Di samping itu, peningkatan pergantungan China terhadap penggunaan domestik dan peralihan kepada pengilangan diterajui teknologi akan menyaksikan 100 juta peluang pekerjaan intensif tenaga buruh beralih ke negara-negara berkos rendah yang lain. Ini akan menjurus kepada pertumbuhan pengilangan yang dipercepatkan, sebagai contoh di Vietnam, Myanmar dan Indonesia.
"Perdagangan dan pembiayaan perdagangan global berada pada kemuncak revolusi digital," kata Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif DMCC. "Sebagaimana kontena perkapalan merevolusikan perdagangan pada tahun 1950-an, kemajuan besar dalam teknologi akan membentuk semula industri perdagangan dan cara kita membawa barangan merentasi sempadan. Kajian kami membantu kita semua memahami bagaimana perdagangan global akan berevolusi dan sejauh mana kita dapat bersiap sedia, sepanjang dekad akan datang."
Indeks Perdagangan Komoditi (CTI) bebas, dilancarkan bersempena laporan ini, menanda aras dan menilai peranan sepuluh hab komoditi utama berbanding sepuluh penunjuk; AS, Belanda, Singapura UK, UAE, Switzerland, Hong Kong, China, Afrika Selatan dan Nigeria. UAE menduduki tempat pertama dalam CTI, didorong oleh endowmen sumber aslinya yang banyak. Negara berkedudukan tertinggi yang seterusnya dalam CTI ialah AS, diikuti dengan UK.
Laporan 'Masa Depan Perdagangan' 2018 mempunyai empat bab:
Laporan 'Masa Depan Perdagangan' memanfaatkan pandangan mendalam daripada 250 pemimpin industri, ilmuwan dan pakar daripada 6 hab dagangan komoditi utama, London, Zurich, Dubai, Singapura, Johannesburg dan Hong Kong, dengan kerjasama Asia House serta kajian kuantitatif global oleh The Centre for Economics and Business Research (Cebr) dan juga firma perunding pengurusan yang terkemuka di dunia, Sutherland Global Services.
Muat turun laporan di http://www.futureoftrade.com
Di twitter: @DMCCAuthority #futureoftrade.
(Logo: https://mma.prnewswire.com/media/692459/DMCC_Logo.jpg )