omniture

Atonomi Lancar Beta Rangkaian Daftar Identiti Dayakan Saling Kendalian Selamat untuk Internet Komunikasi Benda

Atonomi
2018-05-17 21:03 876

Atonomi Network kini tersedia untuk pembangun bawakan amanah dan identiti untuk IoT

SEATTLE, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Atonomi, cabang berasaskan rantaian blok bagi penyedia keselamatan IoT yang terkemuka CENTRI Technology, mengumumkan pelancaran beta rasmi Atonomi Network. Setelah diuji dan digunakan sepenuhnya, Atonomi Network berhasrat untuk menjadi protokol keselamatan didayakan rantaian blok pertama untuk menyediakan perkhidmatan pendaftaran, pengaktifan, pengesahan dan reputasi peranti bagi menjamin Internet Komunikasi Benda (IoT) yang berkembang pesat. Inovasi utama Atonomi Network adalah untuk mengukuhkan identiti dan reputasi peranti pada rantaian blok, mendayakan kesalingoperasian yang dipercayai antara berbilion-bilion peranti terhubung. Usaha menjamin IoT adalah misi kritikal untuk pelbagai sektor termasuk bandar pintar, rawatan kesihatan, pengeluaran dan pengutomatan kediaman.

Pelancaran beta Atonomi Network melibatkan kit pembangunan perisian (SDK) yang disediakan melalui GitHub, yang boleh digunakan oleh pembangun untuk membenamkan protokol keselamatan Atonomi Network dalam peranti IoT; QuickStart Guide bagi membantu pembangun memahami bagaimana untuk melaksanakan teknologi dan proses untuk mendaftar peranti dengan rangkaian; dan kontrak pintar, yang akan menghubungkan Atonomi Network kepada rantaian blok Ethereum.

Ketua Pegawai Eksekutif Atonomi Vaughan Emery berkata: "Berbilion-bilion peranti IoT yang telahpun digunakan membawakan ruang serangan yang luas untuk penggodam dan proses-proses berbahaya lain untuk disasarkan. Unjuran masa depan menunjukkan bilangan peranti ini yang lebih banyak, dikaitkan dengan begitu erat dalam kehidupan harian kita. Kami percaya pengesanan identiti dan reputasi peranti asas-kepercayaan (root-of-trust) adalah penting untuk menjamin kesalingoperasian peranti yang diperlukan untuk dunia bagi menikmati potensi penuh IoT."

Atonomi Network membawakan perkhidmatan identiti dan reputasi selamat berasaskan rantaian blok kepada pembangun dan pengeluar, memberikan kebolehan kepada mereka untuk menjamin dan mengesahkan peranti IoT dalam seluruh aplikasi dunia sebenar. Atonomi Network akan dapat memberi manfaat kepada IoT perindustrian dengan membolehkan pengeluar menggunakan sensor, pengawal dan peranti IoT yang lain dengan selamat. Ia menyasarkan untuk menggalakkan pertumbuhan bandar pintar dengan membolehkan majlis pembandaran menghubungkan peranti IoT dengan selamat dan terjamin seperti lampu jalan pintar dan sensor lalu lintas; serta membantu organisasi-organisasi rawatan kesihatan melindungi peranti dalam klinik serta peranti yang dibawa pulang bersama pesakit, termasuk pam insulin dan monitor jantung.

Untuk melihat kod pembangun Atonomi Network melalui GitHub, layari https://github.com/atonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Atonomi Vaughan Emery sedia untuk ditemubual.

Latar Belakang Atonomi:

Atonomi ialah pencipta Rangkaian Daftar Identiti Atonomi. Rangkaian Atonomi diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan identiti dan reputasi peranti bagi mendayakan kebolehoperasian IoT yang selamat. Melalui aplikasi teknologi rantaian blok, Atonomi menyasarkan untuk memungkinkan penyelesaian IoT memanfaatkan Rangkaian dan bergantung pada identiti dan reputasi peranti demi transaksi IoT yang selamat. Syarikat induk Atonomi, CENTRI Technology, ialah penyedia utama bagi keselamatan data IoT untuk peranti kekangan sumber. Untuk maklumat lanjut, layari atonomi.io.

HUBUNGI: Lucinda Bell, lucinda@wachsman.com

Source: Atonomi
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Blockchain