DUBAI, UAE, 18 Mei 2018 /PRNewswire/ --
Pengalaman hiburan malam hari eksklusif akan mengundang Jason Derulo, Alessandra Ambrósio, Rick Ross, Bob Sinclar dan ramai lagi.
Dibangunkan oleh Bulldozer Group, kelab malam unggul tempatan yang terkemuka di Dubai, BASE Dubai telah merevolusikan suasana hiburan malam hari di Timur Tengah. Pada Jun ini, ia akan membawakan barisan acara yang luar biasa dan perkhidmatan mewah ke Moscow, Rusia sempena FIFA World Cup 2018. Kelab sementara eksklusif ini merupakan kelab malam khusus pertama yang dibuka khas untuk acara sukan dan memberi jaminan untuk menjadi lokasi tengah malam bertaraf dunia untuk golongan kaya dan terkenal.
Membawakan produksi canggih dari Dubai ke Moscow, BASE menggabungkan hiburan, seni & persembahan langsung termaju bagi mewujudkan acara-acara mewah. Kelab sementara mewah itu akan dilancarkan pada 14 Jun bersama bintang R&B Amerika, Jason Derulo. Dijadual untuk memulakan upacara rasmi dengan lagu single beliau, 'Colors', yang digubah khusus untuk pertandingan tersebut, Derulo akan memulakan barisan acara BASE Moscow menerusi persembahan langsung yang intim.
Program Piala Dunia BASE membawakan kolaborasi acara selama sebulan bersama jenama-jenama yang terkenal di dunia dan juga persembahan selebriti termasuk: Timati pada 22 Jun, Peragawati Brazil Alessandra Ambrósio akan menganjurkan acara Café De La Musique yang terkenal pada 27 Jun sebelum Egor Kreed pada 29 Jun dan Geegun pada 1 Julai. Penyanyi rap Amerika Rick Ross akan membuat persembahan buat julung kalinya di Rusia, secara eksklusif untuk BASE Moscow pada 6 Julai, diikuti oleh Bob Sinclar pada 11 Julai, serta DJ, penerbit dan artis sensasi internet Gianluca Vacchi pada 14 Julai.
Melalui jalinan kerjasama dengan lokasi-lokasi hiburan malam antarabangsa, BASE dapat mengadakan majlis-majlis unik yang diatur secara strategik untuk diadakan pada hari yang sama ketika setiap pasukan beraksi, menyesuaikan tawaran hiburan agar sepadan dengan pelancong yang berkunjung dari setiap negara. Membawakan acara-acara berkaliber tertinggi dari seluruh dunia, BASE mempersembahkan; 1 OAK New York pada 16 Jun, Les Caves Du Roy St Tropez pada 17 Jun, VIP Room Marrakesh pada 20 Jun, Cirque Le Soir London pada 23 Jun, L'Arc Paris pada 26 Jun, Café De La Musique Brazil pada 27 Jun, Dragon-I Hong Kong pada 30 Jun dan E11even Miami pada 13 Julai.
Rakan kongsi usaha sama berkenaan, Andrey Shirman, turut dikenali sebagai DJ Smash akan menganjurkan acara muzik house dan elektronik popular beliau, Moscow Never Sleeps pada setiap minggu di BASE pada 21 Jun, 28 Jun dan 5 Julai.
Evgeny Kuzin, Rakan Pengurusan Bulldozer Group berkata, "Dengan membawakan pelancongan dan keseronokan kepada ibu kota Rusia buat julung kalinya, FIFA World Cup memberi peluang untuk membawakan lokasi tersohor kami, BASE ke persada dunia. Kami berasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada peristiwa penting ini, bagi menyediakan hiburan cemerlang dan satu-satunya pengalaman eksklusif seumpamanya di Moscow."
BASE akan dibuka di kawasan tepi sungai mewah Moscow, daerah Savvinskaya Naberezhnaya mulai 14 Jun hingga 15 Julai, bermula pada jam 11 malam hingga lewat malam.
Untuk tempahan sepanjang FIFA World Cup 2018, sila hubungi moscow@basedubai.com