SUZHOU, China, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (GCL SI) (002506.SZ), subsidiari konglomerat tenaga bersih yang terkemuka di dunia, GCL Group, akan membawakan pelbagai modul mono dan modul berbilang berkecekapan tinggi baharu dalam pameran Ekspo Kuasa PV SNEC (SNEC) tahunan di Shanghai pada penghujung Mei ini.
Di SNEC, GCL Group akan menempati reruai berkeluasan 968 meter persegi di Dewan E1, "Dewan Jenama Antarabangsa Projek dan Aplikasi Sel serta Sistem Solar", memaparkan produk terkini yang mencakupi semua aspek dalam industri PV termasuk penyepaduan aplikasi teknologi PV, rantaian industri tenaga pintar, kediaman pintar dan gabungan penggunaan solar dan haba. Pameran yang amat dinanti-nantikan ialah teknologi FBR + CCz revolusioner GCL SI, berserta pelbagai modul mono dan modul berbilang yang berkecekapan tinggi, termasuk beberapa model yang direka bentuk untuk projek-projek pembasmian kemiskinan oleh syarikat. Eric Luo, Presiden GCL SI, berkata GCL akan meneruskan usahanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memberi nilai yang lebih hebat kepada pelanggan.
Kini, GCL SI mempunyai kapasiti pengeluaran modul kira-kira 6 GW dan jumlah penghantarannya mencecah 4.84 GW pada tahun 2017, menyenaraikannya sebagai salah satu pembekal utama di dunia. Purata kecekapan sel PERC silikon hitam polihabluran berprestasi tinggi mencecah 20.8% manakala kecekapan maksimumnya mencecah 21.3%. Kuasa modul 60-sel polihablurannya melebihi 300W, menjadikan GCL SI sebagai peneraju industri mutlak dari segi prestasi modul polihabluran. GCL SI mengambil bahagian dalam pembidaan dua Projek Front-runner di Changzhi dan Tongchuan menerusi produk-produk berkecekapan tinggi.
Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, pasaran fotovolta akan mencapai pertumbuhan kukuh. Khususnya, permintaan terhadap fotovolta dalam pasaran-pasaran baru muncul luar negara akan terus berkembang. GCL SI akan mengukuhkan lagi usaha penyelidikan dan pembangunannya terhadap produk berkecekapan tinggi, menggabungkan perniagaan utama fotovoltanya serta menumpu pada peningkatan proposisi perniagaan luar negara. Pada tahun 2017, perniagaan antarabangsa GCL SI berkembang sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya, menyumbang sebanyak 26.37% daripada jumlah perniagaan keseluruhan. Dijangkakan bahawa saham perniagaan luar negara akan mencecah 50% pada tahun 2018.
GCL SI dipandu oleh permintaan pasaran dan penyediaan produk berkualiti dan berkecekapan tinggi untuk pelbagai persekitaran di seluruh dunia. Selnya yang berkecekapan tinggi, modul MBB dan produk dwikaca dwimuka daripadanya memenuhi keperluan Projek-projek Front-runner China serta pasaran-pasaran luar negara. Melalui pembangunan pakej penyepaduan modular, keperluan tersuai pelanggan tempatan dan luar negara juga dapat dipenuhi. Selain itu, GCL SI terus menggalakkan pengilangan pintar, membantu mempercepatkan evolusi pengilangan kepada pengautomatan dan pendigitan serta menyepadukan teknologi maklumat seperti Internet dan Internet Komunikasi Benda dalam proses pengeluaran. Pengeluaran kecil-kecilan dan pengilangan pintar dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan produk, yang dapat membantu GCL-SI mencapai matlamat pembangunan berkualiti tingginya.
Latar Belakang Ekspo Kuasa PV SNEC
Kini memasuki tahun ke-12, Ekspo Kuasa PV SNEC (SNEC) diasaskan oleh Persatuan Industri Fotovolta Asia (APVIA), Persatuan Tenaga Boleh Diperbaharui China (CRES) dan Persatuan Industri-industri Tenaga Boleh Diperbaharui Cina (CREIA) dan ditaja bersama oleh 19 agensi dan organisasi antarabangsa, termasuk Persatuan Industri Tenaga Solar AS (SEIA), antaranya. Selaku pameran tenaga baharu yang terbesar di dunia dan platform penting untuk syarikat-syarikat besar mempamerkan produk-produk teknologi termaju, SNEC membawakan peralatan pengeluaran PV, bahan-bahan, sel-sel, produk dan modul aplikasi serta projek dan sistem solar, yang mencakupi semua aspek dalam rantaian industri fotovolta.
Latar Belakang GCL-SI
GCL System Integration Technology Co., Ltd. (002506.SZ) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem sehenti tenaga bersepadu dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.