omniture

Pertumbuhan dalam Sektor Tekstil di Pameran Canton ke-123 Perlihat Peningkatan Peluang untuk Industri

Pameran Canton
2018-05-24 12:53 1493

GUANGZHOU, China, 24 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) kali ke-123 melabuhkan tirainya dengan produk tekstil & pakaian Cina mencapai jumlah pusing ganti sebanyak US$1.42 bilion, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang sebanyak 4.7 peratus daripada jumlah transaksi keseluruhan dalam acara berkenaan.

"Data kami menunjukkan bahawa eksport tekstil dan pakaian Cina mengalami pemulihan pada kadar yang amat bagus," kata Maggie Pu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di Pameran Canton. "Data statistik terkini daripada Pentadbiran Am Kastam menunjukkan eksport terkumpul bagi produk tekstil dan pakaian Cina meningkat pada kadar 4.23 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencecah US$78.932 bilion pada empat bulan pertama tahun 2018, dengan US$36.372 bilion daripadanya adalah daripada sektor tekstil yang mencapai pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 11.37 peratus."

Tanda-tanda Pemulihan dengan keperluan alam sekitar dan kualiti lebih baik

"Banyak syarikat tekstil & pakaian yang menyertai sesi dalam Pameran Canton ini menyifatkan pemulihan dan pertumbuhan sektor berkenaan adalah hasil penaiktarafan industri yang komprehensif. Syarikat-syarikat telah membangunkan fabrik tekstil baharu yang mesra alam dan berkualiti tinggi, menonjolkan kehandalan teknikal dan meningkatkan perkhidmatan sokongan mereka demi memenuhi keperluan pasaran antarabangsa," kata Pu.

Fuzhou Shangfei Clothing Co., Ltd., contoh peserta yang mencetuskan kemajuan hebat dalam inovasi produk, mempamerkan fabrik kot baharu yang terbiodegradasi dan boleh dikitar semula dalam Pameran Canton tahun ini. Fabrik ini memenangi Anugerah ISPO bagi segmen luar dan diterima baik dalam pasaran Eropah.

Peningkatan Daya Saing Sokong Peralihan Pasaran

Pertumbuhan sektor pakaian dan tekstil mendorong kematangan syarikat-syarikat dalam industri dan ini ditonjolkan melalui syarikat-syarikat yang menyertai Pameran Canton. Beberapa keupayaan biasa masa kini daripada vendor yang hadir termasuk:

  • Keupayaan pengilangan dan penyesuaian termaju
  • Kebolehan membekalkan produk butik dan premium
  • Program-program R&D yang kukuh
  • Respons pantas terhadap pertanyaan dan sokongan khidmat pelanggan yang menyeluruh

Menurut Gao Song, Presiden Jiangsu Sainty, syarikat membawakan pakaian dan produk tersuai mereka ke Pameran Canton, yang menonjolkan keupayaan pengilangan berkualiti tinggi syarikat. Acara ini juga menjadi platform penting untuk keupayaan penyelidikan dan perkhidmatan syarikat, selain menjadi penyumbang kepada pertumbuhan syarikat.

Huang Haitao, Ketua Pejabat Jiangsu Soho percaya bahawa Pameran Canton, yang berperanan sebagai saluran penting untuk berkomunikasi dengan pembekal global, dapat membantu mereka memahami trend dan pembezaan industri antara produk-produk, berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang berharga serta mengubah hubungan persaingan menjadi perkongsian melalui segmentasi perkhidmatan.

Growth in Textile Sector at 123rd Canton Fair Signals Rising Opportunities for Industry
Growth in Textile Sector at 123rd Canton Fair Signals Rising Opportunities for Industry

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141151-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news