omniture

Trofi Juara Stihl TIMBERSPORTS(R) 2018 di Marseille

Stihl TIMBERSPORTS Series
2018-05-28 18:32 1221

MARSEILLE, Perancis, 28 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Stirling Hart dari Kanada menang pertandingan sukan pembalak paling sukar

Champions Ring 2018 menjadi milik Kanada. Stirling Hart meraih kemenangan menerusi Trofi Juara Stihl TIMBERSPORTS® di Vieux Port Marseille. Di hadapan 1,200 penonton di arena yang habis terjual tiketnya, pemenang berusia 28 tahun ini berjaya meraih kemenangan mengatasi sebelas atlet sukan pembalak terbaik di dunia. Dalam pusingan akhir yang mendebarkan, beliau menewaskan Jason Wynyard dari New Zealand dengan menyelesaikan keempat-empat disiplin dengan kapak dan gergaji dalam masa hanya 1:03.40 minit. Mitch Argent dari Australia berjaya meraih tempat ketiga.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Aksi sukan pembalak bertaraf dunia
"Tahun lalu saya hampir memenangi Trofi Juara dan perkara itu sentiasa bermain dalam fikiran saya," akui Stirling Hart. "Saya berasa amat gembira kerana telah menang. Saya sudahpun memberi tumpuan pada pertandingan antarabangsa seterusnya. Saya akan bercuti selama beberapa hari bagi menikmati kemenangan saya dan kemudiannya mula bersedia untuk Kejohanan Dunia." Mitch Argent yang berjaya mengungguli tempat ketiga berjaya selesai dalam masa 58.12 saat yang mengagumkan dalam peringkat suku akhir - masa terpantas dalam hari tersebut - namun demikian kalah di tangan Hart dalam pusingan separuh akhir. Dalam perlawanan meraih pingat gangsa, Argent meraih kemenangan dengan mengatasi Martin Komarek dari Republik Czech yang merupakan atlet terbaik Eropah.

Komarek disusuli dengan Michal Dubicki (Poland), Arden Cogar (AS), Pierre Puybaret (Perancis), Ferry Svan (Sweden), Armin Kugler (Austria), Paolo Vicenzi (Itali), Simon Bond (Great Britain) dan Andrea Rossi (Itali).

Pertarungan kalah mati mendebarkan dan semangat yang cekal  
Format pertandingan yang digunakan dalam Trofi Juara memerlukan ketahanan, ketepatan dan kekuatan maksimum. Empat disiplin kapak dan gergaji daripada Siri Stihl TIMBERSPORTS® diselesaikan berturut-turut dan pemenang bagi setiap pertarungan mara ke pusingan seterusnya. Atlet-atlet perlu memberi tumpuan sepenuhnya dalam disiplin gergaji rantai Stock Saw, pertandingan kategori kapak Underhand Chop, Single Buck yang membawakan gergaji tangan perseorangan dua meter panjang serta Standing Block Chop.

Turut berlangsung pada hari Sabtu, lapan atlet sukan pembalak muda yang terbaik di dunia berentap dalam Kejohanan Dunia Rookie Stihl TIMBERSPORTS®. Daniel Gurr dari Australia meraih kemenangan dengan menewaskan Michael Del Pin dari Itali yang berada di tempat kedua dan Chas Haas dari AS.

Atlet-atlet terbaik dunia akan bertemu seterusnya pada 19 dan 20 Oktober 2018 sempena Kejohanan Dunia Stihl TIMBERSPORTS® di Liverpool, England.

Latar Belakang Stihl TIMBERSPORTS® 
Siri Stihl TIMBERSPORTS® ialah satu siri pertandingan sukan lasak antarabangsa. Ia bertapak kukuh di Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Springboard, Underhand Chop dan Standing Block Chop ialah disiplin-disiplin kapak klasik; Single Buck (gergaji pengerat perseorangan), Stock Saw (gergaji rantai) dan Hot Saw (gergaji rantai ditala dan tersuai sehingga 80 kuasa kuda) menyaksikan para atlet bersaing antara satu sama lain di samping mengejar masa. Untuk maklumat lanjut layari: http://www.stihl-timbersports.com

Maklumat lanjut disediakan di http://www.stihl-timbersports.com.
Siaran media, gambar dan video disediakan dalam koleksi media di http://media.stihl-timbersports.com.
Imej dan Video boleh digunakan secara percuma untuk tujuan penyuntingan dengan teks pengenalan "Imej: Stihl TIMBERSPORTS[®"]

Stihl TIMBERSPORTS® ialah tanda dagangan berdaftar ANDREAS STIHL AG & Co. KG.
Untuk maklumat lanjut tentang hal ini sila layari https://www.stihl-timbersports.com/about-timbersports.aspx


Perhubungan media
Christopher Borghorst        
No. Telefon: +49-(0)7151 / 26-3487        
Faks: +49-(0)7151 / 26-83487        
Emel: christopher.borghorst@stihl.de        
http://www.stihl.de
ANDREAS STIHL AG & Co. KG
Badstraße 115
71336 Waiblingen

Source: Stihl TIMBERSPORTS Series
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Sporting Events Sports