CHANGSHA, China, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ -- SANY International, sebuah syarikat subsidiari SANY Group baru-baru ini mengeluarkan laporan kewangan tidak diaudit yang menyebutkan bahawa pendapatan komprehensif syarikat mencecah 997 juta yuan dalam suku pertama, mencatatkan pertumbuhan 96.5 peratus berbanding tahun sebelumnya; keuntungan bersih pemegang saham mencecah 172 juta yuan, meningkat 139.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menyumbang sebanyak 75 peratus daripada paras sepanjang tahun 2017. Kadar keuntungan bersih meningkat 3.12 mata peratus kepada 17.25 peratus, yang menunjukkan bahawa SANY International mencapai pembangunan pesat.
Ini merupakan kali pertama SANY International menyiarkan keputusan suku tahunannya, yang dipercayai oleh orang dalam bahawa syarikat yakin dengan pembangunan masa depannya.
Dipengaruhi oleh dasar-dasar negara sepanjang tahun-tahun lalu, industri perlombongan mengalami pemulihan pesat, menjana kuantiti permintaan pasaran yang besar. Di samping itu, dipacu oleh pemulihan perniagaan penghantaran global dan "Inisiatif Jalur dan Jalan", syarikat bergiat aktif meluaskan pasaran jentera pelabuhan antarabangsanya. Dalam suku pertama, jumlah jualan bagi produk jentera perlombongan dan produk jentera pelabuhan mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan.
Mulai Januari hingga Mac, pendapatan jualan mesin arang batu SANY meningkat sebanyak lebih 100 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu; kuantiti penghantaran mencapai pertumbuhan sebanyak lebih 50 peratus.
"Dirangsang oleh pemulihan industri dan pembaharuan peralatan, peralatan tenaga dan jentera pelabuhan akan mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh. SANY International, selaku perusahaan utama dalam industri jentera perlombongan dan jentera pelabuhan, prestasinya adalah menurut jangkaan kami," kata orang dalam industri.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi: 1 800 GO SANY (1-800-467-269)
Laman sesawang rasmi: www.sanyglobal.com
Emel: sales31@sanygroup.cn
Ikuti kami melalui:
Facebook: SANY Group
WeChat: SanyWorldwide
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144439-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144439-1-a