omniture

GCL SI Perkenal Modul Berkecekapan Tinggi Baharu Tampilkan Teknologi MBB di Ekspo Kuasa PV SNEC

Produk Baharu Perkasa Peluasan Tembusi Pasaran Baru Muncul
GCL System
2018-05-30 22:06 1327

SHANGHAI, 30 Mei 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., LTD. (SZ: 002506) ("GCL-SI"), subsidiari GCL Group, penyedia perkhidmatan tenaga yang terkemuka di China, memperkenalkan julung kalinya empat modul monohabluran dan polihabluran baharu yang menampilkan teknologi Berbilang-Busbar (MBB) di Ekspo Kuasa PV SNEC di Shanghai. Syarikat turut mengumumkan rancangan untuk memberi penekanan sama rata antara kedua-dua jenis modul dan berkembang menembusi pasaran-pasaran baru muncul di seluruh dunia.

"GCL Technology Enhanced Value" 300 W+ High Efficiency Module Launch Ceremony
"GCL Technology Enhanced Value" 300 W+ High Efficiency Module Launch Ceremony

Penambahan baharu ke dalam portfolio berkecekapan tinggi GCL-SI disediakan dalam dua siri iaitu modul fotovolta (PV) kaca tunggal normal dan modul dwimuka kaca-kepada-kaca. Output kuasa modul polihabluran MBB kaca tunggal mencecah 305W dalam pengeluaran besar-besaran, menjadikannya sebagai modul polihabluran jenis normal dengan output tertinggi di dunia. Kuasa watt untuk modul monohabluran kaca tunggal mencecah 315W, iaitu 10W lebih tinggi berbanding output standard dalam Program Top Runner China.

CTO of GCL, Zhang Chun is presenting the Ultra Efficient 300 W+ Series
CTO of GCL, Zhang Chun is presenting the Ultra Efficient 300 W+ Series

"Barisan modul baharu kami yang menampilkan teknologi MBB merupakan satu pengubah lanskap buat kami. Modul-modul ini membolehkan kami menawarkan aspek kecekapan, keandalan dan kefleksibelan aplikasi tinggi pada kos pengeluaran yang lebih rendah, yang menjadikannya boleh diakses kepada kumpulan bakal pelanggan yang lebih luas," kata Luo Xin, presiden GSL-SI. "Jumlah jualan luar negara kami meningkat sekali ganda tahun lalu. Menuju masa depan, kami akan meluaskan operasi kami ke dalam pasaran-pasaran baru muncul, khususnya negara-negara yang berada dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China dengan membangunkan atau melabur dalam taman perindustrian, dengan matlamat untuk mencapai 50% jualan di luar negara kami menjelang akhir tahun 2018 dan 70% menjelang tahun 2020."

Teknologi MBB memberikan peningkatan sebanyak 2% dalam kecekapan sel dan peningkatan 30W dalam output kuasa untuk modul-modul. Di samping itu, modul dwimuka kaca-kepada-kaca meningkatkan dengan ketara potensi penjanaan kuasa pada setiap permukaan. Produk-produk baharu ini bukan sahaja menunjukkan tahap kemajuan teknologi syarikat, tetapi juga kepelbagaian dalam barisan produk. Portfolio modul monohabluran dan polihabluran akan memberi kelebihan kedudukan dalam industri buat GCL-SI, menjurus kepada pertumbuhan dalam bahagian pasaran.

Kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti PERC Silikon Hitam Polihabluran, PERC Monohabluran, Monohabluran jenis-N dan banyak lagi, berserta produk dan kemajuan cemerlang teknologi yang amat berbeza, telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi dan juga kecekapan. Hasilnya, pasaran PV mengalami pertumbuhan kukuh dan pasaran-pasaran baru muncul khususnya, berkembang pesat.

Selaku pengeluar terkemuka dunia bagi modul PV, GCL-SI menawarkan perkhidmatan kepada pasaran tempatan dan global menerusi pelbagai keperluan dan keadaan aplikasi dengan modul-modul sel berkecekapan tinggi. Syarikat berupaya menangani keperluan pelanggan tertentu dengan mewujudkan penyelesaian sistem penyepaduan buatan khas. GCL-SI telah berusaha menembusi pengilangan pintar, meningkatkan prestasi produk dan kecekapan pengeluaran dengan teknologi-teknologi baharu seperti pengautomatan, pendigitan dan Internet Komunikasi Benda.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI) merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem sehenti tenaga bersepadu dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2145065-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2145065-1-b

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news