omniture

Special Master/Pemegang Amanah Beg Udara Takata Umum Pelancaran Proses Tuntutan Untuk Kecederaan Peribadi Atau Kematian Secara Salah

Takata Special Master/Trustee
2018-05-31 00:00 2573

BOSTON, 31 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Kenyataan berikut dikeluarkan oleh Profesor Eric D. Green, Special Master untuk Dana Restitusi Individu Begi Udara Takata Jabatan Kehakiman dan Pemegang Amanah bagi Dana Amanah Pampasan Tort yang Diwujudkan dalam Kes Kebankrapan Takata.

Tuntutan Beg Udara Rosak Takata

Profesor Eric D. Green, Special Master yang Dilantik oleh Mahkamah bagi Dana Restitusi Individu Takata ("IRF") sebanyak $125 juta Jabatan Kehakiman dan Pemegang Amanah Lantikan Mahkamah bagi Dana Amanah Pampasan Tort Beg Udara Takata ("TATCTF") yang diwujudkan dalam kes kebankrapan Takata hari ini mengumumkan beliau melancarkan program pampasan untuk individu yang mengalami kecederaan peribadi atau kematian secara salah akibat kejadian pecah atau pemgembangan agresif inflator beg udara ammonium nitrat fasa stabil Takata ("Kerosakan Inflator Beg Udara Takata "). TATCTF mempunyai kira-kira $140 juta.

Terdapat tiga jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh individu yang mengalami kecederaan atau kematian secara salah yang disebabkan oleh Kerosakan Inflator Beg Udara Takata: (i) "Tuntutan IRF" untuk pampasan daripada IRF, dana restitusi akibat kecederaan peribadi dan kematian secara salah diselia oleh Special Master dan diwujudkan di bawah Perintah Restitusi yang dimasukkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Timur Michigan ("Mahkamah Daerah") pada 27 Februari 2017 berkaitan dengan kes jenayah Jabatan Kehakiman terhadap Takata, A.S. lwn. Takata Corporation, Nombor Kes 16-cr-20810 (E.D. Mich.); (ii) "Tuntutan Amanah" terhadap Takata, yang perlu diselesaikan melalui TATCTF, diselia oleh Pemegang Amanah dan diwujudkan menerusi perkaitan dengan Bab 11 Rancangan Penyusunan Semula Takata ("Pelan Kebankrapan") dalam Mahkamah Kebankrapan untuk Daerah Delaware ("Mahkamah Kebankrapan"), dan (iii) "Tuntutan POEM" terhadap Pengilang Peralatan Asli Yang Mengambil Bahagian ("POEM;" setakat ini, satu-satunya POEM ialah Honda/Acura), yang perlu diselesaikan menurut Pelan Kebankrapan melalui TATCTF yang diselia oleh Pemegang Amanah.

Setiap satu daripada tiga jenis tuntutan ini mempunyai keperluan kelayakan tersendiri dan setiap jenis tuntutan hanya melindungi kecederaan fizikal dan kematian secara salah yang berpunca daripada Kerosakan Inflator Beg Udara Takata. Tuntutan berkaitan kecederaan atau kematian secara salah yang disebabkan oleh komponen beg udara yang lain, seperti kegagalan beg udara untuk berfungsi, pengembangan beg udara secara spontan, kecederaan kemalangan yang tiada kaitan dengan inflator atau kerugian ekonomi yang tiada kaitan dengan kecederaan fizikal atau kematian, tidak dilindungi oleh tiga jenis tuntutan yang disebutkan di atas.

Individu-individu kini boleh mengakses borang tuntutan, termasuk arahan terperinci mengenai cara memfailkan tuntutan, melalui laman sesawang IRF, www.takataspecialmaster.com, atau melalui laman sesawang TATCTF, www.TakataAirbagInjuryTrust.com.

Penyeliaan Proses Tuntutan dan Sumber untuk Maklumat Lanjut

Profesor Green dilantik oleh Mahkamah Daerah untuk berkhidmat sebagai Special Master bagi menyelia Tuntutan IRF dan dilantik oleh Mahkamah Kebankrapan untuk bertindak sebagai Pemegang Amanah yang menyelia Tuntutan Amanah dan Tuntutan POEM.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kelayakan, tarikh akhir pemfailan dan cara untuk memfailkan tuntutan, sila layari www.takataspecialmaster.comwww.TakataAirbagInjuryTrust.com, emel Questions@TakataAirbagInjuryTrust.com, atau hubungi kami di talian bebas tol (888) 215-9544.

SUMBER: Takata Special Master/Trustee

 

Source: Takata Special Master/Trustee
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Hispanic-oriented news Attorney/Lawsuit Investigation