omniture

Banteras Berita Palsu Dengan Rantaian Blok: Platform 'Eventum' Baharu Kesan Kandungan Palsu Beberapa Minit

Eventum
2018-05-31 20:29 2306

LJUBLJANA, Slovenia, 31 Mei 2018/PRNewswire/ --

Syarikat baharu Slovenia Eventum tangani masalah berita palsu menggunakan platform kebijaksanaan-orang-ramai berasaskan-rantaian blok untuk mengesan kandungan palsu dalam beberapa minit. 

Pada zaman lambakan maklumat ini, 'Berita Palsu' menjadi satu masalah hakiki. Pertambahan artikel-artikel yang tidak disahkan, atau lebih parah, sama sekali palsu yang dipaparkan di media sosial telah digunakan sebagai senjata untuk mempengaruhi seluruh penduduk, seperti yang dilihat dalam pilihan raya AS baru-baru ini dan juga referendum Brexit UK.

Eventum (Eventum.network), sebuah syarikat baharu rantaian blok, membangunkan teknologi untuk mengenal pasti 'berita palsu' dengan cara yang pantas, murah dan selamat dengan mengambil kata hikmah lama: 'kebijaksanaan orang ramai' berserta teknologi rantaian blok.

Platform ini berfungsi dengan membayar individu sebenar untuk menyemak berita mengikut fakta dan menggunakan algoritma canggih bagi memberikan kelajuan dan ketepatan. Dalam ujian yang dijalankan pada 'rangkaian alfa' mereka, platform Eventum berupaya mengenal pasti berita palsu kurang daripada tiga minit. Teknologi sedemikian boleh digunakan untuk mengurangkan mahupun menyingkirkan penularan maklumat salah melalui rangkaian sosial dan mampu menjadi senjata penting dalam usaha membanteras berita palsu dan propaganda.

Martin Milken, pengasas bersama Eventum menjelaskan:

"Rangkaian Eventum menggunakan kombinasi tiga elemen: penyumberan orang ramai dengan insentif, algoritma canggih dan rantaian blok yang membolehkan kami mengesan berita palsu dengan pantas dan murah. Teknologi kami boleh digunakan sebagai lapisan pengesahan untuk berita sedia ada atau untuk mengesan berita palsu sebelum ia diterbitkan."

Pengesanan berita palsu hanyalah satu daripada banyak kegunaan rangkaian Eventum. Platform hebat ini boleh digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan hampir sebarang maklumat, termasuk peristiwa berita secara langsung dan data sukan selain melaksanakan pengecaman imej dan kesederhanaan kandungan.

Latar Belakang Eventum

Eventum memudahkan orang ramai mendapat bayaran dengan melaporkan peristiwa dan maklumat pada waktu nyata di sekeliling mereka, manakala pembangun berpeluang mendapatkan sebarang data yang mereka inginkan melalui suapan data yang murah, pantas dan selamat. Ia menggunakan prinsip 'kebijaksanaan orang ramai' dan 'rantaian blok sebagai sistem pengadilan' pada rangkaian Ethereum untuk menyelesaikan masalah, termasuk berita palsu, pengekstrakan data eSukan dan maklum balas waktu sebenar kepada algoritma AI. Eventum berpangkalan di Ljubljana, Slovenia, mempunyai pasukan antarabangsa yang terdiri daripada 13 orang dan telah mengumpul pembiayaan tambahan sebanyak €5 Juta setakat ini. Kunjungi http://www.eventum.network untuk maklumat lanjut.


Perhubungan Media
team@eventum.network
http://www.Eventum.network
Sam Baldwin
+386-708-22227
sam.b@eventum.network

Sumber: Eventum

Source: Eventum
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service New products/services Blockchain