CAMBRIDGE, Massachusetts, 1 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Ibu bapa seluruh dunia berhadapan dengan cabaran yang serupa, di mana-mana jua mereka berada dan dari mana mereka berasal. Parents Forum, berpangkalan di Cambridge, Massachusetts, memilih 1 Jun sebagai Hari Ibu Bapa Global, yang pertama kali diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012 bagi melancarkan #StandUpForParents, kempen pengumpulan dana dalam talian bagi mengukuhkan kapasiti Parents Forum dan meningkatkan capaiannya yang telah sedia luas. Selama 25 tahun, pertubuhan ini menyediakan instrumen praktikal bagi memperbaiki komunikasi dan meningkatkan kesedaran emosi dalam kalangan keluarga.
Hari Ibu Bapa Global memberi penghormatan kepada ibu bapa dan mengiktiraf peranan mereka dalam mewujudkan keluarga yang ceria dan memberi galakan. Keluarga, seterusnya menyediakan asas untuk komuniti yang teguh. Parents Forum, sebuah pertubuhan bukan untung yang didaftar di AS, menyediakan peluang untuk sokongan rakan sebaya ibu bapa melalui bengkel, buku panduan program serta bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pendidikan yang lain. Memandangkan ibu bapa menjadi semakin sedar dari segi emosi dan membuat keputusan keibubapaan yang lebih baik, keluarga terdekat mereka mendapat manfaat, begitu juga komuniti tempat mereka menetap dan bekerja.
Dana yang dikumpul melalui #StandUpForParents akan menyokong usaha komunikasi pemasaran dan perkhidmatan langsung kepada ibu bapa pada setiap peringkat pembangunan anak-anak mereka bermula daripada peringkat prasekolah hinggalah sekolah menengah dan seterusnya. Usaha komunikasi kami melibatkan bantuan kepada agensi-agensi kemasyarakatan, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat demi menggalakkan penajaan bersama atau kolaborasi untuk bengkel Parents Forum, serta penciptaan dan pencetakan bahan-bahan untuk bengkel. Perkhidmatan langsung kami membabitkan penganjuran bengkel dalam komuniti dan melatih penyelaras komuniti. Usaha-usaha ini mungkin memerlukan ruang sewaan, penyediaan jamuan ringan, pewujudan dan perkongsian jemputan serta pembangunan dan pengedaran siaran akhbar.
Lebih banyak dana yang kami kumpul dan lebih cepat kami dapat mengumpulnya, lebih pantas kami dapat mencapat matlamat organisasi kami untuk 12 bulan akan datang: menawarkan lebih banyak bengkel, melatih fasilitator bengkel dan mengedarkan dengan lebih luas pilihan bahan bermanfaat yang lebih pelbagai.
Hadiah daripada anda, sama ada besar atau kecil, amat BERMAKNA buat kami! Ia dapat menunjukkan kepada kami dan ibu bapa yang menerima bantuan kami bahawa anda menyedari betapa pentingnya mereka untuk mewujudkan dan mengekalkan komuniti yang bersemangat, produktif dan mampan. Hadiah daripada anda juga akan membolehkan kami meneruskan kerja penting yang mana kami telah melabur sumber kami sendiri yang melibatkan hati, minda dan tenaga selama bertahun-tahun. Zaman mungkin berubah sejak penubuhan Parents Forum, namun keperluan terhadap keluarga yang berfungsi pada tahap yang tinggi tidak akan pernah hilang.
MARILAH SERTAI KAMI MENERUSI PELUANG INI UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA IBU BAPA DI MANA-MANA JUA BETAPA KITA MENGHARGAI MEREKA BETAPA KITA AMAT MENGIKTIRAF KEPENTINGAN MEREKA TERHADAP KOMUNITI KITA DAN BETAPA KITA KOMITED UNTUK MEMBANTU MEREKA.
https://www.gofundme.com/stand-up-for-parents
TERIMA KASIH.
HUBUNGI: Eve Sullivan / info@parentsforum.org / +1-617-864-3802 (Boston, Mass.)
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/698185/Parents_Forum___Logo.jpg