omniture

Pulihkan Tubuh dan Semangat anda: Minggu Pengalaman Budaya Penganut Agama Buddha Korea

Cultural Corps of Korean Buddhism
2018-06-01 18:00 2373

SEOUL, Korea Selatan, 1 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Adakah anda perlu memulihkan tubuh dan semangat anda? Maka kunjungilah Pusat Kebudayaan Korea di Hong Kong. Kumpulan Kebudayaan Agama Buddha Korea dan Perkhidmatan Kebudayaan dan Maklumat Korea akan mengadakan satu acara bagi mempromosikan Makanan Tokong dan Penginapan di Tokong mulai 11-13 Jun 2018.

Untuk hebahan multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/templestay_20180528.shtml

 

 

 

 

Meditasi Seon
Meditasi Seon

 

Gamja Ong-Sim-e Juk (Bubur Bebola Kentang)
Gamja Ong-Sim-e Juk (Bubur Bebola Kentang)

 

Gochu sobagi (jeruk lada berinti)
Gochu sobagi (jeruk lada berinti)

Makanan tokong terdiri daripada masakan tanpa daging atau tidak mengandungi lima jenis sayuran pedas daripada spesies bawang allium (bawang putih, daun bawang dan lain-lain) yang dianggap tidak membantu dalam kehidupan kontemplatif. Sebaliknya, mereka menggunakan bahan-bahan bermusim semula jadi. Penginapan di tokong (Templestay) ialah satu program yang membolehkan sesiapa jua menjalani kehidupan harian di tokong penganut agama Buddha Korea.

Terdapat tiga program di Pusat Kebudayaan Korea Hong Kong yang percuma dan dibuka kepada semua: Pameran Foto Makanan Tokong dan Penginapan Tokong, Pengalaman Penginapan Tokong dan kelas Memasak Makanan Tokong.

Pameran Foto akan mempamerkan pelbagai gambar Makanan Tokong, peserta-peserta Penginapan Tokong dan aktiviti-aktiviti di tokong Korea. Terdapat juga pameran patung yang diperbuat daripada Hanji, kertas serta mulberi yang menunjukkan aspek-aspek berbeza dalam kehidupan tokong seperti Gongyanggan (dapur, ladang sayur-sayuran) dan Baru gongyang (gaya makan tradisional sami) serta empat model bermusim makanan tokong.

Aktiviti-aktiviti amali melibatkan aktiviti membuat Bunga Teratai dan pencetakan blok Kayu (daripada plat berukir dengan kata-kata Buddha).

Ven. Yeogeo Sunim akan mengadakan kelas Memasak Makanan Tokong selama tiga hari. Beliau akan mengajar cara untuk membuat Gamja Ong-sim-e (Sup Kentang) dan Gochu sobagi (Kimchi lada berinti), menggunakan bahan-bahan yang biasa kepada penduduk dari Hong Kong. Para peserta akan berpeluang mempelajari dan mencicipi Kimchi, hidangan sampingan tradisional yang dihasilkan daripada sayur-sayuran yang dijeruk dan diperam.

Penginapan tokong juga dapat dialami semasa Ekspo Perjalanan Antarabangsa Hong Kong, yang berlangsung mulai 14-17 Jun 2018. Orang awam akan diundang bagi menyertai aktiviti-aktiviti seperti melukis kipas Pegang Tangan, membuat lapik gelas bercorak tradisional dan membuat tanglung bunga teratai pada 16 dan 17 Jun.

Pusat Kebudayaan Korea
+852-2270-3500 
http://hk.korean-culture.org/hk/welcome  
https://www.facebook.com/kcchongkong/

Pertubuhan Pelancongan Korea
+852-2523-8065 
http://big5chinese.visitkorea.or.kr/cht/MA/MA_CH_9_1_2_1.jsp

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201805/templestay/video1.mp4
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201805/templestay/video2.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2144580-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2144580-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2144580-1-c

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Art Food/Beverages Travel Religion Trade show news