omniture

Trezeguet ke LaPresse: Maghribi Pilihan Tepat untuk Piala Dunia 2026

Lapresse
2018-06-02 04:20 1517

MILAN, 2 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Juara Dunia pada tahun 1998 dan finalis pada tahun 2006 bersama Perancis, David Trezeguet ialah seseorang yang memahami Kejohanan Dunia bola sepak. Menerusi peranan baharu beliau sebagai duta sukan berkenaan, bekas penyerang Juventus dan Monaco itu melihat peluang Maghribi untuk mengadakan Piala Dunia 2026 sebagai satu peluang hebat.

Soalan: Adakah anda berpendapat Maghribi ialah pilihan tepat untuk Piala Dunia 2026?

Jawapan: Tentu sekali. Saya pernah berkunjung ke negara ini beberapa kali sebagai pemain dan saya dapat merasakan minat orang ramai terhadap bola sepak dan pengetahuan mereka tentang sejarah bola sepak dunia. Maghribi sentiasa melahirkan pemain-pemain hebat, seperti Benatia, kini di Juventus.

Soalan: Mengapa FIFA perlu memilih Maghribi?

Jawapan: Negaranya kecil, terhubung baik dari segi pengangkutan, mempunyai iklim sederhana dan sesuai untuk perlawanan. Terdapat juga beberapa stadium besar. Saya bermain di Casablanca pada tahun 1998 untuk Perancis, suasananya sangat hebat. Terdapat juga lokasi geografi yang cukup ideal untuk memudahkan ketibaan peminat dan membolehkan bilangan penonton yang lebih besar menyaksikan perlawanan pada waktu sesuai.

Soalan: Adakah dengan menganugerahkan Piala Dunia kepada Maghribi memberi suatu makna melangkaui sekadar aspek sukan semata-mata?

Jawapan: Ia akan menjadi satu perayaan hebat buat peminat dalam sebuah negara yang mengalami pembangunan meluas. Maghribi telah membuktikan ia merupakan calon yang berwibawa, bersifat inovatif dan kompak; ini dapat menyampaikan suatu pesanan penting kepada dunia.

Soalan: Adakah Afrika merupakan pencapaian baharu dalam sukan bola sepak?

Jawapan: Maghribi ialah sebuah kawasan yang mana semua agama dan etnik tinggal bersama-sama dalam tempoh yang lama. Ia merupakan pintu masuk ke Afrika. Betapa hebatnya pesanan yang disampaikan apabila menganugerahkan Piala Dunia kepada sebuah negara yang mengalami pembangunan penuh, menawarkan stadium-stadium modular yang kapasitinya dapat dikurangkan selepas Piala Dunia.

Soalan: Bola sepak dan sukan umumnya menyatukan orang ramai di seluruh dunia. Adakah hal ini akan menjadi lebih hebat sekiranya Piala Dunia dianjurkan di Maghribi?

Jawapan: Saya percaya dengan kuasa bola sepak sebagai vektor perpaduan antara orang ramai, sumber pembangunan dan penggalak semangat perayaan dan kemeriahan. Maka, saya berasa lebih yakin bahawa Maghribi menjadi pilihan tepat untuk Piala Dunia 2026. Saya akan meminta Persekutuan-persekutuan yang akan mengundi untuk menilai tanggungjawab berat yang perlu dipikul oleh mereka dengan betul.

 

Source: Lapresse
Keywords: Sporting Events Sports Future Events