omniture

IAC Group Lantik Natale Rea sebagai Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Sementara

IAC Group
2018-06-04 21:49 1310

LUXEMBOURG, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ -- International Automotive Components Group ("IAC"), peneraju automotif dan mobiliti bertaraf global bagi penyelesaian dalaman ringan dan bahan baharu, hari ini mengumumkan bahawa Natale "Nat" Rea dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara, berkuatkuasa serta merta. Robert S. "Steve" Miller, bersara dari IAC setelah tiga tahun berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif.

Rea mempunyai pengalaman sebagai pembekal automotif selama lebih 40 tahun. Sebelum berkhidmat sebagai presiden firma pelaburan beliau, Rea Holdings Inc. dari tahun 2012 hingga 2018, beliau berkhidmat sebagai presiden Bahagian Automotif di Martinrea International, Inc, salah satu pengeluar terbesar dunia bagi blok enjin aluminium tuangan ringan, bekas sarung transmisi dan komponen struktur. Martinrea ditubuhkan pada tahun 2002 apabila Rea International Inc. bergabung dengan pembekal lain.

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan Nat dalam IAC," kata Pengerusi IAC Group, Stephen J. Toy, pengarah urusan kanan dan ketua bersama WL Ross & Co. "Pengetahuan mendalam Nat terhadap industri digabungkan dengan pengalaman operasi beliau serta rekod prestasi terbukti dalam memacu pertumbuhan menjadikan beliau sebagai tambahan ideal ke dalam pasukan pengurusan kanan IAC. Kami mengucapkan terima kasih kepada Steve Miller atas sumbangan penting beliau terhadap IAC sepanjang tiga tahun lalu, termasuk pembangunan rancangan strategik jangka panjang kami, pemeteraian usaha sama kami, Auria Solutions Ltd. dengan Shanghai Shenda Co. Ltd., serta kejayaan permodalan semula syarikat. Kami mengucapkan selamat maju kepada beliau dalam usaha masa depan beliau."

LATAR BELAKANG IAC
Beribu pejabat di Luxembourg, International Automotive Components (IAC) Group ialah pembekal global yang terkemuka bagi komponen dan sistem automotif, termasuk panel peralatan, sistem konsol, panel pintu, bumbung kereta dan sistem bahagian atas kepada pembuat auto di seluruh dunia. Jualan tahun 2017 oleh syarikat mencecah $4.4 billion. IAC Group mengendalikan lebih 50 kilang pengeluaran di 16 negara. Syarikat mempunyai sejumlah lebih 60 lokasi di 19 negara, termasuk 18 pusat reka bentuk, teknikal dan komersial serta menggaji lebih 22,000 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.iacgroup.com.

Source: IAC Group
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements