omniture

Merck Bawakan Syarikat Bioteknologi Lebih Hampiri Pengeluaran dan Pengkomersialan Terapi Ubatan

Merck
2018-06-05 22:54 3161

- Buka Pusat Biopembangunan Hujung-ke-Hujung BioReliance® pertama Amerika Utara bantu pelanggan dengan proses pengilangan biofarmaseutikal

- Percepat pembangunan klinikal daripada peringkat asas kepada pasaran

- "Program Geran Bioteknologi Termaju" luaskan komitmen bioteknologi global bantu penerima percepat pengaturan proses dengan perkhidmatan, kepakaran Merck

DARMSTADT, Jerman, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini secara rasminya membuka Pusat Biopembangunan Hujung-ke-Hujung BioReliance® pertama Amerika Utara di Burlington, Massachusetts, A.S. bagi menyediakan perkhidmatan pembangunan titisan sel, pembangunan proses huluan dan hiliran serta pengeluaran klinikal bukan-GMP untuk pengeluar ubatan.

Merck partners with customers to solve their toughest biodevelopment challenges, from DNA to market
Merck partners with customers to solve their toughest biodevelopment challenges, from DNA to market

"Merck membantu pengeluar ubatan, bermula daripada syarikat-syarikat penginovasi bersaiz kecil kepada besar, membawakan ubat-ubatan dan terapi yang menambah baik kehidupan ke pasaran dan juga pesakit dengan lebih pantas," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Pelanggan yang bekerjasama dengan kami mendapat manfaat daripada suit keupayaan penuh Merck termasuk akses kepada teknologi terkini dan kepakaran jejak global kami."

Pusat baharu Merck menyediakan pengalaman kendiri dan khidmat runding pakar di setiap peringkat proses pembangunan biofarmaseutikal dan dalam pengilangan.

Pengilangan bio ialah sebuah industri berkembang maju yang semakin menumpu terhadap pengeluaran dioptimum dan kualiti yang tinggi. Walau bagaimanapun, proses pembangunan ubatan adalah panjang dan rumit serta memerlukan syarikat-syarikat bioteknologi membuat pelaburan kewangan yang signifikan. Pusat hujung-ke-hujung baharu Merck ialah salah satu daripada tiga pusat di dunia yang menyokong rakan-rakan kongsi bioteknologi membangunkan proses mereka bermula pada tahap klinikal awal kepada pengkomersialan. Pusat-pusat lain terletak di Martillac, Perancis dan Shanghai, China.

Merck mempunyai pengalaman pembangunan proses selama 31 tahun dan memegang rekod prestasi terbukti dalam menyediakan proses pengeluaran klinikal dan bahan klinikal yang mantap dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Syarikat mempunyai portfolio produk, perkhidmatan dan pengujian yang paling komprehensif dalam industri untuk pengilangan biofarmaseutikal dan pasukan hujung-ke-hujung globalnya telah melaksanakan kira-kira 240 projek molekul besar yang pelbagai skalanya bermula daripada tiga hingga 2,000 liter.

Program Geran Bioteknologi Termaju – Percepat Pembangunan Terapeutik dalam Life Science

Perniagaan Life Science Merck meluaskan komitmennya terhadap komuniti bioteknologi global melalui Program Geran Bioteknologi Termajunya. Melalui program geran yang baru diperluas itu, setiap enam bulan, tiga penerima di seluruh dunia akan dianugerahkan dengan sejumlah €200,000 melibatkan perkhidmatan dan produk percuma bagi menangani cabaran pembangunan proses mereka. Secara keseluruhan, enam buah syarikat akan mendapat manfaat daripada Program Geran Bioteknologi Termaju setiap tahun.

"Syarikat-syarikat baharu bioteknologi ingin membawakan terapi mereka ke pasaran dengan pantas dan memerlukan kepakaran dan pembiayaan bagi merealisasikan hasrat tersebut," kata Batra. "Dengan adanya rakan kongsi seperti Merck yang mempunyai pelbagai teknologi, perkhidmatan dan kepakaran berbeza, ia mampu membantu pelanggan kami menangani cabaran unik mereka. Geran-geran diperluas ini terus memperlihatkan komitmen Merck untuk bekerjasama demi menyelesaikan masalah yang paling sukar dalam sains hayat."

Perniagaan Life Science Merck menganugerahkan geran kepada syarikat-syarikat baru muncul bioteknologi di seluruh dunia sejak tahun 2015. Lima geran dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai terapi yang berpotensi seperti konjugat ubatan antibodi untuk kanser dan antibodi monoklon untuk rawatan penyakit fibriosis. Baru-baru ini, geran 2017 dianugerahkan kepada empat syarikat bioteknologi yang berpotensi di China.  

Pemenang-pemenang dipilih berdasarkan kecemerlangan saintifik dan kemasyarakatan bagi terapi membabitkan cabaran pembangunan dan proses serta jurang kepakaran yang mungkin memberi kesan kepada pembangunan berterusan.

Selama berdekad-dekad, Merck berkolaborasi dengan pelanggan-pelanggannya dalam membentuk kaedah pengeluaran ubatan dibuat masa kini dan akan terus bekerjasama untuk merangka kemungkinan masa depan.

Ikuti Merck melalui Twitter @Merckgroup, melalui Facebook @merckgroup dan LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/700642/Merck_biodevelopment.jpg

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion