omniture

Warisan Wiski No.1 Dunia, Johnnie Walker, Bakal Curi Tumpuan Pengembara di Lapangan Terbang Heathrow dan Edinburgh Musim Panas Ini

Johnnie Walker
2018-06-07 20:31 1246

LONDON, 7 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Diageo Global Travel lancar kempen pemasaran berjuta-juta pound di lapangan terbang terbesar Eropah dan Scotland.

Tatkala mereka yang bercuti bergegas-gegas melakukan perjalanan mereka ke Lapangan Terbang Heathrow London dan Edinburgh musim panas ini, mata mereka akan disajikan dengan pelbagai gambar udara yang mengagumkan mencakupi beberapa lokasi paling memukau di Scotland, hasil daripada pelaburan sebanyak berjuta-juta pound oleh Johnnie Walker dan Diageo Global Travel.

generated by system

Memaparkan imejan lanskap yang menakjubkan di sekitar kawasan Tanah Tinggi, Kepulauan, 'Speyside' dan Tanah Rendah di Scotland, kempen baharu ini akan menghidupkan warisan wiski[1]  Scotch yang paling popular di dunia untuk pengembara dunia.

Dengan menanggapi hakikat bahawa wiski Johnnie Walker dihasilkan dengan menghimpunkan beberapa wiski individu terbaik dari empat pelosok Scotland, kempen baharu ini meraikan peristiwa apabila wiski-wiski hebat dan individu unggul bersatu dan turut melibatkan beberapa filem yang mencetuskan rasa sejahtera, pengiklanan digital dan statik yang menekankan sentimen ini.

Anna MacDonald, Pengarah Pemasaran, Diageo Global Travel, berkata: "Saya berbesar hati untuk melancarkan kempen baharu Johnnie Walker di Global Travel di United Kingdom, lokasi asal wiski. Berpegang pada falsafah kemajuan Johnnie Walker yang diteruskan sejak sekian lama, kami menyedari bahawa dalam kehidupan, ia bukan sekadar arah hala tuju anda; ia juga berkisar tentang orang yang berada di samping anda dalam perjalanan tersebut dan kami yakin para pengembara akan berasa gembira dapat melihat sendiri sejarah dan semangat rintis wiski Scotch yang amat digemari ini."

Kempen terkini dalam siri kempen Keep Walking memenangi anugerah jenama Johnnie Walker akan dipaparkan dengan jelas pada saluran-saluran statik dan digital di kedua-dua lapangan terbang berkenaan serta ruang istirehat British Airways dan hiburan dalam pesawat. Bagi mereka yang mengembara pada musim panas ini, mereka turut berpeluang menikmati filem baharu melalui skrin digital yang dipaparkan pada lekapan kekal Johnnie Walker di lapangan terbang seluruh dunia.

John Williams, Pengarah Jenama Global Johnnie Walker, menambah: "Komitmen untuk menghasilkan wiski berkualiti demi masa berkualiti sentiasa penting buat kami. Paling utama sepanjang 200 tahun lamanya kami mencari wiski-wiski terbaik dari seluruh Scotland bagi membolehkan orang ramai menikmatinya apabila mereka berkumpul bersama-sama insan yang penting buat mereka."

"Hal tersebutlah yang benar-benar mengujakan saya tentang kempen ini, ia merupakan peluang untuk menonjolkan hakikat bahawa kami membawa bersama-sama Wiski Scotch dengan rasa luar biasa dari setiap pelosok Scotland. Saya berasa teruja khususnya untuk melihat kempen tersebut dijayakan di Global Travel, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Johnnie Walker begitu sinonim dengan berjuta-juta pengembara seluruh dunia sebagai wiski Scotch yang membolehkan orang ramai menikmatinya apabila mereka berkumpul bersama-sama rakan taulan dan kaum keluarga."

Kempen Johnnie Walker baharu akan diadakan di Lapangan Terbang Heathrow London dan Edinburgh sehingga September 2018.

Kunjungi sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

[1] IWSR 2017

Source: Johnnie Walker
Keywords: Airlines/Aviation Beer, Wine & Spirits Beverages Travel Licensing/marketing agreements