omniture

Country Garden duduki tempat ke-143 dalam senarai Forbes Global 2000 yang baru dikeluarkan

Country Garden Holdings
2018-06-09 02:37 2326

FOSHAN, China, 9 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings telah melonjak ke kedudukan 143 dalam edisi 2018 senarai Forbes Global 2000 yang dikeluarkan oleh Forbes baru-baru ini, mendaki 130 anak tangga dari tahun sebelumnya. Senarai ini jelas dipaparkan di laman sesawang Forbes. Berserta senarai Fortune 500, kedua-dua senarai berkenaan merupakan kewibawaan terbukti dari segi penarafan syarikat global. Syarikat-syarikat senaraian yang terbesar dan paling berkuasa di dunia diiktiraf berdasarkan empat penunjuk utama: pendapatan, keuntungan, aset dan nilai pasaran. Dengan pendapatan sebanyak US$33.8 bilion, keuntungan sebanyak US$3.9 bilion, aset bernilai US$161.2 bilion dan nilai pasaran sebanyak US$45.2 bilion, Country Garden berjaya ditarik ke dalam senarai 200 syarikat terbaik yang amat penting.

Country Garden Holdings's headquarters
Country Garden Holdings's headquarters

Tahun lalu, Country Garden (2007.HK) mencapai jualan berkontrak sebanyak 550.8 bilion yuan (kira-kira US$86 bilion), tersenarai sebagai firma dengan kedudukan pertama dalam industri. Syarikat memperoleh pengiktirafan meluas atas pertumbuhan berkualiti tingginya dan peningkatan nilai jenama, yang telahpun melonjak ke tangga ke-273 dalam senarai Forbes pada tahun 2017. Di samping itu, firma hartanah berkenaan disenaraikan secara berturut-turut antara syarikat Fortune 500, serta disenaraikan dalam stok Komponen Indeks Hong Kong Hang Seng (cip-biru) dan baru-baru ini dinaik taraf kepada gred pelaburan oleh Fitch Ratings, salah satu daripada tiga agensi penarafan kredit terkemuka di dunia.

Dalam empat bulan pertama tahun 2018, Country Garden mencapai jualan berkontrak sebanyak 257.52 bilion yuan (kira-kira US$40.3 bilion) meneruskan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri. Prestasi unggul firma berkenaan diperlihatkan dalam pasaran modal, dengan harga penutup tertinggi dalam bulan terkini yang mencecah HK$17.34, memberikan puncak nilaian pasaran sebanyak hampir HK$377 bilion, meningkat 302% berbanding tahun sebelumnya dan mengatasi pertumbuhan purata pasaran sebanyak 42%.

BOC International menekankan bahawa bandar-bandar tahap ketiga dan keempat China akan kekal menjadi kawasan yang menjana jumlah dagangan terbanyak lantaran persekitaran pengawalseliaan yang lebih longgar dan purata harga jualan yang rendah. Selain itu, tahap kecekapan operasi firma yang tinggi memudahkannya untuk mendapat sokongan kredit untuk belian hartanahnya. Hasilnya, BOC International mampu mengekalkan penarafan "belian" dengan harga sasaran HK$25.12. JPMorgan juga terus memberi penarafan "overweight" yang mengisyaratkan harga saham sasaran sebanyak HK$24.2, menambah bahawa pemaju hartanah terkemuka yang rintis itu dijangka untuk meneruskan pertumbuhan saiz mereka sehingga tahun 2019 dan peningkatan keuntungan sehingga tahun 2021.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154397-1

 

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate