omniture

DERMALOG Buktikan Cap Jari Lebih Selamat Berbanding Kata Laluan di CEBIT 2018

Dermalog Identification Systems GmbH
2018-06-11 08:49 624

HAMBURG, Jerman, 11 Jun 2018 /PRNewswire/ -- CEBIT 2018, 11 Jun 201815 Jun 2018 bakal mendedahkan bahawa kata laluan sudah ketinggalan. Biometrik ialah kaedah alternatif yang jelas dan selamat, seperti mana yang dapat dilihat oleh pengunjung pameran di reruai syarikat biometrik terbesar Jerman, DERMALOG

Cap jari atau wajah telahpun digunakan untuk membuka kunci telefon pintar atau mengelog masuk ke dalam komputer. Peneraju pasaran biometrik DERMALOG bakal menunjukkan dalam pameran perdagangan CEBIT bagaimana ia berfungsi dengan cara terbaik dan apakah kelebihannya.

generated by system

Setakat ini kata laluan menjadi satu keperluan yang tidak menyenangkan memandangkan kini terdapat kaedah alternatif yang ringkas, dikenali sebagai biometrik. DERMALOG menunjukkan bagaimana ciri-ciri biometrik yang berbeza dapat digunakan, yang juga boleh digabungkan, agar kemasukan kata laluan benar-benar tidak lagi digunakan sama sekali. Penyelesaian silang platform daripada syarikat yang berpangkalan di Hamburg itu membolehkan penggunaan biometrik dengan semua sistem pengendalian biasa seperti Windows, Linux, Android dan iOS. Ia juga boleh disepadukan dengan mudah ke dalam perisian aplikasi bagi menggantikan kata laluan.

"Saya senang hati dengan setiap hari yang tidak memerlukan saya memasukkan kata laluan," kata pengarah urusan DERMALOG, Gunther Mull dan menambah, "Untuk keselamatan ringkas, wajah sudah mencukupi, manakala untuk keselamatan lebih komprehensif, kami turut menggunakan jari. 'Pengesanan langsung' terkini kami dapat mencegah kecurian identiti dan menjadikan biometrik jauh lebih selamat berbanding kata laluan."

Pengunjung-pengunjung yang berminat dapat menemui DERMALOG di CEBIT di dewan 12, reruai D24. Selain log masuk biometrik, syarikat akan menunjukkan penyelesaian biometrik selanjutnya untuk wajah, jari dan iris secara terperinci melalui pelbagai demonstrasi secara langsung.

Maklumat perhubungan akhbar:

DERMALOG Identification Systems GmbH
Sven Böckler
Perhubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Telefon: +49(0)40-413-227-0
Faks: +49(0)40-413-227-89
Emel: info@dermalog.com

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Internet Technology Trade show news