omniture

Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition Edisi Terhad Tersedia Eksklusif di Kedai-kedai Kembara Terpilih

Johnnie Walker
2018-06-11 17:00 1141

LONDON, 11 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Wiski Scotch #1 dunia dan syarikat gergasi kedai jualan kembara Dufry jalin kerjasama lancar wiski baharu 

Pengembara yang gemarkan wiski kini dapat menikmati Scotch edisi terhad, apabila jenama wiski[1] Scotch No. 1 dunia memperkenalkan Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition secara eksklusif untuk penumpang yang mengembara menerusi Kedai-kedai Bebas Cukai terpilih di seluruh dunia.

generated by system

Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition ialah wiski edisi terhad yang diinspirasikan oleh ciri halus dan mendalam Johnnie Walker Black Label yang ikonik. Hanya disediakan di kedai-kedai Dufry, adunan baharu ini menawarkan pengembara dengan satu perisa baharu dengan tiga kali ganda sifatnya.

Begitu bersemangat tentang pelancaran tersebut Roger Jackson, Pengarah Komersial Eropah & Timur Tengah Diageo Global Travel berkata: "Kami berbesar hati dapat melancarkan Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition sebagai sebahagian daripada perkongsian eksklusif dengan kedai Dufry. Pembeli-pembeli bakal mendapat inspirasi dan berasa teruja dengan peluang mencicip dalam kedai dan kakitangan berpengetahuan yang akan meneroka penciptaan adunan baharu yang hebat ini bersama para peminat wiski."

Penghasilan Scotch yang diperkaya, manis dan pedas ini dipimpin oleh Pakar Pengadun Utama Johnnie Walker, Jim Beveridge dan pakar pengadun, Chris Clark. Ekspresi baharu ini dihasilkan menggunakan tiga Speyside Malts utama daripada Blair Athol, Cardhu dan Strathmill dan dimatangkan dalam gabungan tong Bourbon, Rum Caribbean dan Wiski Scotch. Hasilnya adalah Scotch yang diperkayakan dengan begitu hebat berserta lapisan-lapisan aroma vanila manis serta halia, not rasa tofi dan gula perang serta sedikit asap istimewa. Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition akan disediakan secara eksklusif di Dufry, peruncit kembara yang terkemuka di dunia dan diedarkan di lebih 300 kedai seluruh dunia mulai Mei 2018.

Eduardo Heusi Pereira, Pengarah Kategori Global bagi Likuor, Konfeksi & Tembakau berkata: "Johnnie Walker Black Label Triple Cask Edition ialah tambahan mengagumkan kepada portfolio wiski Johnnie Walker yang kini dengan bangganya disimpan di kedai-kedai kami seluruh dunia. Kami berasa teruja dapat mengaktifkan beberapa titik sentuh menarik di dalam kedai dan secara dalam talian yang akan menyediakan peluang untuk pembeli kami meneroka dan mencuba ekspresi baharu yang meriah daripada Johnnie Walker Black Label ini. Eksklusif hanya di kedai-kedai Dufry, wiski ini dapat menjadi hadiah unik yang sempurna buat pengembara."

Johnnie Walker Triple Cask akan disediakan di seluruh dunia mulai bulan Mei, dengan harga yang disyorkan sebanyak 28 GBP untuk botol 1L.

Johnnie Walker Black Label Triple Cask Coconut Spritz:
Bahan-bahan:
- 50ml Johnnie Walker Triple Cask
- 75ml Air kelapa
- 75ml Air soda
- 1/8 sudu teh sirap gula
Kulit limau & setangkai daun pudina
Cara-cara:
Hidangkan dengan ais baharu, dihasilkan di dalam gelas.
(15.8 gram alkohol setiap hidangan)

Layari sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif dan cara berkongsi amalan terbaik.

1. IWSR, 2017, Volume and Data 2016

Sumber: Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail