omniture

Joint Commission International Lantik Kepimpinan Baharu di Rantau Strategik Utama

The Joint Commission
2018-06-12 11:17 1400

John Yoon Dinamakan Pengarah Urusan Rantau Asia Pasifik

OAK BROOK, Illinois, 12 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Joint Commission International (JCI) dengan sukacitanya mengumumkan John Yoon, MBA, sebagai pengarah urusan JCI bagi Rantau Asia Pasifik. Menerusi jawatan ini, beliau bertanggungjawab untuk membina hubungan antara JCI dan organisasi-organisasi rawatan kesihatan, kerajaan-kerajaan, persatuan-persatuan perubatan dan pelanggan-pelanggan industri dalam usaha mereka untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan hasil kesihatan.

John Yoon, MBA
John Yoon, MBA

Yoon menyertai JCI pada Januari 2017. Dengan pengalaman selama lebih 13 tahun dalam rawatan kesihatan dan kewangan, beliau memanfaatkan keluasan pengetahuan beliau untuk memimpin projek-projek berskala luas, serta perundingan kewangan dan operasi untuk sistem-sistem rawatan kesihatan dan perniagaan-perniagaan rentas sempadan.

Sebelum memegang jawatan dengan JCI, Yoon merupakan pengarah serantau Philips Healthcare di Asia Tenggara dan ketua Philips Capital di pejabat Asia Pasifik di Singapura. Menerusi jawatan-jawatan ini, beliau memimpin projek-projek hospital berskala luas, pembiayaan aset modal dan penyelesaian peralatan siap guna untuk kerajaan dan organisasi rawatan kesihatan di seluruh Asia. Beliau pernah mengurus hospital pembedahan tulang belakang dan rehabilitasi pelbagai kepakaran sebagai pengurus besar di Mubadala Development Company di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan berkhidmat sebagai ketua perniagaan antarabangsa di Wooridul Spine Hospital di Korea Selatan.

Yoon pernah bekerjasama dengan penyedia-penyedia rawatan kesihatan terkemuka di Asia, Eropah dan Timur Tengah dalam perkongsian strategik dan usaha sama serta membawa kepada akreditasi JCI pertama untuk Wooridul. Beliau merupakan pakar dalam perancangan strategik, pelancaran produk baharu dan pengurusan projek, yang membimbing kerja-kerja beliau apabila organisasi-organisasi baharu dan pelanggan jangka panjang ingin mendapatkan akreditasi.

"Saya berharap dapat terus membina hubungan dan membantu rakan-rakan kongsi rawatan kesihatan kami di Rantau Asia Pasifik," kata Yoon. "JCI menawarkan pelbagai penyelesaian praktikal untuk membantu hospital dan sistem kesihatan tatkala ia membuat penambahbaikan berterusan demi peningkatan keselamatan pesakit dan juga hasil berkualiti. Ini seterusnya dapat mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut dalam komuniti dan sering menjurus kepada peningkatan prestasi kewangan hasil daripada peningkatan kepuasan dan rujukan pesakit."

Yoon mengambil alih peranan kepimpinan serantau yang dahulunya disandang oleh Joyce Chang, MHSA, yang beralih untuk menyandang jawatan yang baru diwujudkan di pejabat A.S. JCI bagi memimpin projek perancangan strategik untuk Jabatan Akreditasi Antarabangsa. Chang menyatakan beliau berasa teruja dengan kenaikan pangkat Yoong sebagai pengarah urusan.

"JCI amat bertuah kerana mempunyai John untuk memegang jawatan penting ini," kata Chang. "Beliau merupakan aset luar biasa dengan rekod prestasi terbukti dalam pelbagai industri dan lokasi rawatan kesihatan."

Dengan lebih 323 pertubuhan bertauliah di 17 negara di seluruh Rantau Asia Pasifik, inovasi dan penyelesaian masalah kreatif Yoon akan menjadi aset untuk organisasi-organisasi rawatan kesihatan di seluruh rantau berkenaan.

Peluang Pendidikan
Sebagai sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pendidikan tempatan yang berterusan, Rantau Asia Pasifik menawarkan siri webinar dan persidangan setiap bulan untuk ahli-ahli rawatan kesihatan mengenai standard kualiti dan akreditasi JCI. Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, layari www.jointcommissioninternational.org/.

Kemas Kini Akreditasi Singapura: 15-16 Oktober 2018
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, layari www.jointcommissioninternational.org/singapore-accreditation-update-2018/.

Latar Belakang Joint Commission International
Joint Commission International (JCI) ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebahagian daripada Joint Commission Resources, Inc. (JCR), ahli gabungan bukan untung dikawal sepenuhnya oleh The Joint Commission. Melalui akreditasi dan pensijilan antarabangsa, khidmat nasihat, penerbitan dan program pendidikan, JCI meluaskan misi The Joint Commission seluruh dunia dengan membantu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. JCI bekerjasama dengan organisasi-organisasi rawatan kesihatan antarabangsa, agensi-agensi kesihatan awam, kementerian-kementerian kesihatan dan lain-lain di lebih 100 negara. Layari www.jointcommissioninternational.org untuk butiran lanjut.

Perhubungan media: 
Katie Looze Bronk
Komunikasi Korporat
(630) 792-5175
kbronk@jointcommission.org

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/702404/Joint_Commission_John_Yoon.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/118169/joint_commission_international_logo.jpg

 

Source: The Joint Commission
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit Personnel announcements Future Events