omniture

Merck Dorong Kepimpinan Pemikiran dalam Penyuntingan Gen Beretika

Merck
2018-06-13 00:14 1477

- Penerbitan ditulis bersama, , "Ethical Considerations in the Manufacture, Sale and Distribution of Genome-Editing Technologies," (Pertimbangan Etika dalam Pengeluaran, Jualan dan Pengedaran Teknologi Penyuntingan Genom) diterima dalam jurnal bioetika terkemuka

- Tekankan kepentingan bioetika berasaskan sains dalam penyuntingan genom serta proses-proses baharu bagi memastikan produk memenuhi piawaian tertinggi

DARMSTADT, Jerman, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dan peneraju dalam penyuntingan genom, hari ini mengumumkan bahawa The American Journal of Bioethics telah menerima penerbitan baharu tentang isu-isu etika berkenaan penyuntingan genom yang bakal dicetak dalam edisi Julai. Versi ringkasan telahpun diterbitkan dalam blog The American Journal of Bioethics.

The American Journal of Bioethics has accepted Merck's co-authored publication on ethical issues in genome editing to be printed in its July issue. The publication highlights the importance of science-based bioethics in genome editing and novel processes to ensure products meet the highest standards. (PRNewsfoto/Merck)
The American Journal of Bioethics has accepted Merck's co-authored publication on ethical issues in genome editing to be printed in its July issue. The publication highlights the importance of science-based bioethics in genome editing and novel processes to ensure products meet the highest standards. (PRNewsfoto/Merck)

"Penerbitan hasil kerja ini memperlihatkan bahawa Merck ialah penginovasi etika yang sebenar," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Merck mewujudkan Panel Penasihat Bioetika - satu kumpulan pelbagai yang terdiri daripada pakar-pakar bioperubatan moden - bagi memberi bimbangan untuk penyelidikan yang melibatkan perniagaan-perniagaan, termasuk penyelidikan berkaitan atau penggunaan penyuntingan genom. Kami amat serius dalam kerja-kerja ini."

Ditulis bersama-sama oleh rakan-rakan sejawat daripada Panel Penasihat Bioetika syarikat dan rakan-rakan sejawat daripada sektor-sektor perniagaan Life Science dan Healthcare Merck serta fungsi Hal Ehwal Korporat syarikat, penerbitan ini membincangkan  isu-isu etika yang kritikal melibatkan proses-proses praktikal bagi penemuan, pembangunan, pengeluaran, jualan dan pengedaran produk-produk teknologi penyuntingan genom seperti Ulangan Palindromik Pendek Bersela Teratur Secara Gugusan (CRISPR).

"Penerbitan kami merangkumkan tanggungjawab kritikal pihak pembekal seperti Merck," kata Dr. Jochen Taupitz, pakar etika tersohor dan profesor di University of Mannheim serta penulis bersama penerbitan berkenaan. Taupitz juga ialah ahli Panel Penasihat Bioetika Merck.

"Sebagai sebuah syarikat yang menerajui laluan dalam inovasi penyuntingan genom, Merck menyedari terdapatnya keperluan untuk membangunkan dan melaksanakan bioetika berasaskan sains," kata Steven Hildemann, ketua pegawai perubatan global dalam sektor perniagaan Healthcare Merck dan penulis kanan penerbitan. "Penerbitan ini menjelaskan tentang pendekatan baharu kami untuk menjamin produk penyuntingan genom kami dibangunkan dan diedarkan dengan mematuhi piawaian tertinggi dalam panduan bioetika yang pesat berkembang."

Panel Penasihat Bioetika Merck telah menakrifkan posisi operasi jelas yang mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan bagi memaklumkan pendekatan terapeutik yang berpotensi untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Kaedah popular untuk menyunting gen, CRISPR bertindak sebagai gunting genetik yang boleh digunakan untuk menyingkirkan atau menggantikan gen sedia ada, menanggalkan atau memasang gen atau memasukkan gen baharu dengan ketepatan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Penerbitan ini turut memanfaatkan pengalaman perniagaan Life Science syarikat dalam membangunkan dan menjual teknologi penyuntingan genom CRISPR sepanjang 13 tahun lalu.

Perniagaan Life Science Merck telah memperoleh paten di Australia, Kanada, China, Eropah, Israel, Singapura dan Korea Selatan yang meliputi teknologi CRISPR asas. Paten-paten CRISPRnya ditujukan kepada penyepaduan kromosom atau memotong jujukan sel-sel eukariot dan penyisipan jujukan DNA eksogen sintetik bagi membuat perubahan genom yang diingini. Saintis-saintis boleh menggantikan mutasi berkaitan penyakit dengan jujukan berguna atau berfungsi, yang penting untuk mencipta model-model penyakit dan membolehkan pewujudan penyelesaian terapi gen baharu.

Merck telah membuat sumbangan penting terhadap bidang penyuntingan genom. Ia merupakan syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai untuk penyuntingan genom seluruh dunia (intron kumpulan II berpandu RNA TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penggunaan teknik-teknik ini oleh para penyelidik seluruh dunia. Merck juga merupakan syarikat pertama yang menghasilkan pustaka CRISPR tersusun mencakupi seluruh genom manusia, mempercepatkan penyembuhan penyakit dengan membolehkan saintis-saintis meneroka lebih banyak persoalan mengenai punca asas.

Prasiar dalam talian bagi penerbitan bioetika penyuntingan genom dalam The American Journal of Bioethics boleh didapati di:
http://www.bioethics.net/2018/05/ethical-considerations-in-the-manufacture-sale-and-distribution-of-genome-editing-technologies/

Untuk maklumat lanjut mengenai hasil kerja Merck dalam bidang penyuntingan genom, layari https://www.merckgroup.com/en/stories/350-anniversary-its-all-in-the-genes.html dan
http://ar.merckgroup.com/2017/magazine/new-ways-of-identifying-disease
.

Ikuti Merck melalui Twitter @Merckgroup, melalui Facebook @merckgroup dan LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Hampir 53,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2017, hasil jualan Merck mencecah €15.3 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/703938/Ethicalgeneediting.jpg

 

 

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research