omniture

Johnson & Johnson Umum Penerimaan Tawaran yang Mengikat Daripada Platinum Equity untuk Ambil Alih LifeScan, Inc.

Johnson & Johnson
2018-06-13 04:01 1390

NEW BRUNSWICK, New Jersey, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson (NYSE: JNJ) hari ini mengumumkan ia telah menerima tawaran yang mengikat daripada Platinum Equity, yang diumumkan sebelum ini pada 16 Mac 2018 bagi mengambil alih perniagaan LifeScan pada nilai kira-kira $2.1 bilion. LifeScan, Inc. ialah peneraju dunia bagi pemantauan glukosa darah dan pengeluar produk-produk berjenama OneTouch®.

Penerimaan ini dibuat selepas mengadakan rundingan dengan majlis kerja dan kesatuan sekerja yang berkaitan. Urus niaga ini dijangka selesai menjelang akhir tahun 2018, tertakluk kepada pelepasan kawal selia dan syarat-syarat penutupan biasa lain yang dipenuhi.

Kumpulan Syarikat Johnson & Johnson akan terus menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang terjejas kesihatan akibat diabetes melalui produk, perkhidmatan dan penyelesaian inovatif daripada segmen perniagaan Peralatan Perubatan, Farmaseutikal dan Pengguna. Ini termasuk kepimpinan dan inovasi penting dalam bidang-bidang seperti pembedahan bariatrik dan melalui ubat-ubatan seperti INVOKANA® (canagliflozin) dan INVOKAMET® (canagliflozin/metformin HCl).

Latar Belakang LifeScan

LifeScan, Inc. ialah peneraju dunia bagi pemantauan glukosa darah. Di A.S., LifeScan, Inc. ialah pembangun sistem pemantauan glukosa darah yang terkemuka manakala produk-produk berjenama OneTouch® disyorkan oleh lebih ramai pakar endokrinologi dan pakar perubatan rawatan asas berbanding mana-mana jenama lain1. Di seluruh dunia, lebih 20 juta orang bergantung pada produk-produk berjenama OneTouch® bagi menjalankan ujian ringkas dan mendapatkan keputusan tepat yang membantu mereka mengurus penyakit diabetes. Untuk maklumat lanjut, layari: www.OneTouch.com.

Latar Belakang Johnson & Johnson

Di Johnson & Johnson, kami percaya kesihatan yang baik menjadi asas bagi kehidupan yang berkualiti, masyarakat yang sejahtera dan kemajuan. Atas sebab inilah, selama lebih 130 tahun, kami menyasarkan untuk menjaga kesihatan orang ramai dengan baik pada setiap peringkat usia dan setiap tahap kehidupan. Hari ini, sebagai syarikat penjagaan kesihatan terbesar dan paling pelbagai di dunia, kami komited untuk memanfaatkan jangkauan dan keluasan syarikat kami demi kebaikan. Kami berusaha untuk meningkatkan akses dan kebolehmampuan, mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan menjadikan minda, tubuh badan dan persekitaran yang baik dapat dicapai oleh semua orang, di mana-mana jua. Kami menyatukan hati, sains dan kebijaksanaan kami untuk membuat perubahan besar kepada trajektori kesihatan manusia.

Nota mengenai Kenyataan Jangkaan

Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 berkaitan divestitur perniagaan LifeScan. Pembaca diingatkan agar tidak bergantung pada kenyataan-kenyataan jangkaan ini. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa terhadap peristiwa masa depan. Sekiranya andaian asas terbukti tidak tepat atau risiko atau ketidaktentuan yang diketahui atau tidak diketahui wujud, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding jangkaan dan unjuran terhadap Johnson & Johnson. Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: kemungkinan bahawa urus niaga tersebut tidak akan selesai, atau sekiranya selesai, tidak diselesaikan dalam jangka masa yang dijangkakan, dan potensi bahawa faedah atau peluang strategik yang dijangkakan daripada sebarang divestitur tidak dapat direalisasikan, atau memakan masa lebih lama untuk direalisasikan berbanding yang dijangkakan. Senarai dan perihalan lanjut risiko-risiko ini, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain boleh ditemui dalam Laporan Tahunan Johnson & Johnson pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Disember 2017, termasuk dalam bahagian-bahagian bertajuk "Nota Peringatan Berhubung Kenyataan Jangkaan" dan "Item 1A. Faktor-faktor Risiko," dan dalam Laporan Suku Tahunan syarikat yang berikutnya pada Borang 10-Q dan fail-fail lain bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan fail-fail ini disediakan dalam talian di www.sec.gov, www.jnj.com atau atas permintaan daripada Johnson & Johnson. Mana-mana kenyataan jangkaan yang dibuat dalam siaran akhbar ini hanya munasabah setakat tarikh siaran akhbar ini. Johnson & Johnson tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan disebabkan oleh maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan masa depan.

1 Global Brand Equity Insights Study, Februari 2015

Source: Johnson & Johnson
Related Stocks:
NYSE:JNJ
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers