omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Laporan World Trade Centers Association kenal pasti pemacu utama dayakan bandar-bandar bertindak sebagai pusat kestabilan dan pertumbuhan ekonomi ketika berlakunya peralihan dasar

2018-06-13 12:45

Laporan Perdagangan dan Pelaburan dedahkan jaringan, modal insan dan infrastruktur penghubung sebagai pembolehubah utama dalam bandar-bandar anggota

WASHINGTON, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- World Trade Centers Association (WTCA) mengeluarkan "Laporan Perdagangan & Pelaburan WTCA: Hubungan Global, Pertumbuhan Tempatan" sulungnya dalam satu acara persendirian di Pejabat Kumpulan Dasar Luar (FP). Laporan ini dibuat dengan kerjasama FP Analytics dan mendedahkan bahawa bandar-bandar bersedia untuk memimpin ketika berlakunya pergolakan geopolitik ini dengan menumpu pada jaringan pemegang kepentingan, modal insan dan infrastruktur penghubung.

Menurut kajian ini, 71 peratus daripada anggota WTCA yang ditinjau percaya bahawa perubahan penting dalam perdagangan dan pelaburan bakal berlaku tahun ini dengan pelaburan perlu ditangguhkan ketika berlakunya ketidaktentuan ekonomi global. Dapatan utama tambahan termasuk:

  • Pelaksana bandar lebih hebat mencipta bandar-bandar tanpa sempadan: Perkongsian strategik antara pemegang kepentingan global dan tempatan merupakan faktor pendaya kritikal untuk bandar-bandar yang bersaing untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta berusaha untuk meluaskan akses perniagaan tempatan ke dalam pasaran-pasaran baharu. Bandar-bandar yang mempunyai anggota WTCA secara puratanya menarik FDI bagi setiap kapita pada kadar dua kali ganda daripada negara mereka, dan mengeksport barangan 1.55 kali lebih tinggi daripada peringkat negara, bagi setiap kapita. Destinasi-destinasi FDI yang sedang meningkat naik ini turut mendorong penciptaan peluang pekerjaan dengan setiap USD 1B dalam FDI tahunan dikaitkan dengan 1.5 peratus penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi.
  • Pesawat, minda dan ketersambungan: Infrastruktur fizikal, tenaga kerja berkemahiran dan ketersambungan digital merupakan blok binaan teras yang membezakan dan mengukuhkan daya saing relatif bandar-bandar tersebut. Bagi setiap 1,000 penumpang yang singgah melalui lapangan terbang, kita boleh menjangkakan peningkatan USD 7.3 Juta terhadap KDNK tempatan dan peningkatan aliran masuk FDI sebanyak USD 30K. Di samping itu, penambahan hanya 1,000 orang yang berpendidikan tinggi kepada populasi bandar dikaitkan dengan peningkatan sebanyak USD 381K dalam aliran masuk FDI. Antara bandar-bandar yang mempunyai penembusan internet bawah purata (kurang daripada 54.5 peratus), setiap 10 mata peratusan meningkat dalam penembusan internet kediaman dikaitkan dengan pemecutan pertumbuhan KDNK sebanyak lebih separuh daripada mata peratusan.
  • Syarikat-syarikat kecil adalah perniagaan besar: PKS memacu pertumbuhan tempatan dan pengambilan pekerja, mencakupi 50-60 peratus nilai tambah dan 70 peratus pekerjaan dalam OECD. Walaupun demikian, bahagian PKS yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa biasanya kurang daripada 10 peratus, menekankan kepentingan perkhidmatan sokongan berkaitan perdagangan - seperti yang ditawarkan oleh Anggota-anggota WTCA - bagi menyerlahkan potensi mereka dan menjadikan mereka pengganda kuasa ekonomi untuk bandar-bandar.

"Dapatan ini menunjukkan bahawa bukan sahaja anggota-anggota WTCA sedar mengenai ekonomi tempatan mereka, bahkan mereka dapat memberi pandangan bernas tentang isu-isu yang memberi kesan kepada komuniti perdagangan dan pelaburan yang lebih besar," kata Scott Ferguson, ketua pegawai eksekutif WTCA. "Dengan memanfaatkan rangkaian global kami, anggota-anggota dapat membantu menyatukan bandar-bandar asal mereka ke dalam pasaran antarabangsa, yang akan memberi kesan positif yang mendalam terhadap kekuatan dan daya tahan ekonomi dengan menarik Pelaburan Langsung Asing, meningkatkan eksport dan menjana peluang pekerjaan."

Keputusan laporan penuh sedia dimuat turun di www.WTCAReports.org .

Untuk pertanyaan media:

Alex Brown

World Trade Centers Association

abrown@wtca.org

+1 212 432 2605

Andrea Mencía

World Trade Centers Association

amencia@wtca.org

+1 212 432 2644

Sara Stephens

Allison+Partners

sara@allisonpr.com

+1 908 347 5469

Latar Belakang Laporan Perdagangan dan Pelaburan WTCA 2018
Kajian ini, dijalankan dengan kerjasama World Trade Centers Association (WTCA) ialah produk daripada analisis1 data peringkat bandar asal, serta tinjauan dan temubual dengan anggota-anggota WTCA di seluruh dunia. Bandar-bandar yang mempunyai anggota-anggota WTCA membentuk lebih $26.7 trilion, atau lebih 35 peratus daripada KDNK2 global, serta menempatkan hampir 1 bilion orang. Merangkumkan pandangan daripada jaringan global unik World Trade Centers (WTC) global ini di lebih 300 bandar serta hampir 100 negara, analisis ini bertujuan untuk menerangkan bagaimana trend ekonomi global membentuk perdagangan dan pelaburan di peringkat tempatan serta cara-cara inovatif yang dilaksanakan oleh bandar-bandar dan World Trade Centers bagi menavigasi "kebiasaan baharu" ini, membina hubungan global bagi memacu pertumbuhan tempatan.

Latar Belakang World Trade Centers Association
World Trade Centers Association (WTCA) ialah satu jaringan yang terdiri daripada lebih 300 syarikat dan organisasi yang amat terhubung dan saling menyokong antara satu sama lain hampir di 100 negara. Sebagai pemilik tanda dagangan "World Trade Center" dan "WTC", WTCA melesenkan hak-hak eksklusif kepada jenama-jenama ini untuk digunakan oleh Anggota-anggota bersama-sama dengan hartanah, kemudahan dan tawaran perkhidmatan perdagangan bebas milik dan ikonik mereka. Melalui portfolio acara, program dan sumber mantap yang ditawarkan kepada Anggota-anggotanya, matlamat WTCA adalah untuk membantu ekonomi tempatan berkembang maju dengan menggalakkan dan memudahkan perdagangan serta pelaburan di seluruh dunia melalui penglibatan Anggota. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.wtca.org.  

1 Data peringkat bandar untuk bandar-bandar WTCA termasuk KDNK, aliran masuk FDI, eksport, pengambilan pekerja, rakyat asing, lalu lintas lapangan terbang, ketersambungan mudah alih dan pendidikan. Aliran masuk FDI memperlihatkan FDI yang dahulunya tidak dibangunkan dan tidak termasuk penggabungan dan pengambilalihan, yang mana data tidak dijejaki dan dilaporkan secara berterusan.
2 KDNK adalah untuk 225 bandar yang mempunyai data. 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/704442/World_Trade_Centers_Association_Logo.jpg

 

Source: World Trade Centers Association
Related Links:

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Contracts

Economic news, trends, analysis

Survey, Polls & Research

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us