omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Mars Wrigley Confectionery Namakan Presiden Global Baharu

2018-06-13 16:59

Ketua Pegawai Pemasaran & Pelanggan Mars, Incorporated Andrew Clarke bakal gantikan Martin Radvan

MCLEAN, Virginia, 13 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Mars, Incorporated menamakan Andrew Clarke, yang kini menyandang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran & Pelanggan, sebagai Presiden Global - Mars Wrigley Confectionery. Clarke akan menyandang jawatan baharu beliau pada bulan September ini. Beliau akan ditempatkan di ibu pejabat global Mars Wrigley Confectionery di Chicago, Illinois.

Mars named Andrew Clarke, currently Chief Marketing & Customer Officer, to the role of Global President - Mars Wrigley Confectionery. Clarke will assume his new role in September.
Mars named Andrew Clarke, currently Chief Marketing & Customer Officer, to the role of Global President - Mars Wrigley Confectionery. Clarke will assume his new role in September.

Sejak tahun 2015 Clarke telah menjadi Ketua Pegawai Pemasaran & Pelanggan. Menerusi jawatan ini, beliau memimpin keupayaan pemasaran dan jualan Mars, termasuk pembangunan strategi bersepadu yang memanfaatkan jenama-jenama hebat Mars di samping membina hubungan kukuh bersama pelanggan global kami. Beliau menyertai Mars di U.K. pada tahun 2000 sebagai Pengarah Kepimpinan Kategori untuk Mars Chocolate dan sejak itu mengumpul pengalaman kepimpinan dan menggalas tanggungjawab menerusi pelbagai jawatan pengurusan umum mencakupi segmen-segmen Chocolate, Petcare dan Food. Beliau turut memimpin operasi-operasi geografi pada peringkat negara di U.K. dan Ireland serta merupakan Presiden Serantau untuk Petcare di Amerika Latin dari tahun 2011 hingga 2014.

Clarke menggantikan Martin Radvan yang bersara setelah 32 tahun membina kerjaya dengan Mars yang mencakupi pelbagai fungsi, segmen perniagaan dan negara. Radvan memimpin penggabungan antara segmen-segmen Mars Chocolate dan Wrigley ke dalam Mars Wrigley Confectionery, pengeluar utama dunia bagi coklat, gula-gula getah, gula-gula pudina dan konfeksi perisa buah-buahan.

"Andrew ialah individu tepat untuk memimpin Mars Wrigley Confectionery menuju lembaran seterusnya. Rekod prestasi beliau dalam memacu perubahan bercita-cita tinggi sambil membawakan hasil menjadi pendorong keperluan perniagaan kami untuk berkembang maju dalam lanskap pengguna dan jualan yang terus berubah-ubah," kata Grant F. Reid, Ketua Pegawai Eksekutif Mars, Incorporated. "Andrew mempunyai perspektif global yang hebat, digabungkan dengan pendekatan berprinsip terhadap kepimpinan dan minat untuk menghubungkan dan menginspirasikan pasukan-pasukan."

Berhubung jawatan baharu beliau, Clarke berkata: "Saya berbesar hati kerana mendapat peluang untuk memimpin perniagaan ikonik ini bersama beberapa jenama paling digemari di dunia dan untuk memacu pertumbuhan bersama rakan sekutu berbakat, pelanggan dan rakan kongsi kami."

Latar Belakang Mars, Incorporated

Mars ialah sebuah perniagaan milik keluarga yang melakar sejarah selama lebih seabad dalam membuat pelbagai produk dan menawarkan perkhidmatan untuk orang ramai serta haiwan peliharaan yang disayangi mereka. Mengaut lebih $35 bilion jualan, syarikat merupakan sebuah perniagaan bertaraf global yang mengeluarkan antara jenama terbaik kegemaran dunia: M&M's®, SNICKERS®, TWIX®, MILKY WAY®, DOVE®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, EXTRA®, ORBIT®, 5™, SKITTLES®, UNCLE BEN'S®, MARS DRINKS dan COCOAVIA®. Mars turut menyediakan perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk Hospital Haiwan Peliharaan BANFIELD®, Blue Pearl®, VCA® dan Pet Partners™. Beribu pejabat di McLean, Virginia, Mars beroperasi di lebih 80 negara. Lima Prinsip Mars iaitu Kualiti, Tanggungjawab, Kesalingan, Kecekapan dan Kebebasan mengilhamkan lebih 100,000 Rakan Sekutunya untuk mencipta nilai buat kesemua rakan kongsinya dan memberikan pertumbuhan yang mereka banggakan saban hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami melalui FacebookTwitterLinkedIn dan YouTube.

Martin Radvan, President, Mars Wrigley Confectionery, is retiring after a 32-year career with Mars that has extended across multiple functions, business segments and countries.
Martin Radvan, President, Mars Wrigley Confectionery, is retiring after a 32-year career with Mars that has extended across multiple functions, business segments and countries.

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/704695/MARS_Andrew_Clarke.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/704715/Mars_Martin_Radvan.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/74984/mars__incorporated_logo.jpg

 

Source: Mars, Incorporated
Related Links:

Featured Video

Related Keywords:

Food/Beverages

Personnel announcements

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us