omniture

- adidas Originals raikan pelancaran P.O.D. System -

adidas Originals
2018-06-15 19:42 2533

- Rupa bentuk baharu dilancarkan di London bersama Pharrell Williams dan sekumpulan pencipta global -

- Pertunjukan oleh Migos, Suspect dan Benji B menamatkan hari acara intim yang membawa bersama komuniti kasut sneaker global -

LONDON, 15 Jun 2018 /PRNewswire/ -- adidas Originals melancarkan rupa bentuk terbaharu, P.O.D. System pada 13 Jun, dengan satu siri acara intim membawa bersama-sama komuniti kasut sneaker global. Meraikan kerjasama dan kreativiti sumber terbuka, P.O.D. System mengambil inspirasi daripada teknologi 'Point of Deflection System' ikon 90-an adidas. Direkayasa dengan unit tapak podular, rupa bentuk itu menampilkan perkakas baharu yang dibina untuk tujuan mewujudkan gerakan semula jadi, kefleksibelan dan keselesaan. Mengambil idea dari masa lalu untuk membayangkan masa depan, P.O.D. System mewakili standard baharu dalam industri kasut.


Untuk meraikan pelancaran itu, sekumpulan pencipta global termasuk Victor Ma, Cali Thornhill DeWitt, DJ Clark Kent dan ramai lagi, telah dijemput untuk meluangkan masa di P.O.S. Maker Lab di kejiranan Shoreditch di London. Dipimpin oleh Brooklyn Farm dan pasukan rekaan adidas Originals, para tetamu diberi peluang untuk mengalami sendiri proses rekaan adidas Originals. Dipimpin oleh Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Nic Galway, Ketua Produk Morgan Boeri, dan Pengarah Reka Bentuk Remy Eyraud, para tamu mengambil inspirasi daripada persekitaran industri untuk menghasilkan interpretasi unik P.O.D. System.

Para hadirin digalakkan untuk mencampur dan memadankan komponen P.O.D.S. dengan elemen klasik Originals. Menggunakan pelbagai jentera di tapak – bermula dengan goresan laser dan mampatan haba, kepada penjahit kia sangkut tersuai yang menambah sentuhan buatan tangan, para tetamu disajikan dengan pengalaman penuh pembuatan kasut. Pereka adidas Originals, penyesuai, dan pembuat kasut tempatan, serta pelajar menyokong kreativiti kami di sepanjang bengkel dan membantu mereka dalam membuat kasut yang unggul, yang akan menjadi milik mereka sendiri.

Sepanjang hari, pencipta adidas Originals Pharrell Williams menyertai para peserta dalam Maker Lab, menawarkan hala tuju dan inspirasi. Beralih dari siang membawa kepada acara sebelah malam, persembahan secara langsung oleh Migos, dengan tetamu istimewa bersama Pharrell Williams, Suspect OTB dan DJ Benji B, sebagai perayaan semangat kreatif adidas Originals - memperjuangkan seni, muzik, gaya, dan budaya melalui reka bentuk dan kolaborasi.

P.O.D. System akan tersedia di seluruh dunia pada 16 Jun di lokasi adidas Originals dan di adidas.com.  

#PODSystem 
adidas.com/PODSystem

Imej Pelancaran P.O.D. System boleh dimuat turun di sini

Latar Belakang adidas Originals:
Diilhamkan oleh warisan sukan yang beraneka daripada adidas - salah satu jenama sukan terkemuka di dunia dan pereka global dan pembangun kasut dan pakaian atletik - adidas Originals ialah jenama gaya hidup yang ditubuhkan pada tahun 2001. Dengan arkib adidas sebagai asasnya, adidas Originals terus mengembangkan warisan jenama melalui komitmennya terhadap inovasi produk dan keupayaannya untuk menyaring kreativiti dan keberanian yang terdapat di gelanggang dan arena sukan melalui lensa budaya belia kontemporari. Ditandai oleh logo Trefoil ikonik yang mula-mula digunakan pada tahun 1972 dan diperjuangkan oleh mereka yang terus membentuk dan menentukan budaya kreatif, adidas Originals terus memimpin menerajui sebagai perintis jenama pakaian sukan di jalanan.


 


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/706152/adidas_Originals_Migos.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/706153/adidas_Originals_3.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/706154/adidas_Originals_1.jpg 

Source: adidas Originals
Keywords: Retail Sports Sports Equipment & Accessories Textiles New products/services