omniture

FMC Umum Pelantikan Kristina Hermanson sebagai Pengurus Negara, FMC Australasia

FMC Corporation
2018-06-19 10:44 1461

PHILADELPHIA, 19 Jun 2018 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC) hari ini mengumumkan Kristina Hermanson dilantik sebagai Pengurus Negara untuk FMC Australasia. Beliau akan memimpin segmen-segmen perniagaan Australia dan New Zealand serta melapor diri kepada Bethwyn Todd, Presiden FMC Asia Pasifik dan Naib Presiden FMC Agricultural Solutions.


Hermanson menyertai FMC berbekalkan latar belakang kepimpinan hebat beliau dalam perancangan komersial, projek-projek transformasi syarikat, pembangunan perniagaan dan strategi untuk syarikat-syarikat multinasional. Beliau mempunyai pengalaman perniagaan antarabangsa selama 20 tahun, bermula sebagai jurutera mekanikal bersama Alstom di Switzerland. Pada tahun 2007, Hermanson menyertai Archer Daniels Midland Co., firma perniagaan tani global yang terkemuka dan memegang jawatan-jawatan mencakupi pengurusan umum, pembangunan komersial dan perniagaan, strategi, proses transformasi dan penyepaduan pasca penggabungan. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pertumbuhan dan Kolaborasi di Coca-Cola Amatil.

"Kristina ialah seorang pemimpin perniagaan berpengalaman, yang mempunyai pengalaman di rantau Eropah dan Asia Tenggara, termasuk sejak lima tahun di Australia," kata Todd. "Saya berasa teruja kerana beliau akan menyertai FMC, memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan beliau dalam perniagaan Australasia dan lebih luas lagi, kepada industri perlindungan tanaman di Australia dan New Zealand."

Hermanson ialah ahli lembaga bukan eksekutif dalam pertubuhan bukan untung, Business for Development, yang bermatlamat untuk mengembangkan perniagaan inklusif bagi menangani masalah kemiskinan tegar. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Wisconsin dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada UCLA Anderson School of Management.

Latar Belakang FMC

Selama lebih seabad lamanya, FMC Corporation menyediakan perkhidmatan untuk pasaran pertanian, perindustrian dan pengguna global menerusi penyelesaian inovatif, aplikasi dan produk yang berkualiti. Pada 1 November 2017, FMC memperoleh sebahagian besar daripada perniagaan DuPont Crop Protection. FMC menggaji kira-kira 7,000 kakitangan di seluruh dunia dan mengendalikan perniagaannya dalam dua segmen: FMC Agricultural Solutions dan FMC Lithium. Untuk maklumat lanjut, layari www.FMC.com.

Kenyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Sekuriti Persendirian 1995: Kenyataan-kenyataan dalam siaran media ini yang merupakan kenyataan-kenyataan jangkaan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan berkenaan faktor-faktor tertentu yang dijelaskan dalam Borang 10-K 2017 FMC Corporation dan pemfailan SEC lain. Maklumat sedemikian yang terkandung di dalam kenyataan ini merupakan pertimbangan terbaik pihak pengurusan pada tarikh ini berdasarkan maklumat yang kini tersedia. FMC Corporation tidak berhasrat untuk mengemas kini maklumat ini dan menafikan sebarang tanggungjawab undang-undang yang sebaliknya. Maklumat terdahulu tidak semestinya menunjukkan prestasi masa depan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/706973/Kristina_Hermanson.jpg

 

Source: FMC Corporation
Related Stocks:
NYSE:FMC
Keywords: Agriculture Chemical Personnel announcements