omniture

Hortonworks Data Platform 3.0 Dayakan Pengkontenaan dan Beban Kerja Pembelajaran Mendalam

Hortonworks, Inc.
2018-06-20 08:08 1188

SAN JOSE, California, 20 Jun 2018 /PRNewswire/ -- DATAWORKS SUMMIT Hortonworks, Inc.® (NASDAQ: HDP), penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengurusan data global, hari ini mengumumkan Hortonworks Data Platform (HDP) 3.0, yang dapat membawakan ciri-ciri perusahaan baharu yang penting termasuk pengkontenaan untuk penggunaan aplikasi yang lebih pantas dan lebih mudah dan produktiviti pembangun yang dipertingkat. Versi baharu HDP membolehkan pelanggan memperoleh nilai dengan lebih pantas, andal dan selamat daripada data mereka secara meluas untuk memacu transformasi perniagaan.

"Kadar inovasi daripada komuniti sumber terbuka rancak berlangsung dan ini bererti pelanggan mendapat ciri-ciri baharu yang terkini dan terbaik dalam HDP, termasuk pengkontenaan, kebolehan mengendalikan aplikasi pembelajaran mendalam dan penambahbaikan prestasi utama untuk analitik," kata Arun Murthy, pengasas bersama dan ketua pegawai produk Hortonworks. "HDP semakin matang bagi memenuhi keperluan perusahaan yang berubah-ubah dan kami berbesar hati dapat membawakan pelancaran penting ini kepada pelanggan agar mereka dapat menerima seni bina data moden."

Komponen utama dalam seni bina data moden, HDP ialah platform berasaskan Apache Hadoop® sumber terbuka yang selamat dan sedia untuk perusahaan. Ia dapat menangani keperluan lengkap data tersimpan, memperkasa aplikasi pelanggan masa sebenar dan menyediakan analitik data raya tangkas yang mempercepatkan proses membuat keputusan dan inovasi. Tidak seperti pengagihan berasaskan Hadoop yang lain, banyak penambahbaikan baharu untuk HDP 3.0 adalah berasaskan Apache Hadoop 3.1 dan termasuk:

  • Penggunaan aplikasi tangkas melalui pengkontenaan, yang membolehkan aplikasi dilancar serta merta, membolehkan pengguna menjimatkan masa dan sumber. Dengan kontena yang beroperasi melalui HDP, pembangun dapat bergerak pantas, menggunakan lebih banyak perisian dengan cekap dan beroperasi dengan kadar kelajuan lebih tinggi.  
  • Sokongan untuk aplikasi pembelajaran mendalam, membolehkan pelanggan mengendalikan beban kerja seperti pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam yang memerlukan sumber-sumber GPU yang banyak dan mahal. Ciri ini memanfaatkan pengumpulan dan pengasingan yang membolehkan saintis data mendemokrasikan dan berkongsi akses GPU.
  • Pangkalan data masa sebenar, membawakan pengoptimuman pertanyaan lebih baik bagi memproses lebih banyak data pada kadar lebih pantas dengan menyatukan jurang prestasi antara beban kerja berkependaman rendah dan berdaya pemprosesan tinggi. Didayakan melalui Apache Hive 3.0, HDP 3.0 menawarkan satu-satunya penyelesaian SQL seragam yang dapat melaksanakan pertanyaan interaktif secara meluas, tanpa mengira sama ada data tersebut terdapat dalam premis atau infrastruktur awan.
  • Keselamatan dan tadbir urus dipertingkat, menggalakkan pematuhan pengawalseliaan lebih hebat, termasuk GDPR, melalui rantaian jagaan data penuh serta pengauditan peristiwa yang terperinci. Ciri-ciri baharu ini menawarkan kebolehan unik untuk mengesan rangkaian data dari asalnya kepada himpunan data. Ia juga membolehkan juruaudit melihat data tanpa membuat perubahan, mempunyai dasar berasaskan masa dan peristiwa audit melibatkan tiga pihak dengan perlindungan penyulitan.

Dioptimum untuk Awan

HDP terus berkembang bagi memenuhi ciri-ciri unik penggunaan awan. Platform ini melibatkan sokongan direkayasa untuk semua storan objek awan utama: Amazon S3 dengan sokongan untuk EDW natif, Azure Storage Blob dan Google Cloud Storage (GCS). Ini termasuk penambahbaikan seluruh platform yang menyediakan peringkat kekonsistenan untuk storan awan tidak konsisten. Pelanggan turut mendapat manfaat daripada perkongsian perkhidmatan keselamatan perusahaan, tadbir urus data dan operasi dalam seluruh awan awam dan penskalaan kluster automatik berdasarkan penggunaan atau metrik masa untuk tambahan kecekapan. Tatkala perusahaan-perusahaan memindahkan beban kerja data raya daripada dalam premis kepada awan, HDP membolehkan pelanggan mengguna pakai seni bina data hibrid dengan sebarang dan semua penyedia awan utama.

"HDP 3.0 melibatkan inovasi-inovasi utama yang terus memodenkan platform data kami, seterusnya membawa kepada wawasan lebih pantas untuk perniagaan," kata Eric Endebrock, naib presiden, Pemasaran Penyelesaian Storan di Micron Technology. "Pengoptimuman pertanyaan pangkalan data waktu nyata HDP 3.0, dengan pemacu keadaan pepejal Micron® NVMe™ yang terbaik dalam kategorinya, mempercepatkan masa untuk memperoleh maklumat yang begitu penting untuk membuat keputusan dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif masa kini."

Program Akses Awal untuk HDP 3.0 kini tersedia. Daftar di sini.

HDP 3.0 dijangka tersedia kepada umum pada Suku Ketiga 2018. Tarikh-tarikh pelancaran tertakluk kepada perubahan tanpa makluman. Untuk maklumat lanjut mengenai HDP, sila layari: https://hortonworks.com/products/data-platforms/hdp/ 

Latar Belakang Hortonworks
Hortonworks ialah penyedia utama bagi platform, perkhidmatan dan penyelesaian pengurusan data tahap perusahaan dan bertaraf global yang menyediakan maklumat perisikan yang boleh diambil tindakan daripada sebarang jenis data untuk lebih separuh syarikat yang tersenarai dalam Fortune 100.  Hortonworks komited untuk memacu inovasi dalam komuniti sumber terbuka, memberi nilai unik kepada pelanggan perusahaan. Bersama-sama rakan-rakan kongsinya, Hortonworks menyediakan teknologi, kepakaran dan sokongan agar pelanggan perusahaan dapat mengguna pakai seni bina data moden. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com.

Hortonworks dan HDP ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Hortonworks, Inc. dan subsidiarinya di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Perhubungan media:

Michelle Lazzar
comms@hortonworks.com
(408) 884-9861

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/542818/HORTONWORKS_Logo.jpg

Source: Hortonworks, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:HDP
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news Data Analytics