SINGAPURA, 20 Jun 2018/PRNewswire/ --
Pemilik dan pengurus hartanah komersial Singapura sasar selaraskan operasinya melalui platform perisian bersepadu tunggal
Mercatus Co-operative Limited akan mengguna pakai Yardi Voyager® sebagai platform pengurusan hartanah dan perakaunan baharunya bagi mengurus portfolio hartanah yang menjana pendapatan di Singapura.
"Kami tidak sabar-sabar untuk menggunakan platform Yardi bagi membantu kami membawakan kecekapan dalam pengurusan pajakan dan hartanah berserta analitik data dan pelaporan dinamik yang lebih baik dalam seluruh operasi kami," kata Loke Huey Teng, ketua pegawai kewangan di Mercatus. "Kami turut menghargai pengalaman dan dedikasi Yardi dalam pasaran hartanah Singapura."
Mercatus akan turut menggunakan produk-produk lain daripada Suit Komersial Yardi® untuk mengurus penggabungan, belanjawan dan ramalan serta risikan perniagaan daripada penyelesaian terhubung tunggal.
"Voyager direka khusus untuk mengurus aset-aset hartanah dan fungsinya dapat dilanjutkan melalui modul-modul Yardi tambahan tatkala keperluan perniagaan Mercatus berkembang. Kelebihan-kelebihan ini akan menawarkan faedah yang baik kepada syarikat dalam pasaran hartanah komersial Singapura yang amat berdaya saing," kata Neal Gemassmer, naib presiden antarabangsa untuk Yardi.
Tonton video mengenai Yardi Voyager untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform hartanah SaaS yang inovatif ini.
Latar Belakang Mercatus Co-operative Limited
Mercatus Co-operative Limited ialah subsidiari hartanah milik NTUC Enterprise Co-operative Limited. Visinya adalah untuk memiliki dan mengurus portfolio hartanah komersial bagi menyediakan perusahaan sosial NTUC dengan akses kepada ruang komersial dan menjana pulangan mampan dalam tempoh jangka panjang untuk Pergerakan Buruh. Untuk maklumat lanjut, layari mercatus.com.sg.
Latar Belakang Yardi
Yardi® membangunkan dan menyokong perisian pengurusan pelaburan dan hartanah yang utama dalam industri untuk semua jenis dan saiz syarikat hartanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia daripada pejabat-pejabat di Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, layari yardi.com/asia.
Sumber: Yardi