omniture

IAC Group Namakan Manfred Gingl sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

IAC Group
2018-06-21 20:30 2484

LUXEMBOURG, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- International Automotive Components Group ("IAC"), peneraju automotif dan mobiliti bertaraf global dalam penyelesaian dalaman ringan dan bahan baharu, hari ini mengumumkan Manfred Gingl dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) International Automotive Components Group, berkuat kuasa serta merta. Presiden Natale "Nat" Rea, yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara, akan terus berkhidmat sebagai Presiden.

"Kami berasa teruja kerana mempunyai eksekutif yang berjaya dan disegani tatkala Manfred memimpin IAC dan melaksanakan rancangan strategik kami untuk mengembangkan syarikat," kata Pengerusi IAC Group Stephen J. Toy, pengarah urusan kanan dan ketua bersama WL Ross & Co. "Beliau merupakan pemimpin terbukti yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun sebagai pembekal automotif dan industri selepas jualan serta perspektif global yang akan memainkan peranan penting dalam membawa syarikat kami maju ke hadapan dalam industri yang pantas berkembang ini."

Gingl membawakan pengalaman kepimpinan yang luas dan kepakaran operasi kepada IAC. Sewaktu menghabiskan beberapa tahun lalu meneroka teknologi mobiliti yang disruptif, pengalaman terkini beliau dalam bidang automotif adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Magna Aftermarket dari tahun 2008 hingga 2010, setelah menyandang jawatan sebagai naib pengerusi eksekutif Magna International dari tahun 2002 hingga 2007. Terdahulu, beliau berkhidmat sebagai presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesma International dari tahun 1992 hingga 2002, sebuah syarikat yang ditubuhkan setelah beliau membimbing perniagaan rangkaian kuasa Magna melalui tawaran awam awal.

Setelah berhijrah ke Kanada dari Austria pada tahun 1966, beliau memulakan kerjaya sebagai pembuat perkakas dan acuan bersama Multimatic Inc., yang bergabung dengan Magna Electronics pada tahun 1968 untuk membentuk Magna International. Beliau menyandang pelbagai jawatan bersama syarikat tersebut, termasuk ketua pegawai operasi sehingga tahun 1988 ketika beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Magna International, jawatan yang disandang oleh beliau dari tahun 1988 hingga 1992. Beliau mendapat pengiktirafan kerana berjaya memajukan Magna daripada pembekal komponen menjadi pembekal sistem automotif.

"Saya berasa amat teruja kerana dapat kembali ke dalam industri automotif dan mengambil alih pucuk pimpinan global ini dalam sistem dan penyelesaian dalaman," kata Gingl. "Saya tidak sabar-sabar untuk meneruskan pertumbuhan dan reputasi IAC demi inovasi dan tumpuan pelanggan yang mantap. Ia merupakan saat yang mengujakan untuk berada dalam industri ini tatkala dunia beralih ke arah autonomi dan membayangkan semula masa depan mobiliti. IAC menerima trend mega seperti autonomi, perkongsian tunggangan, ketersambungan dan pemanduan lebih bersih dengan membangunkan penyelesaian menarik yang akan memenuhi banyak permintaan kokpit masa depan."

LATAR BELAKANG IAC
Beribu pejabat di Luxembourg, International Automotive Components (IAC) Group ialah pembekal global yang terkemuka bagi komponen dan sistem automotif, termasuk panel peralatan, sistem konsol, panel pintu, bumbung kereta dan sistem bahagian atas kepada pembuat auto di seluruh dunia. Jualan tahun 2017 oleh syarikat mencecah $4.4 billion. IAC Group mengendalikan lebih 50 kilang pengeluaran di 16 negara. Syarikat mempunyai sejumlah lebih 60 lokasi di 19 negara, termasuk 18 pusat reka bentuk, teknikal dan komersial serta menggaji lebih 22,000 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.iacgroup.com.

 

Source: IAC Group
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements