omniture

Abraaj Holdings, Abraaj Investment Management Limited dan Colony Capital, Inc. Berjaya Setuju dengan Transaksi

The Abraaj Group
2018-06-22 02:32 2358

Colony Capital, Inc. setuju ambil alih pengurusan beberapa Dana utama

- Transaksi turut libatkan pemerolehan saham Abraaj serta komitmen dalam dan untuk Dana-dana tersebut

- Transaksi termasuk penyelesaian sokongan sementara untuk baki Dana-dana

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu dan LOS ANGELES, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Abraaj Holdings, Abraaj Investment Management Limited (bersama-sama "Kumpulan") dan Colony Capital, Inc., (NYSE: CLNY) ("Colony" atau "Syarikat") melalui Penyelesai Sementara Bersama Kumpulan, PricewaterhouseCoopers dan Deloitte, dengan sukacitanya mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan berhubung terma-terma utama bagi jualan dan belian perniagaan pengurusan Dana Amerika Latin, Sub Sahara Afrika, Afrika Utara dan Turki Kumpulan berkenaan serta faedah-faedah Perkongsian Terhad Kumpulan dalam Dana-dana asasnya, berserta kakitangan daripada lapan pejabat yang dipindahkan menurut terma-terma perjanjian.

Colony turut bersetuju memantau, secara interim, Dana Kumpulan lain yang tidak diambil alih agar Kumpulan tersebut dan semua pemegang sahamnya mempunyai penyelesaian global komprehensif yang tersedia.

Persetujuan ini menerima kelulusan kawal selia berprinsip dan dijangka selesai setelah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Agung Cayman Islands serta persetujuan lazim yang lain. Transaksi ini dijangka selesai pada 1 Julai.

Colony ialah sebuah firma pengurusan pelaburan global terkemuka. Colony memiliki pemegangan penting dalam sektor rawatan kesihatan, perindustrian dan hospitaliti, selain ekuiti persendirian dan pelaburan hutang yang lain, berserta perniagaan pengurusan pelaburan institusi dan jualan terbenam. Ia diasaskan oleh Thomas J. Barrack, Jr. pada tahun 1991.

Abraaj ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Arif Naqvi dan muncul untuk menjadi pelabur ekuiti persendirian yang terkemuka dalam pasaran-pasaran pertumbuhan selain mempunyai jejak serantau mencakupi Amerika Latin ke Asia Tenggara. Kumpulan ini mempunyai pelaburan termasuk portfolio perniagaan matang yang mencakupi sektor-sektor yang pelbagai termasuk perkhidmatan kewangan, FMCG, perindustrian, rawatan kesihatan, pendidikan, pengilangan dan logistik.

Tom Barrack, Pengerusi Eksekutif, Colony Capital, Inc. berkata, "Kami berbesar hati kerana dapat mewujudkan penyelesaian global yang komprehensif ini untuk Abraaj serta para pemegang sahamnya dan benar-benar berharap usaha ini akan mendayakan proses pembinaan semula dari semua sisi dan turut menghentikan spekulasi yang berlegar-legar di sekitar Abraaj sepanjang beberapa bulan yang lalu."

Arif Naqvi, Pengasas, The Abraaj Group menambah, "Pelantikan penyelesai sementara bersama dan permulaan proses penstrukturan semula perniagaan ini yang kami kendalikan merentasi pelbagai pasaran adalah saat untuk introspeksi, tetapi juga memberi suatu kepuasan, apabila menyedari bahawa pasukan-pasukan yang telah dipupuk selama beberapa tahun ini dan perniagaan yang dapat kami laburkan dengan rasa bangga, kini mempunyai masa depan yang jelas dan lokasi yang baik yang akan menjadi penjaga bagi fasa seterusnya dalam perjalanan ini."

Selcuk Yorgancioglu dan Omar Lodhi, Ketua Eksekutif Bersama Abraaj Investment Management Limited berkata," Kami berasa gembira dapat menyertai platform Colony dan pasukan yang membolehkan kami untuk terus membangunkan perniagaan kami dalam pasaran-pasaran yang berkembang pesat yang menerima komitmen kami sepanjang dua dekad lalu."

Michael Jervis, Rakan Kongsi di PricewaterhouseCoopers dan Penyelesai Sementara Bersama Abraaj Holdings, berkata, "Ini merupakan satu pencapaian penting ke arah mencapai seluruh objektif Pembubaran Sementara dan penstrukturan semula seperti yang dinyatakan oleh Perintah Mahkamah. Kami akan berunding dengan pemiutang kami beberapa hari akan datang berhubung transaksi yang dirancang ini sebelum mendapatkan kelulusan mahkamah."

Stuart Sybersma, Rakan Kongsi di Deloitte dan Penyelesai Sementara Bersama Abraaj Investment Management Limited ("AIML") berkata, "Kami berasa gembira kerana bersetuju dengan jualan unit dan aset perniagaan tertentu AIML dalam jangka masa yang singkat, sejajar dengan mandat penstrukturan semula kami, yang membolehkan unit perniagaan ini terus berdagang dan memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pelabur dan guna tenaga untuk ahli-ahli kakitangan yang diambil bekerja di wilayah ini. Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Cayman Islands berhubung transaksi tersebut, yang akan dilaksanakan pada kadar yang dipercepatkan." 

 

Untuk pertanyaan media Abraaj, sila hubungi:

Mitali Atal 
Pengarah, Komunikasi
Abraaj
T: +971508503587 
E: Mitali.Atal@abraaj.com

Jon Aarons/Andrew Cole
Sard Verbinnen & Co.
T: + 44 20 3178 8914/+ 1 212 687 8080 
E: Abraaj-SVC@sardverb.com

Untuk pertanyaan media Colony Capital, Inc. sila hubungi:

Blicksilver P.R.
Kristin Celauro
T: +1 732 433 5200 
E: kristin@blicksilverpr.com

Latar Belakang Colony Capital, Inc. 
Colony Capital, Inc. (NYSE: CLNY) ialah sebuah firma pengurusan hartanah dan pelaburan global yang terkemuka. Syarikat mempunyai pemegangan hartanah penting dalam sektor rawatan kesihatan, perindustrian dan hospitaliti, ekuiti lain dan pelaburan hutang dan juga perniagaan pengurusan pelaburan institusi dan jualan terbenam. Syarikat kini mempunyai aset di bawah pengurusan sebanyak $43 bilion dan mengurus modal bagi pihak pemegang sahamnya, serta pelabur institusi dan runcit dalam dana persendirian, amanah pelaburan hartanah tidak diniagakan dan diniagakan serta syarikat-syarikat pelaburan berdaftar. Syarikat mengekalkan pejabat-pejabat utama di Los Angeles dan New York, bersama kira-kira 500 kakitangan di pejabat-pejabat yang terletak merentasi 18 bandar di sepuluh negara. Untuk maklumat tambahan berhubung Syarikat dan pengurusan serta perniagaannya, sila rujuk www.clny.com.

Nama Syarikat ditukar kepada Colony Capital, Inc., simbol NYSE ditukar daripada CLNS kepada CLNY dan laman sesawang ditukar daripada www.clns.com kepada www.clny.com akan berkuat kuasa pada 25 Jun 2018.

Source: The Abraaj Group
Related Stocks:
NYSE:CLNS NYSE:CLNY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Contracts