omniture

Umitron perintis teknologi akua tutup pelaburan S$11.2 juta terajui pembangunan akuakultur menerusi teknologi

Umitron
2018-06-22 09:00 2681

SINGAPURA, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- UMITRON PTE. LTD. (Lokasi: Singapura, Pengasas Bersama / Pengarah urusan Masahiko Yamada, selepas ini Umitron) mengumumkan ia telah mengumpul sebanyak $11.2 juta SGD pada 8 Jun sebagai pembiayaan ekuiti perusahaan pertama. Pembiayaan ini merupakan hasil pelaburan bersama oleh Innovation Network Corporation of Japan, D4V (Design for Ventures) disertai oleh IDEO dan pelabur-pelabur persendirian.

Marine aquaculture at Ehime prefecture in Japan
Marine aquaculture at Ehime prefecture in Japan

 

UmiGarden(R) installed image
UmiGarden(R) installed image

Ia menjadi pengumpulan tertinggi sebagai pelaburan peringkat awal dalam industri teknologi akua seumpamanya (setakat ini, Jun 2018). Umitron akan mengukuhkan perkhidmatan sedia adanya dan penyelidikan & pembangunan (R&D) melalui pembiayaan ini.

-- Peningkatan permintaan protein dunia

Prospek populasi dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meramalkan bahawa populasi mungkin bertambah sebanyak 9.7 bilion dalam tahun 2050.

Seiring dengan perkembangan populasi, dunia berdepan dengan permintaan protein yang semakin meningkat, yang mana protein ialah salah satu zat pemakanan paling penting yang menyumbang bahagian terbesar untuk tubuh manusia tidak termasuk air. Warga Asia khususnya semakin memberi perhatian terhadapan diet yang sihat, dan permintaan terhadap protein haiwan dalam seluruh makanan terus berkembang.

* Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Semakan 2010

-- Akuakultur raih perhatian global* 

Permintaan terhadap protein meningkat, namun kawasan tanah yang diusahakan untuk pengeluaran makanan dan hasil seunit kawasan juga terhad. Selain itu, peluasan pertanian, kilang dan bandar membawa kepada penggunaan lebih banyak sumber air tawar.
Haiwan daratan seperti lembu, khinzir dan ayam diternak oleh tangan-tangan manusia selama beribu-ribu tahun, manakala ikan laut masih dibekalkan menerusi kaedah tangkapan. Atas sebab-sebab ini, industri marin-akuakultur berkembang pesat masa kini.

-- Selesaikan isu-isu akuakultur dengan teknologi

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh industri akuakultur yang semakin berkembang ialah pengoptimuman pemberian makanan. Kos pemberian makanan akuakultur menyumbang sebanyak lebih 50% daripada jumlah pengeluaran. Selain itu, pemberian makanan melebihi jumlah yang diperlukan mengikut selera ikan menyebabkan berlakunya masalah air seperti eutrofikasi lautan dan kembangan merah. Umitron menyediakan teknologi untuk mengoptimumkan pemberian makanan dalam akuakultur dan mengurangkan risiko alam sekitar.

umitron | meletakkan Akukultur Mampan di Bumi

Umitron (umitron.com) ialah syarikat data untuk akuakultur, berpangkalan di Singapura (ibu pejabat) dan Jepun (ibu pejabat R&D). Kami membangunkan model akuakultur mampan berkomputer dengan menggunakan teknologi seperti IoT, penderiaan jarak jauh satelit dan AI. Pada Jun 2017, kami melancarkan "UmiGarden" sebagai produk pertama, pengoptimuman pemberian makanan dalam akuakultur oleh analisis kumpulan ikan. Umitron berperanan untuk "meletakkan Akuakultur Mampan di Bumi" dan meningkatkan keselamatan bekalan sumber akuatik yang mesra alam dan stabil serta persekitaran kerja dalam akuakultur melalui teknologi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180620/2165463-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180620/2165463-1-b

Source: Umitron
Related Links:
Keywords: Agriculture Computer Software Computer/Electronics Financing agreements