omniture

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Umum Dana 'The Lion's Share' Bersama Pengasas FINCH Dan Rakan Pengasas Mars Tangani Krisis Pemuliharaan Hidupan Liar Dan Kebajikan Haiwan

Mars, Incorporated
2018-06-22 09:23 2542

- UMUM HARI INI DI FESTIVAL KREATIVITI ANTARABANGSA CANNES LIONS, DANA 'THE LION'S SHARE' SAKSIKAN MARS SERTAI SEBAGAI RAKAN PENGASAS. PROJEK DIASAS DAN DIMULA OLEH SYARIKAT PENERBITAN FINCH

- DANA SASAR KUMPUL $100 juta SETAHUN DALAM TEMPOH TIGA TAHUN

- GESAAN UNTUK PENGIKLAN TERBESAR DUNIA SUMBANG PERATUSAN KECIL BELANJA PENGIKLANAN DARIPADA IKLAN YANG PAPARKAN HAIWAN

- DUTA KHAS LION'S SHARE, SIR DAVID ATTENBOROUGH, GESA SYARIKAT 'BANGKIT' DAN LAKUKAN BANYAK LAGI UNTUK JAMIN KESEJAHTERAAN BUMI

CANNES, Perancis, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), FINCH dan rakan pengasas Mars, Incorporated hari ini mengumumkan satu inisiatif yang bertujuan untuk mengubah kehidupan haiwan di seluruh dunia dengan meminta pengiklan menyumbang satu peratus daripada perbelanjaan media mereka untuk projek-projek pemuliharaan dan kebajikan haiwan.

 

Inisiatif ini, dana yang dikenali sebagai The Lion's Share, akan menyaksikan rakan-rakan kongsi menyumbang sebanyak 0.5 peratus daripada perbelanjaan media mereka kepada dana berkenaan bagi setiap iklan yang mereka gunakan untuk memaparkan haiwan. Dana ini akan digunakan untuk menyokong haiwan dan habitatnya di seluruh dunia. Mars ialah rakan iklan pertama dalam The Lion's Share.

"20 peratus haiwan terlibat dalam semua iklan yang kita lihat. Namun begitu, haiwan tersebut jarang sekali menerima sokongan yang patut diterima. Sehingga kini," kata Duta Khas Lion's Share Sir David Attenborough.

"The Lion's Share menunjukkan bahawa dengan membuat perbezaan yang kecil hari ini, kita berpeluang untuk mencetuskan perbezaan yang belum pernah terjadi pada masa depan," tambah Sir David.

Dana ini, yang bakal dianjurkan oleh UNDP, berusaha untuk mengumpul sebanyak $100 juta setahun dalam tempoh tiga tahun dan wang ini dilaburkan dalam pelbagai program pemuliharaan hidupan liar dan kebajikan haiwan yang bakal dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat awam. Rakan-rakan kongsi lain termasuk rangkaian pengiklanan BDO dan syarikat pengukuran terkemuka Nielsen.

"Hidupan liar dan habitatnya mengalami krisis pada masa kini. Kita kehilangan spesies pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan anggaran akan mencecah 1,000 kali kadar kepupusan semula jadi. The Lion's Share ialah cetusan idea yang merupakan inovatif yang mudah, yang akan memberi impak sebenar terhadap masa depan haiwan, habitat dan bumi kita," kata Pentadbir UNDP Achim Steiner.

Andrew Clarke, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pelanggan di rakan pengasas Mars, berkata bahawa dana ini akan menjadi cara yang hebat buat syarikat untuk meninggalkan legasi yang berkekalan. Beliau berkata "The Lion's Share adalah benar-benar inisiatif yang bercita-cita tinggi yang kita perlu memanfaatkannya bagi memastikan kita dapat memupuk bumi yang sejahtera yang membolehkan setiap orang, termasuk haiwan berkembang maju. Bagi Mars, ia merupakan satu lagi langkah bagi menghidupkan komitmen dalam rancangan Kemampanan dalam Generasi kami."

"Kami amat bersemangat tentang pemuliharaan hidupan liar dan mengekalkan kepelbagaian bio yang amat penting untuk bumi kita. Haiwan pula memerlukan bantuan kita yang berdekatan dengan kita. Kami menggesa syarikat-syarikat dan jenama-jenama lain untuk menyertai kami dalam The Lion's Share bagi membantu memulakan gerakan bagi menangani isu-isu kritikal ini," tambah En. Clarke.

Rob Galluzzo, pengasas FINCH, yang mencetuskan idea bersama pengarah filem Christopher Nelius, berkata: "Sembilan daripada 10 haiwan paling popular seperti yang kita lihat dalam iklan hakikatnya terancam atau dalam bahaya dan haiwan tersebut biasanya tidak mendapat sokongan yang patut diterima. Bahkan, biasa yang berlaku adalah sebaliknya. Christopher mempunyai suatu idea hebat untuk menyelesaikan isu ini dan kami di FINCH berusaha bagi menjadikannya suatu kenyataan. Kami bekerjasama dengan Clemenger BBDO untuk menjayakan konsep tersebut."

Dana ini mempunyai jawatankuasa pemandu bersama yang akan membuat keputusan mengenai program-program keutamaan.

The Lion's Share akan berusaha menyumbang ke arah Matlamat Pembangunan Lestari, gesaan tindakan sejagat oleh PBB bagi membasmi kemiskinan dan melindungi bumi. Menyokong haiwan dan membantu memulihara habitatnya adalah kunci bagi mencapai Matlamat 14, Hidupan Dalam Air dan Matlamat 15, Hidupan di Darat.

"Menjadi tanggungjawab kami sebagai manusia untuk melindungi semua hidupan di bumi kita," kata pelakon dan Duta Muhibah UNDP Nikolaj Coster-Waldau, yang memulakan pelancaran dana The Lion's Share di Cannes menerusi temubual di atas pentas bersama unit antipemburuan haram pertama Afrika Selatan yang kebanyakan ahlinya wanita, Black Mambas.

Beliau menambah: "Kami tidak dapat mencapai Matlamat Pembangunan Lestari oleh PBB dan pemimpin-pemimpin dunia bagi melindungi masa depan dan menjamin kemakmuran untuk semua orang tanpa memelihara habitat semula jadi untuk semua hidupan, bermula daripada hidupan liar kepada hidupan laut."

Collette Ngobeni, Black Mambas berkata: "The Lion's Share ialah satu inisiatif yang amat menarik kerana ia mempunyai potensi yang besar bagi membantu kerja-kerja pemuliharaan akar umbi sama seperti kami. Kami bekerja keras saban hari bagi mengelakkan pemburuan haram dan menyokong beberapa spesies yang paling terancam di dunia serta berharap dapat dibantu oleh The Lion's Share."

Nota untuk Editor:

Latar Belakang Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
UNDP bekerjasama dengan orang ramai pada semua peringkat masyarakat bagi membantu membina negara yang mampu bertahan terhadap krisis serta mendorong dan mengekalkan tahap pertumbuhan yang dapat menambah baik kualiti kehidupan semua orang. Di tapak lokasi hampir di 170 negara dan wilayah, kami menawarkan perspektif global dan pandangan setempat bagi membantu memperkasa kehidupan dan membina negara yang berdaya tahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNDP, layari undp.org.

Latar Belakang Mars, Incorporated
Mars ialah sebuah perniagaan milik keluarga yang melakar sejarah selama lebih seabad dalam membuat pelbagai produk dan menawarkan perkhidmatan untuk orang ramai serta haiwan peliharaan yang disayangi. Mengaut lebih $35 bilion jualan, syarikat merupakan sebuah perniagaan bertaraf global yang mengeluarkan antara jenama terbaik kegemaran dunia: M&M's®, SNICKERS®, TWIX®, MILKY WAY®, DOVE®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, EXTRA®, ORBIT®, 5™, SKITTLES®, UNCLE BEN'S®, MARS DRINKS dan COCOAVIA®. Mars turut menyediakan perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk Hospital Haiwan Peliharaan BANFIELD®, Blue Pearl®, VCA® dan Pet Partners™. Beribu pejabat di McLean, Virginia, Mars beroperasi di lebih 80 negara. Lima Prinsip Mars iaitu Kualiti, Tanggungjawab, Kesalingan, Kecekapan dan Kebebasan mengilhamkan lebih 100,000 Rakan Sekutunya untuk mencipta nilai buat kesemua rakan kongsinya dan memberikan pertumbuhan yang mereka banggakan saban hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami melalui Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

Latar Belakang FINCH

FINCH ialah sebuah syarikat penerbitan yang terdiri daripada pembikin filem, seniman dan jurutera yang bekerjasama di landasan pertemuan antara penceritaan, hiburan dan teknologi. Mereka percaya dalam memberi impak kepada budaya melalui karya yang membuatkan mereka berasa bangga. Finch mempunyai pejabat-pejabat di Sydney, Melbourne dan Auckland. FINCH menghasilkan dokumentari, pengalaman langsung, iklan TV, filem cereka dan kandungan digital. Mereka memegang lebih satu dozen paten dan aktif membangunkan dan melesenkan produk serta inovasi yang menerobos sempadan penceritaan konvensional. Diasaskan pada tahun 2011, karya mereka telah diiktiraf menerusi pengiktirafan ulung dalam pengiklanan termasuk Gold Cannes Lions, D&AD Black Pencil dan beberapa Yellow Pencils.

Untuk maklumat lanjut mengenai FINCH, sila layari finchcompany.com. Sertai kami melalui Facebook, LinkedIn dan Instagram.

LATAR BELAKANG CLEMENGER BBDO MELBOURNE:
Clemenger BBDO Melbourne ialah salah satu agensi terbesar dan penerima anugerah paling kreatif di Australia, setelah dipilih sebagai agensi paling kreatif Dunia di Cannes Lions dan D&AD; agensi paling berkesan di wilayah tersebut menerusi APAC Effies sejak 12 bulan lalu. Sebagai ahli rangkaian BBDO global, mantera agensi ialah "Kerja. Kerja. Kerja." Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang agensi di: www.clemengerbbdo.com.au.

Latar Belakang Nielsen

Nielsen ialah sebuah syarikat pengurusan prestasi bertaraf global yang menyediakan pemahaman komprehensif berhubung apa yang Ditonton dan Dibeli oleh pengguna. Dengan menggabungkan maklumat daripada segmen-segmen Tonton dan Beli kami serta daripada sumber-sumber data lain, Nielsen turut memberikan pelanggannya dengan pengukuran bertaraf dunia serta analitik yang dapat membantu meningkatkan prestasi. Nielsen, sebuah syarikat S&P 500, beroperasi di lebih 100 negara, mencakupi lebih 90% daripada populasi dunia.  

Untuk maklumat lanjut, layari nielsen.com.

 

Video - https://mma.prnewswire.com/media/708747/Lions_Share.mp4
Video - https://mma.prnewswire.com/media/708751/Lions_Share_Call_to_Action.mp4 

Source: Mars, Incorporated
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Film & Motion Picture Retail Animal Welfare Animals/Pets Corporate Social Responsibility