HONG KONG, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- JNA Awards mengumumkan Penerima-penerima Kehormat mencakupi 12 kategori dalam sidang akhbar yang diadakan bersama dengan Pameran Barang Kemas & Permata Hong Kong Jun.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/jna_201806.shtml
Edisi ketujuh itu menyaksikan 127 penghantaran yang memecah rekod dari 16 negara dan wilayah.
Letitia Chow, Pengerusi JNA Awards, Pengasas JNA dan Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Jewellery Group di UBM Asia, mengulas, "Persaingan kini lebih sengit melihatkan bilangan penyertaan memecah rekod yang diterima oleh pihak kami tahun ini. Hal ini menjadi lebih sukar menerusi kualiti penyerahan yang kekal luar biasa."
Panel penilaian bebas 2018 yang terdiri daripada pakar-pakar industri iaitu Albert Cheng, Penasihat World Gold Council (WGC) dan mantan Pengarah Urusan, Far East (WGC); James Courage, mantan Ketua Eksekutif Platinum Guild International (PGI) dan mantan Pengerusi Responsible Jewellery Council (RJC); Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan Shanghai Diamond Exchange (SDE); Mark Lee, Pengarah Penyelidikan Institut Strategi Asia Pasifik (APIFS); Nirupa Bhatt, Pengarah Urusan Institut Gemologi Amerika (GIA) di India dan Timur Tengah; serta Yasukazu Suwa, Pengerusi Suwa & Son, Inc.
Cheng berkongsi bahawa, "JNA Awards terus mencapai momentumnya, panel penilaian melalui proses perdebatan dan perbincangan yang rancak untuk memilih Penerima Kehormat tahun ini sekali lagi. Kami berharap dapat terlibat dalam lebih banyak perbincangan yang bersemangat apabila memilih juara-juara dalam setiap kategori."
Courage menambah, "Penyertaan tahun ini memperlihatkan penekanan terhadap inovasi dalam reka bentuk, pengilangan, kewangan dan pemasaran. Mereka menyedari cabaran-cabaran terhadap sektor barang kemas daripada kategori-kategori lain dan keperluan untuk menyasarkan golongan milenial dan juga pengguna lebih muda."
Lin menyatakan, "Saya akan terus mendapat inspirasi daripada pencapaian dan semangat inovatif semua penyertaan. Tahun ini, persaingan amat sengit yang mana pemilihan peneraju daripada himpunan penyertaan yang begitu pelbagai dan cemerlang adalah amat mencabar."
"Menarik apabila dapat melihat kualiti penyertaan JNA Awards tahun ini yang menjadikan proses pemilihan lebih mencabar. Ini merupakan bukti inovasi dan perubahan yang telah memacu pertumbuhan dalam industri permata dan barang kemas Asia," ujar Bhatt.
Lee menambah, "Inovasi dan strategi-strategi mampan adalah amat penting dalam dunia yang pantas berubah ini. JNA Awards ialah platform cemerlang untuk memperlihatkan pembangunan dan kejayaan industri serta menjadi contoh usaha yang dilakukan oleh para peserta terhadap operasi mereka."
Suwa menyatakan, "Peserta-peserta untuk JNA Awards amat berbeza dari segi pulangan tahunan, bermula daripada ratusan ribu dolar kepada hampir US$10 bilion dan juga saiz tenaga kerja, bermula dengan beberapa orang kakitangan kepada hampir 30,000 pekerja. Panel pernilaian menumpu pada kualiti kerja yang tercapai."
Pemenang-pemenang akan diumumkan dalam Upacara JNA Awards dan Makan Malam Gala pada 16 September sempena Pameran Barang Kemas & Permata Hong Kong September.
Penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bakal diumumkan pada bulan Julai ini.
Perhubungan Media:
JNA Awards Marketing
UBM Asia (Hong Kong)
+852-2516-2184
marketing@jnaawards.com
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201806/jna/video.mp4
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2166937-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2166937-1-b
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2166937-1-c
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2166937-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180123/2037591-1LOGO