Pinjaman dikeluarkan dalam beberapa hari dan bukannya berminggu-minggu manakala hutang lapuk dikurangkan 3 peratus daripada rekod pinjaman
KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Jun 2018 /PRNewswire/ --
Sorotan utama:
Credit Guarantee Corporation (CGC) Malaysia, usaha sama kerajaan dan perusahaan komersial, menggunakan teknologi pengurusan keputusan FICO untuk meningkatkan kebolehannya menilai kepercayan kredit perniagaan-perniagaan kecil-kecilan agar ia dapat memberi pinjaman kepada perniagaan berkenaan.
Peminjaman langsung ini adalah hasil lanjutan peranan biasa CGC dalam menyediakan jaminan pinjaman kepada perniagaan-perniagaan, yang kebanyakannya kekurangan cagaran dan rekod prestasi bagi memperoleh pembiayaan yang tetap. Sejak penggunaan sistem pengurusan peraturan keputusan FICO® Blaze Advisor® dan model-model analitik tersuai pada Ogos 2016, CGC dapat mengurangkan pinjaman tak berbayar kepada hanya 3 peratus daripada rekod pinjaman dan hanya mengalami satu kegagalan pembayaran pinjaman.
Hasil pencapaiannya, CGC memenangi Anugerah Keputusan FICO 2017 untuk Inovasi Pengurusan Keputusan.
Maklumat lanjut: http://www.fico.com/en/products/fico-blaze-advisor-decision-rules-management-system
Pengenalan kepada penyelesaian pengurusan keputusan adalah perlu bagi memastikan ramalan yang lebih tepat terhadap risiko dan harga pelanggan, untuk meningkatkan masa pusing balik dan mengurangkan kegagalan pembayaran pinjaman. Sebelum ini, kebanyakan peraturan perniagaan atau kriteria kelayakan pinjaman disemak secara manual oleh CGC untuk setiap pemohon perniagaan mikro, kecil-kecilan dan sederhana, yang dibuat untuk proses yang perlahan dan tidak standard. Walau bagaimanapun, dengan pelancaran produk peminjaman langsung baharu, peraturan dan pinjaman perniagaan ini akan meningkat bilangannya dan memerlukan pemprosesan yang pantas dan andal.
"Pengautomatan pengurusan keputusan yang disediakan oleh FICO telah memajukan perniagaan kami," kata Perbagaran a/l K. Kuppusamy, ketua pegawai risiko di CGC. "Sebelum ini, kami meminta data biro dan demografi, menerimanya dalam format fizikal dan kemudian mengumpulkannya agar pasukan risiko kami dapat menilai data tersebut berdasarkan peraturan biro dan menentukan kelayakan untuk skim-skim tertentu. Dengan FICO Blaze Advisor dan analitik FICO, proses yang memakan masa dan membosankan ini dapat dipendekkan daripada beberapa minggu kepada dua atau tiga hari, dan kami memperoleh penilaian risiko yang lebih tepat bagi setiap pelanggan."
FICO membangunkan berbilang model analitik bersegmen yang menganalisis 1000 pembolehubah khusus untuk portfolio CGC bagi mencapai kaedah menilai risiko yang lebih baik.
Penyepaduan diwujudkan antara sistem pengasalan CGC, biro kredit dan penyelesaian pengubahan wang haram bagi mengautomasikan kriteria kelayakan serta menilai risiko pemohon. Di samping itu, pola tingkah laku pelanggan CGC turut diambil kira bagi mengadili dan menilai pelanggan sedia ada. Ini dapat membentuk model-model tingkah laku yang ditentukan oleh rekod prestasi pelanggan, tempoh penglibatan dengan CGC dan kriteria lain.
"Kerumitan penyelesaian yang dibangunkan dan digunakan oleh Credit Guarantee Corporation menjadikannya menonjol antara peserta-peserta Anugerah Keputusan FICO tahun ini," kata Daniel Mayo, ketua penganalisis untuk teknologi perkhidmatan kewangan di Ovum, salah seorang hakim Anugerah Keputusan FICO tahun ini. "Kebolehan CGC untuk memainkan peranan pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara hanya akan dapat ditingkatkan oleh projek ini."
"Memperkasa sesebuah organisasi seperti CGC agar bersifat keusahawaan sama seperti pelanggannya benar-benar memberi suatu kepuasan," kata Dattu Kompella, pengarah urusan di Asia untuk FICO. "Pencapaian CGC dalam pengurusan keputusannya jelas menunjukkan bagaimana pengautomatan dapat membawa perubahan yang transformatif antara perniagaan, melancarkan proses, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan keseluruhan."
Latar Belakang Credit Guarantee Corporation
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) diperbadankan pada 5 Julai 1972. Objektif utamanya adalah untuk memainkan peranan pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Malaysia dengan membantu perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang kecil-kecilan namun berpotensi berdaya maju, khususnya perusahaan-perusahaan tanpa cagaran atau kekurangan cagaran serta rekod prestasi, bagi memperoleh pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan. CGC memudahkan akses kepada pembiayaan untuk PKS melalui skim jaminannya. CGC turut membangunkan platform rujukan pinjaman / pembiayaan PKS pertama Malaysia yang dikenali sebagai imSME.com.my. Saluran ini dibangunkan untuk memacu rangkuman kewangan dan memudahkan PKS mencari pinjaman/pembiayaan.
Latar Belakang Anugerah Keputusan FICO
Anugerah Keputusan FICO mengiktiraf organisasi-organisasi yang mencapai kejayaan luar biasa menggunakan penyelesaian FICO. Panel yang terdiri daripada hakim-hakim bebas yang mempunyai kepakaran industri yang tinggi menilai calon-calon berdasarkan penambahbaikan yang boleh diukur dalam metrik-metrik utama; memperlihatkan penggunaan amalan terbaik; skala projek, kedalaman dan keluasan; serta penggunaan teknologi yang inovatif. Hakim-hakim 2017 ialah:
Pemenang-pemenang Anugerah Keputusan FICO ditonjolkan di FICO World 2018, Persidangan Keputusan-keputusan, 16-19 April di Miami Beach, Florida.
Latar Belakang FICO
FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang dapat membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Diasaskan pada tahun 1956 dan berpangkalan di Silicon Valley, syarikat ini merupakan pelopor bagi penggunaan analitik prediktif dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih 185 paten AS dan luar negara untuk teknologi-teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan, pengilangan, telekomunikasi, rawatan kesihatan, peruncitan dan banyak lagi industri lain. Dengan menggunakaan penyelesaian FICO, perniagaan-perniagaan di lebih 100 negara dapat melakukan segala-galanya bermula dengan melindungi 2.6 bilion kad bayaran daripada penipuan, kepada membantu orang ramai memperoleh kredit, bagi memastikan berjuta-juta kapal terbang dan kereta sewa berada di tempat yang betul, tepat pada masanya.
Ketahui lebih lanjut di www.fico.com.
Sertai perbualan di https://twitter.com/fico & http://www.fico.com/en/blogs/
FICO dan Blaze Advisor ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di AS dan negara-negara lain.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/450763/FICO_Logo.jpg