omniture

JA Solar Terima Mohor PV Jenama Utama daripada EuPD Research di Australia

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-06-26 19:52 1699

BEIJING, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO), pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia telah dianugerahkan dengan "Mohor PV Jenama Utama 2018" daripada EuPD Research in Australia.

EuPD Research amat dikenali dalam industri fotovolta. Berdasarkan tinjauan komprehensif antara syarikat-syarikat pemasangan fotovolta dan pengguna akhir di Australia, EuPD Research menganugerahkan mohor kepada syarikat-syarikat cemerlang yang menunjukkan prestasi yang baik dalam semua aspek. Keputusan tinjauan mempunyai nilai rujukan yang mantap untuk pelanggan memilih produk-produk fotovolta berkualiti tinggi. Sejak JA Solar menembusi pasaran Australia pada tahun 2013, ia telah menerima pelbagai pengiktirafan dan maklum balas yang menggalakkan hasil produknya yang berprestasi tinggi dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Penghantaran JA Solar sentiasa menduduki kedudukan utama. Pada tahun 2017, JA Solar memiliki 15.3% saham dalam pasaran PV di Australia.

Sebagai pemegang paten PERC, produk PERC berprestasi tinggi JA Solar diterima baik dalam pasaran Australia, khususnya modul dwikaca dwimuka dan modul separuh sel PERC. Menerusi proses penambahbaikan selama bertahun-tahun, JA Solar berjaya mengukuhkan kerjasama jangka panjangnya bersama banyak syarikat yang ternama di Australia.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar, mengulas, "JA Solar menubuhkan sebuah pejabat cawangan di Australia pada tahun 2013. Kami turut mewujudkan jualan tempatan dan platform sokongan bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang tepat pada masanya, berkualiti tinggi dan setempat. Menerusi peluasan selanjutnya dalam pasaran Australia, JA Solar akan terus menaik taraf teknologi dan meningkatkan penyelesaian perkhidmatan, menyediakan pelanggannya dengan modul solar yang tinggi keandalannya dan juga perkhidmatan unggul."

Pertanyaan Media:

Xiaorui Sun 
+86-10-6361-1888 x1698 
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards