Menerusi Sokongan Seluruh Dunia Terhadap Album Baharu Beliau Yang Dilancarkan Baru-baru ini, VIBRAS, Dan Status Beliau Sebagai Kolaborator Dengan Permintaan Tinggi, J Balvin Raih Kedudukan Global #1 Dalam Spotify Hari Ini. Sejumlah 48,158,683 Juta Pendengar Bulanan Merupakan Jumlah Tertinggi Seumpamanya Untuk Artis Muzik Latin.
"Apa yang dapat saya nyatakan ialah terima kasih, terima kasih; Saya amat bersyukur dan berbangga kerana dapat menjadi artis yang paling ramai didengari di dunia melalui Spotify. Ia lebih hebat berbanding J Balvin, ia merupakan suatu pergerakan dan dalam bahasa Sepanyol. Kami membuktikan bahawa orang Latin mempunyai kuasa untuk berhubung dengan audiens pada peringkat global tanpa perlu menyisihkan identitinya. Ini merupakan satu pencapaian untuk seluruh komuniti Latin. Saya berasa amat bersyukur kepada Spotify atas sokongan yang amat besar terhadap pergerakan reggaeton." – J BALVIN
"J Balvin menunjukkan dalam masa yang singkat bahawa muzik dalam bahasa Sepanyol tiada sempadan. Trend penerimaan muzik beliau, bukan sahaja melalui platform penstriman, malah di kelab malam, radio dan sebagainya terus berkembang pesat, menembusi semua latar belakang sosial seluruh dunia. Pada usia muda, artis Universal Colombia ini menjadi legenda yang masih hidup untuk muzik kami" – Jesus Lopez, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Amerika Latin dan Semenanjung Iberia.
MIAMI, 26 Jun 2018 /PRNewswire/ --
Muncul Menerusi Penampilan Sulung Terbesar Muzik Latin Tahunan, J Balvin "Vibras" Terpilih Sebagai 'Salah Satu Album Terbaik Tahunan Setakat Ini' Oleh TIME, ROLLING STONE & BILLBOARD
Berasal dari Medellín, Colombia, José Álvaro Osorio Balvin, lebih dikenali dalam kalangan sekumpulan peminat global sebagai pemenang beberapa kali Grammy Latin J BALVIN, telah mendapat pujian oleh Billboard sebagai "aksi persembahan terhebat yang disaksikan oleh muzik Latin selama bertahun-tahun" dan merupakan satu-satunya artis Latin yang tersenarai sebagai tumpuan utama Rolling Stone baru-baru ini untuk "Klasik Baharu" – "individu berwawasan yang kreatif… yang tidak mahu terkongkong oleh peraturan lama tatkala mereka menakrifkan wilayah masa depan." Dengan gaya berbeza hasil usaha beliau sendiri, memberi penghormatan kepada gelombang pertama bintang-bintang Reggaeton dari Puerto Rico, namun digabungkan dengan irama hip hop Columbia tambahan serta arus perdana, lebih menggoda berbanding lirik bermegah-megah dan minat yang tinggi terhadap fesyen, J Balvin menjadi peneraju yang tidak dapat disangkalkan lagi bagi revolusi Reggaeton generasi kedua, menggerakkan muzik Urban kembali ke hadapan muzik Latin seluruh dunia.
Antara album sulung label utama yang mengubah industri LA FAMILA, pelapis berbilang platinum ENERGIA (Album Latin #1 pada tahun 2016) dan lagu single utama baru-baru ini seperti Mi Gente dan Machika, J Balvin serta merta menghasilkan sembilan lagu single Latin #1, mempunyai lebih 50 juta pengikut media sosial dan Sejumlah SEPULUH BILION Tontonan YouTube. Pada musim panas yang lalu, "Mi Gente" J Balvin menjadi lagu bahasa Sepanyol sepenuhnya yang pertama menduduki #1 dalam carta 50 Global Spotify dan kini Balvin telah mengatasi Drake dengan menjadi artis #1 Spotify di dunia. Dengan gaya beliau yang rintis dan kejayaan carta, J Balvin juga menjadi salah seorang kolaborator yang paling mendapat permintaan bagi muzik Latin dan kini telah bekerjasama dengan artis-artis seperti Beyoncé, Justin Bieber, Cardi B, Liam Payne, Nicky Jam, Pharrell Williams, Ariana Grande, Major Lazer, Poo Bear, Juanes, Daddy Yankee, Camilla Cabelo, dan ramai lagi.
Menerusi pelancaran VIBRAS yang menduduki tempat teratas dalam carta baru-baru ini, J Balvin menambah koleksi baharu dalam katalog beliau yang telahpun terkenal, yang menggabungkan lagu-lagu kenangan silam yang memberi penghormatan kepada reggaeton gaya lama, diimbangi dengan paduan baharu yang mencabar yang mendorong genre ini maju jauh ke hadapan dengan gaya, toleransi dan irama yang akan terus memperluas penerimaan global terhadap muzik Urban Latin. Dengan senarai kolaborasi bintang terkenal yang hebat yang disebutkan sebelum ini yang telahpun memberi reputasi yang baik kepada beliau, Balvin memilih untuk menonjolkan kekuatan lembaran muzikal beliau dengan tumpuan gandingan yang memberi perhatian terhadap reggaeton sezaman yang disegani (Wisin y Yandel, Zion & Lennox), artis-artis Latin silang genre yang mendapat pujian pengkritik (Carla Morrison, Rosalio) serta artis-artis antarabangsa yang inovatif/meningkat naik seperti Willy William, Anitta, dan Jeon. Kebanyakan album dapat menyaksikan peranan penerbit diteruskan oleh rakan kongsi artistik/penerbit Colombia sekian lama Balvin Sky, serta perintis reggaeton Puerto Rico Tainy, manakala Willy William dan Chuckie & Childsplay menerajui lagu single termaju #1, iaitu masing-masing "Mi Gente" dan "Machika". Namun demikian, sama ada ia merupakan irama propulsif bagi lagu-lagu hit yang telahpun kukuh kedudukannya, atau irama groove musim panas yang santai bagi lagu utama dan lagu single semasa "Ambiente," satu tema sejagat yang dipastikan oleh Balvin untuk diselitkan dalam seluruh album adalah muzik yang mana semua audiens dapat dinikmati/terhubung serta merta dengan melanjutkan pemahaman budaya Latin dan mendorong Sepanyol ke hadapan menuju kedudukan yang saksama dalam lanskap pop global.
Rancanglah sekarang untuk menyertai J BALVIN pada musim luruh ini sempena VIBRAS TOUR Amerika Utara, Dibawakan oleh Buchanan's Whisky. Jelajah selama 27 hari yang diterbitkan oleh Live Nation ini bermula pada 19 September di Fresno, California dan akan menjelajah ke Los Angeles, New York, Miami, Chicago, Las Vegas, Houston dan banyak lagi.
Imej dan Video untuk Dimuat Turun
https://umusic.box.com/s/yaopaib78w4x20h290b657zkeyk46t4q
www.JBalvin.com – Instagram - Twitter - YouTube - Facebook – Spotify – Apple Music - iTunes
Latar Belakang Universal Music Group
Universal Music Group (UMG) ialah peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik, dengan pelbagai pilihan perniagaan yang terlibat dalam rakaman muzik, penerbitan muzik, barangan dan kandungan audiovisual di lebih 60 negara. Menyediakan katalog rakaman dan lagu yang paling komprehensif merentasi setiap genre muzik, UMG mengenal pasti dan membangunkan artis serta menerbitkan dan mengedarkan muzik yang paling mendapat pujian pengkritik dan berjaya secara komersial di dunia. Komited terhadap kesenian, inovasi dan keusahawanan, UMG memupuk pembangunan perkhidmatan, platform dam model perniagaan bagi meluaskan peluang artistik dan komersial untuk artis kami serta mencipta pengalaman baharu untuk peminat.
Universal Music Group ialah sebuah syarikat Vivendi. Ketahui lebih lanjut di: http://www.universalmusic.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/710691/Universal_Music_Latin_Entertainment_J_Balvin_Spotify.jpg