omniture

Samsung Asset Management Lancar ETF Bertumpu Internet China

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
2018-06-27 17:16 1340

HONG KONG, 27 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited ("SAMHK"), subsidiari milik penuh Samsung Asset Management Co., Ltd. ("SAM"), melancarkan Dana Tukaran Mata Wang (ETF), Samsung CSI China Dragon Internet ETF, yang melabur dalam 30 syarikat internet Cina yang terbesar. ETF baharu ini bertujuan agar benar-benar sepadan dengan prestasi Indeks Internet China Global CSI China, penanda aras untuk saham-saham internet Cina dengan nilai permodalan yang besar.

Di bawah simbol 2812.HK, ETF melabur dalam syarikat-syarikat internet China terbesar yang telah tersenarai di tanah besar China, A.S. dan Hong Kong selama lebih 3 bulan atau dengan saiz IPO melebihi US$10 bilion. Dana ini akan melibatkan tiga syarikat gergasi internet besar China Alibaba, Baidu dan Tencent, serta saham-saham yang baru tersenarai seperti China Literature dan IQIYI.

Carmen Cheung, Ketua ETF di SAMHK, berkata bahawa Samsung CSI China Dragon Internet ETF ingin merebut pulangan daripada syarikat-syarikat gergasi internet global generasi seterusnya.

"Kami benar-benar percaya bahawa syarikat-syarikat internet China akan terus menjadi kuasa dominan dalam ekonomi digital global. Menerusi pertumbuhan yang mampan dan permodalan pasaran yang berkaitan, kami berpendapat sektor internet China memberi peluang yang menarik kepada pihak pelabur," kata Cik Cheung.

Trend global yang lebih luas mencadangkan bahawa pengaruh China terhadap ekonomi digital global akan terus meningkat. Menerusi pasaran yang besar dan baharu, syarikat-syarikat internet Cina akan terus berkembang dalam pasaran tempatan dan dunia.

Peter Lee, Ketua Bahagian Strategi ETF Global di SAM menambah bahawa, "Tidak syak lagi bahawa pelabur-pelabur institusi global berminat dalam syarikat-syarikat Cina. Kini, mereka mempunyai cara yang mudah untuk melabur dalam syarikat-syarikat Internet Cina yang paling cerah dalam pelbagai pasaran dan akses kepada IPO berkaitan kesemuanya di bawah satu produk."

Latar Belakang SAMHK

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited ("SAMHK") ialah syarikat liabiliti terhad yang diperbadankan di Hong Kong pada 1 November 2007. Syarikat terlibat khususnya dalam perkhidmatan pengurusan aset dan khidmat nasihat pelaburan sekuriti di Hong Kong. SAMHK memperoleh lesennya daripada SFC pada 23 April 2008 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dikawal selia Jenis 4 (menasihati tentang sekuriti) dan Jenis 9 (pengurusan aset) dengan Nombor CE AQG442.

Latar Belakang SAM

Ahli syarikat-syarikat Samsung Group, Samsung Asset Management Co., Ltd. ("SAM") ialah pengurus aset yang terkemuka di Korea dengan aset bawah pengurusan sebanyak US$214.4 bilion setakat 31 Mac 2018.

 

Source: Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology New products/services Financial Technology