Kemudahan pengeluaran Triom baharu syarikat teruskan peluasan globalnya dalam pasaran kenderaan dua dan empat roda baru muncul
HANOI, Vietnam, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Varroc Lighting Systems, pembekal bertaraf global yang terkemuka bagi pencahayaan kenderaan luar, meluaskan keupayaan globalnya dalam pasaran-pasaran baru muncul yang utama menerusi pembukaan kemudahan pengeluaran baharu di Vietnam, meningkatkan kebolehannya untuk menyediakan teknologi canggih kepada pelanggan di wilayah ini.
Kemudahan baharu ini, terletak kira-kira 30 minit di luar Hanoi, meneruskan kejayaan pencahayaan kenderaan dua roda Triom, sebuah syarikat pencahayaan Itali milik majoriti Varroc dan memberi kedudukan yang lebih baik kepada Varroc Lighting untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran pencahayaan empat roda.
"Kehadiran kami di Vietnam bersama Triom sangat membuahkan hasil sejak lima tahun lalu," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Varroc Lighting Systems Stephane Vedie. "Melalui peluasan ini, kini kami berpeluang untuk meneruskan kejayaan berkenaan. Kemudahan baharu kami meletakkan kami pada kedudukan kompetitif yang kukuh bagi menyokong pelanggan kenderaan dua roda dan empat roda baharu dan sedia ada di rantau ASEAN."
Kemudahan baharu ini akan menggaji lebih 120 kakitangan dan mempunyai peluang untuk peluasan selanjutnya pada masa depan.
Kit media dengan imej-imej beresolusi tinggi sedia dimuat turun di: http://bit.ly/VietnamPlantOpeningMediaKit.
Latar Belakang Varroc Lighting Systems
Varroc Lighting Systems ialah pembekal bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian pencahayaan automobil dan kenderaan dua roda yang inovatif. Bertumpu pada keselamatan, mobiliti dan gaya, Varroc Lighting Systems membawakan teknologi canggih kepada pasaran automotif arus perdana dengan penyelesaian berkualiti tinggi dan berkos kompetitif. Beribu pejabat di Plymouth, Michigan, A.S., syarikat mempunyai lebih 7,200 kakitangan di seluruh dunia dengan operasi-operasi dijalankan di Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Varroc Lighting Systems ialah ahli utama kumpulan perniagaan komponen automotif Varroc Group.
Kunjungi www.varroclighting.com untuk maklumat lanjut.