omniture

Eff Creative Group Umum Ibu Pejabat Serantau Singapura

Eff Creative Group
2018-06-29 20:14 1517

NEW YORK, 29 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Eff Creative Group, sebuah syarikat Inc. 500 memenangi anugerah yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan produk digital dan produk pengguna yang rintis, mengumumkan peluasan operasinya dengan memperkenalkan ibu pejabat serantau baharu di Singapura.

Ini merupakan satu langkah seterusnya untuk syarikat memandangkan wilayah ini mendapat permintaan yang kukuh terhadap perkhidmatan kreatif dan bertumpu reka bentuk. Menerusi perkhidmatannya yang memenangi anugerah dan diiktiraf di seluruh dunia, jejak baharu Eff akan membantu mengukuhkan tawaran kreatif wilayah tersebut. Pejabat baharunya beribu pejabat di Capital Tower yang berprestij, terletak di Daerah Pusat Perniagaan Singapura.

Awal bulan ini, para eksekutif Eff diundang untuk mengadili Anugerah Stevie Asia Pasifik yang unggul. Hakim-hakim terdiri daripada Doron J. Fetman, Ketua Pegawai Eksekutif, Toby Hassan Fishman, Ketua Pegawai Pematuhan dan Mansi Sharma, Pengarah Eff Creative PTE. Ltd., Singapura. Asal usul antarabangsa Mansi yang pelbagai dan jaringan yang mencakupi seluruh Asia membolehkannya berkhidmat sebagai rakan sekutu serantau yang mantap yang menerajui operasi Singapura. Ketua Pegawai Eksekutif Eff turut diundang untuk berkhidmat sebagai pengerusi Kreatif & Pemasaran untuk International Business Awards® akan datang di London, England.

"Sebagai warga India-Indonesia asli, saya bersemangat untuk membantu menyebarkan keajaiban Eff di seluruh Pasifik dan Singapura, bandar yang menonjolkan pertumbuhan tiada tandingan dengan evolusi pesat bermula sebagai pulau pasca kolonial menjadi kuasa besar yang utama di dunia yang sukar ditandingi," kata Mansi Sharma, Pengarah. "Singapura ialah tuan rumah sempurna untuk usaha futuristik Eff kerana ia mengalu-alukan inovasi dan pelaburan dari seluruh dunia."

"Kami memilih pejabat saudara kami agar berada di Singapura kerana kami dapat melihat keperluan terhadap perkhidmatan kreatif di wilayah ini," kata Doron J. Fetman, Ketua Pegawai Eksekutif. "Kepakaran kami terletak pada pelancaran produk yang kreatif di wilayah masing-masing dan membawanya secara strategik ke A.S. Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat bagi membantu mereka berkembang maju dalam pasaran global."

Pasukan eksekutif New York akan berada di Singapura sempena pelancaran rasmi pada awal Ogos ini. Untuk mengadakan pertemuan, sila hubungi: asia@effcreative.com

LATAR BELAKANG EFF CREATIVE GROUP
Eff Creative Group ialah sebuah syarikat Inc. 500 yang memenangi anugerah, terletak di Times Square, New York. Dengan sepasukan penginovasi kreatif yang berpengalaman, Eff mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan produk digital dan pengguna yang rintis dengan strategik, melancarkan kempen untuk perniagaan dengan penyelesaian pasaran yang ditempah. Dengan pejabat-pejabat di Bandar Raya New York, Singapura dan Hong Kong, Eff ialah agensi kreatif butik bersepadu secara vertikal yang terkenal di dunia yang berpengalaman dalam pelbagai industri dan sentiasa mencipta semula dunia reka bentuk, media dan teknologi. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari: www.EffCreative.com.

Perhubungan Media:
Press@EffCreative.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/712267/Eff_Creative_Group__Logo.jpg

Source: Eff Creative Group
Keywords: Advertising Corporate Expansion New products/services