omniture

Pelancaran Telefon Pintar Honor Menang Anugerah dalam Pasaran Amerika Latin

Honor
2018-06-30 02:53 2095

SHENZHEN, China, 30 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Honor, jenama telefon pintar dalam talian terkemuka yang ditujukan untuk golongan pengguna digital, hari ini mengumumkan kemasukan rasminya ke dalam Amerika Latin sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan global yang berterusan oleh syarikat. Dengan upacara pelancaran yang masing-masing diadakan di Colombia pada 28 Jun, Mexico pada 5 Julai dan Bolivia pada 10 Julai, tidak lama lagi Honor akan memperkenalkan empat peranti terkininya kepada pelanggan tempatan iaitu Honor View10, Honor 7X, Honor 7A, Honor 7S. Sementara itu, Honor merancang untuk menembusi negara-negara lain di Amerika Latin pada tahun hadapan, seperti Chile, Peru, Argentina, Costa Rica, Panama, Guatemala dan sebagainya.

Empat Telefon Pintar Honor dilancarkan di Amerika Latin
Empat Telefon Pintar Honor dilancarkan di Amerika Latin

 Jenama Honor berjanji untuk meningkatkan pengalaman mudah alih untuk golongan milenia yang mementingkan kos namun fokus pada Internet tanpa sebarang kompromi yang ingin menonjolkan keperibadian sengit mereka melalui produk yang unik, dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan mereka dari segi kualiti, reka bentuk dan ciri-ciri premium terkini. Rancangan peluasan ini membolehkan Honor menunaikan janjinya kepada pelanggan di Amerika Latin, menyediakan mereka dengan produk-produk tiada tandingan yang memiliki prestasi, reka bentuk dan kemampuan luar biasa.

Berucap mengenai keterujaan syarikat terhadap rancangan peluasan baharu itu, George Zhao, Presiden Honor berkata, "Matlamat kami adalah untuk menjadi lima jenama telefon pintar terbaik menjelang tahun 2020. Amerika Latin ialah salah satu pasaran telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia dengan peningkatan permintaan agar mendapat lebih banyak pilihan. Honor berkedudukan baik untuk memenuhi keperluan yang belum diterokai ini dengan portfolio produk yang kukuh dan ciri unik jenama. Kami komited untuk melabur dalam pasaran penting ini dan rancangan peluasan ini hanyalah permulaan kepada rancangan kami untuk wilayah tersebut."

Sebagai jenama baharu yang berusia empat tahun, Honor berkembang pada kadar kelajuan yang tidak dapat dibayangkan di seluruh dunia. Secara domestik, Honor telah mengatasi semua pengusaha telefon pintar e-jenama di China mulai Januari hingga Disember 2017 dari segi jumlah jualan dan pendapatan, menurut firma penyelidikan pasaran bebas, Sino. Baru-baru ini Honor dinobatkan sebagai dwijuara Festival Beli Belah "618" (salah satu acara jualan dalam talian seluruh negara yang terbesar yang berlangsung pada 18 Jun setiap tahun). Honor mencapai jumlah jualan kumulatif tertinggi sepanjang tempoh festival berkenaan dan menduduki tempat pertama dari segi jumlah jualan harian dalam kategori telefon pintar. Di luar China, Honor turut menunjukkan kekuatan dan populariti menerusi jualan luar biasa semasa musim beli belah 'Black Friday' di Eropah dan AS. Menerusi pertumbuhan bahagian pasaran yang hebat, Honor juga merupakan yang ketiga terbesar dalam pasaran Rusia selama 12 tahun berturut-turut, menurut laporan GFK 2018. Perlu dinyatakan bahawa produk istimewa Honor, iaitu sejuta unit Honor 10 dijual di seluruh dunia hanya dalam tempoh 26 hari, yang merupakan pencapaian memecah rekod antara semua telefon pintar Honor.

Eric Che, Presiden Honor Amerika berkata, "Pelanggan di Amerika Latin tidak sabar-sabar lagi menantikan saat ini. Kami berasa teruja kerana akhirnya dapat membawa jenama dan produk kami ke rantau ini dan kami yakin bahawa pengguna di Amerika Latin bakal menjadi sebahagian daripada kumpulan peminat global setia kami yang mengiktiraf nilai unik peranti pintar kami dengan pantas."

Rancangan peluasan syarikat telefon menembusi Amerika Latin adalah susulan kemasukan baru-baru ini ke dalam Turki, Vietnam, Thailand dan Indonesia awal tahun ini. Berada di lebih 74 negara dan wilayah, kini Honor mempunyai lebih 100 juta peminat seluruh dunia. Menuju masa depan, Honor akan terus membangunkan pasaran tempatan dan luar negara dan berusaha keras untuk meningkatkan pengalaman mudah alih pengguna setiap hari.

Honor View10 – Produk Istimewa Dikuasakan AI

Rasailah kuasa AI dengan Honor View10. Honor View10 menawarkan teknologi AI canggih dan prestasi hebat yang unggul. Dilengkapi dengan Unit Pemprosesan Rangkaian-Neural (NPU) bagi menyediakan ciri AI dan prestasi yang mendayakan prestasi yang lebih pantas dan lebih baik, Honor View10 ialah pemenang mutlak, dianugerahkan dengan senarai anugerah "Terbaik CES 2018" daripada rakan media pada Januari.

Honor 7X –Telefon paparan penuh terbaik untuk belia

Honor 7X ialah produk memukau dari segi prestasi dan harga. Dilengkapi dengan Kirin 659 okta-teras berkuasa dan unit pemprosesan grafik (GPU), digandingkan dengan paparan FullView, Honor 7X ialah produk hebat permainan sempurna dengan harga kompetitif. Rekod prestasinya dapat membuktikannya. Dalam pasaran China, 300,000 unit Honor 7X terjual dalam tempoh dua jam pertama jualan melalui Tmall.com semasa jualan "Hari Bujang" pada November tahun lalu. Setakat hari ini, telefon pintar siri X dijual secara popular di seluruh dunia. 7X sentiasa berada di tempat pertama dalam jualan runcit selepas penyenaraian Amazon di AS, dan pernah sekali habis terjual.

Honor 7A – Telefon pintar paling mudah diakses dengan ciri buka kunci dengan wajah

Honor 7A ialah telefon pintar paling mampu milik dalam kategorinya yang menawarkan ciri buka kunci dengan wajah dan memori yang baik. Berserta Paparan FullView pinggir-ke-pinggir dan kurang bezel, pemproses okta-teras berkuasa iaitu 1.8GHz  dan reka bentuk metalik yang anggun, Honor 7A membolehkan pengguna untuk lebih banyak melihat, lebih banyak merakam dan lebih banyak mengekspresi. Dengan menawarkan gabungan teknologi, reka bentuk dan prestasi canggih pada titik harga yang tiada tandingan, Honor 7A berusaha mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa pengguna untuk meneroka tahap kemungkinan tertinggi.

Honor 7S – Pengubah Industri untuk Pengguna Telefon Pintar Baharu

Menampilkan paparan pandangan penuh, gagang berkuasa, pancaran LED pada depan dan belakang kamera, pengurusan bateri pintar, tiga slot termasuk dwi-SIM dan mikro-SD, Honor 7S mengatasi setiap telefon lain dalam kategorinya. Belum pernah ada telefon pintar yang berprestasi sedemikian tinggi dan bergaya yang lebih mudah dimiliki oleh generasi pengguna telefon pintar baharu, memberikan mereka pengalaman premium untuk melihat lebih baik, mendengar lebih jelas dan melakukan lebih lagi.

***

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

Platform-platform global Honor:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Honor Colombia:

https://www.hihonor.com/co/index.html
https://www.instagram.com/honorcolombia/ 
https://twitter.com/HonorColombia_C 
https://www.facebook.com/HonorColombia/ 
 https://www.youtube.com/channel/UC5wG6X59SwaWfahaTyFR1fQ 

Honor Mexico:

https://www.hihonor.com/mx/index.html
https://www.facebook.com/HonorMX/  
https://www.hihonor.com/mx/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180629/2176202-1

 

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion New products/services