omniture

Céline Dion di Schiaparelli Haute Couture

Schiaparelli
2018-07-02 15:00 984

PARIS, 02 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Schiaparelli dengan bangganya mengumumkan kolaborasinya bersama penyanyi dan ikon pop yang memenangi pelbagai anugerah Grammy, Céline Dion untuk pakaian pentas jelajah "Céline Dion Live 2018" beliau.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Legenda Kanada ini mendedahkan bahawa pakaian Schiaparelli Haute Couture beliau direka oleh Pepe Munoz semalam di Tokyo.

Kesemua pakaiannya dicipta di atelier butik busana Schiaparelli yang terletak di 21 place Vendôme, Paris dan direka oleh pengarah rekaan Bertrand Guyon, mereka mengadunkan keterampilan Busana Anggun dengan ciri kewanitaan dan keanggunan moden.

Personaliti Céline Dion terserlah melalui suit kain broked emas, gaun sifon sutera berwarna merah jambu terang, gaun tunik berjumbai berwarna biru metalik dan gaun sutera dua satin hitam tak simetri.

Ikuti berita terkini kami melalui Instagram: @Schiaparelli

Kredit foto:  Denise Truscello

Source: Schiaparelli
Keywords: Entertainment Fashion Retail Textiles