omniture

HIMSS Asia Pasifik dan eHealth Queensland tandatangani Perjanjian untuk Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac18

HIMSS Asia Pacific
2018-07-02 19:49 1959

SINGAPURA, 2 Julai 2018 /PRNewswire/ -- eHealth Queensland dan HIMSS Asia Pasifik telah menandatangani satu perjanjian agar eHealth Queensland dapat membantu fasilitasi Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac18 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Brisbane (BCEC) bertempat di Brisbane Australia mulai 5 – 8 November 2018.

HIMSS AsiaPac18 akan diadakan di bawah tema Rawatan Kesihatan Pada Bila-bila Masa, Di Mana-mana Jua. Topik-topik utama yang akan ditekankan dalam acara ini adalah dalam trek berikut:

  • Ketersambungan – Telekesihatan, Kebolehkendalian, Pertukaran Maklumat Kesihatan, Penjagaan Bersepadu
    Dalam trek ini, kami meneroka instrumen yang akan memacu ketersambungan antara penyedia dan pengguna, maklumat rawatan kesihatan, sistem IT dan tetapan penjagaan.
  • Perkongsian Pengguna – Penglibatan, Kesihatan Terhubung, Penjagaan Mengikut Pasukan, Penjagaan Bertumpu Pengguna
    Dalam trek ini, ketahuilah cara terbaik agar seiring dengan pengguna rawatan kesihatan era baharu. Dalam masa yang sama, temui cara-cara untuk berinteraksi dengan mereka yang masih belum terlibat dengan memanfaatkan maklumat dan teknologi.
  • Kemampanan – Model Perniagaan Inovatif, Penjagaan Berasaskan Nilai, Pengurusan Margin dan Hasil, Kolaborasi
    Trek ini meninjau strategi untuk pertumbuhan termasuk keperluan terhadap kolaborasi, kepentingan penyampaian nilai kepada pengguna dan penciptaan semula model perniagaan, memanfaatkan keupayaan yang baru ditemui untuk menginovasi demi kemampanan perniagaan yang dipertingkat.
  • Data – Genomik, Keselamatan Siber, Kecerdasan Buatan, Internet Komunikasi Benda, Rantaian Blok, Kesihatan Penduduk
    Trek ini meninjau potensi data: hasil lebih baik dan penyelesaian baharu yang dibawakan, berserta cabaran yang mengiringinya.

"Rawatan kesihatan mengalami transformasi penting, menerusi teknologi dan inovasi digital, berserta peningkatan ketersediaan data kesihatan dan analitik sistematik, demi membantu menambah baik hasil pesakit," kata Dr. Richard Ashby, Ketua Eksekutif, eHealth Queensland dan Ketua Pegawai Maklumat, Queensland Health.

"Persidangan ini akan membantu meningkatkan pemahaman tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh kita semua dalam rawatan kesihatan digital, bukan sahaja di Australia tetapi di peringkat antarabangsa, di samping meningkatkan kolaborasi dalam seluruh industri. Kami berbesar hati dapat membantu HIMSS dalam acara penting ini."

Simon Lin, Pengarah Eksekutif, HIMSS Asia Pasifik menambah, "HIMSS AsiaPac18 bukan sahaja akan membawakan kepimpinan pemikiran global dan peluang perangkaian bersama eksekutif-eksekutif rawatan kesihatan dan teknologi dari lebih 35 negara ke Australia, tetapi juga bakat-bakat unggul. Berharap dapat bekerjasama dengan lebih 400 Pegawai Atasan dan eksekutif kanan tatkala mereka menangani cabaran yang sama dalam penyediaan rawatan kesihatan dan meraikan bersama kami tatkala kami melancarkan inisiatif serantau baharu termasuk Hab Inovasi HIMSS AsiaPac, Health 2.0, Healthcare IT News AsiaPac dan paling menarik, dua model kematangan baharu HIMSS: Model Penerimaan Infrastruktur (INFRAM) dan Pengurusan Kematangan Maklumat Bekalan-Kesihatan (H-SIMM)."

"Dengan inovasi yang semakin menjadi satu kepentingan global dalam rawatan kesihatan, syarikat-syarikat baharu dan penginovasi mengubah sektor ini pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini. Health 2.0 – tambahan baharu HIMSS – yang mempromosikan, memaparkan dan memangkinkan teknologi baharu dalam rawatan kesihatan, akan diperkenalkan buat julung kalinya di HIMSS AsiaPac18. Para hadirin kami boleh berharap untuk menyaksikan demonstrasi menarik dan bekerjasama dengan rakan sejawat yang sealiran dan berpandangan jauh."

"Kesemua ini kini dapat dijayakan dengan sokongan Kerajaan Queensland."

HIMSS akan menganjurkan acara-acara khas ini HIMSS AsiaPac18:

Pendaftaran kini dibuka. Layari www.himssasiapacconference.org untuk maklumat lanjut.

Source: HIMSS Asia Pacific
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Trade show news Data Analytics Future Events