omniture

Sidang Kemuncak Pelaburan China-Israel ke-4 bermula 2 Julai

Zhuhai Huafa Group
2018-07-02 21:06 1536

ZHUHAI, China, 2 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pelaburan China-Israel ke-4 diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhuhai mulai 2 hingga 3 Julai. Sidang kemuncak ini dipimpin oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China, Kementerian Kerjasama Serantau Israel, Kementerian Kesaksamaan Sosial Israel dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong, dianjurkan oleh Pusat Kerjasama Antarabangsa Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China, Konsulat Jeneral Israel di Guangzhou, serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhuhai, selain dianjurkan bersama Kementerian Ekonomi dan Industri Israel, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Guangdong, Suruhanjaya Ekonomi dan Maklumat Wilayah Guangdong, Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Guangdong, Jabatan Perdagangan Wilayah Guangdong, Kerajaan Rakyat Perbandaran Shantou, Zhuhai Huafa Group dan juga Infinity Group of Israel.

Sidang Kemuncak Pelaburan China-Israel ke-4 bermula 2 Julai
Sidang Kemuncak Pelaburan China-Israel ke-4 bermula 2 Julai

Persidangan ini menumpu pada tema "Kerjasama Inovasi demi Masa Depan yang Cerah dan Pintar di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong - Hong Kong-Macau" dan digabungkan dengan hala tuju pembangunan Zhuhai untuk industri-industri baru muncul, merumuskan forum utama persidangan dan lima sub-forum industri yang melibatkan industri-industri sains dan teknologi baharu dan baru muncul, iaitu Pengilangan Pintar 2025, Ekonomi Digital, Bioperubatan, Harta Intelek dan Bandar Pintar. Dalam masa yang sama, ia akan mengadakan jemputan dan pengagihan rakan-ke-rakan yang tepat, mengadakan pertukaran pengagihan bersemuka B2B China-Israel, menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan selain pengenalan kepada projek-projek pelaburan antara China dan Israel dan mendorong perkembangan yang baik dan pesat dalam industri-industri baru muncul di Zhuhai.  

Sidang kemuncak ini mengundang pegawai-pegawai seperti En. Nagev Cohen iaitu Konsulat Jeneral Israel di Guangzhou dan En. Tzachi Hanegbi, iaitu Menteri Kerjasama Serantau Israel. Ini dapat mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antara China dan Israel. Wakil-wakil kanan yang lain, termasuk En. Yao Yudong, mantan Pengarah Institut Penyelidikan Kewangan People's Bank of China, En. Yu Yi, Presiden dan Pengarah Urusan Greater China of Accenture Digital Services, En. Xiong Yi, Naib Presiden IBM Global, Cik Dong Mingzhu, Pengerusi dan Presiden Zhuhai Gree Electric Appliance Co., Ltd, En. Wu Guangquan, Presiden dan Setiausaha Jabatan Jawatankusa Parti bagi China National Aero-Technology International Holdings Limited (AVIC International), En. Shraga Brosh, Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Israel dan Dr. Oded Shoseyov, Prof. Kejuruteraan Protein dan Bioteknologi-Nano bagi Hebrew University of Jerusalem, akan turut menyertai majlis perasmian dan menyertai perbincangan mengenai topik-topik seperti kerjasama teknologi & inovasi China-Israel dan pembangunan Kawasan Lebih Besar Guangdong - Hong Kong-Macau.

Semasa persidangan, syarikat-syarikat dan institusi-institusi Cina dan Israel akan mengadakan rundingan dan penandatanganan perjanjian berhubung puluhan projek kerjasama dan terdapat lebih 2,000 syarikat B2B yang berganding bahu bersama-sama. Tencent, Alibaba, IBM, IDG Capital, Accenture, ACAC, Foxconn, Beijing Automotive dan syarikat-syarikat lain yang diketahui umum adalah antara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, serta golongan elit dalam bidang khusus ini termasuk Hikvision yang merupakan syarikat yang berada di kedudukan pertama dalam bidang pengawasan video seluruh dunia, Foxconn M Sub-group (Health Care Business Group) dan lain-lain. Bidang kerjasama termasuk sains kewangan dan teknologi, pengilangan perindustrian, komunikasi mudah alih dan Internet, sains pertanian dan teknologi serta tenaga bersih. Jumlah pelaburan membabitkan hampir 10 bilion yuan.

Setakat 27 Jun, sebanyak 2,000 syarikat dan organisasi dari China dan Israel mendaftar untuk menyertai sidang kemuncak ini dengan lebih 5,000 peserta, termasuk hampir 250 wakil daripada agensi kerajaan Israel dan syarikat-syarikat cemerlang. Syarikat-syarikat yang mendaftar kebanyakannya mencakupi pengilangan perindustrian dan pengautomatan, komunikasi mudah alih dan Internet, tenaga bersih, sains pertanian dan teknologi makanan, Internet komunikasi benda, teknologi automotif, teknologi kewangan, aplikasi perindustrian, sains hayat, penyelidikan akademik dan bidang-bidang lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180701/2177794-1

Source: Zhuhai Huafa Group
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Machinery Oil/Energy Telecommunications Wireless Communications Trade show news