MASA DEPAN AIR JELAS KELIHATAN
MANDEVILLE, Louisiana, 9 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Dengan memanfaatkan teknologi yang dibangunkan beberapa tahun kebelakangan ini, MECO memperkenalkan smartANALYTICS® sebagai cara untuk menghubungkan mesin dan sistem penulenan air dengan analitik data raya serta kepakaran dalaman. Meskipun pemerolehan data dan trend menjadi perkara biasa dalam seluruh industri, smartANALYTICS® MECO direka agar bersifat prediktif dan menyokong keperluan pelanggan demi mengoptimumkan operasi sistem air mereka.
smartANALYTICS® MECO membolehkan sejumlah besar data operasi diprofilkan secara berterusan terhadap data reka bentuk dan sistem yang sama atau serupa dalam lapangan. Data raya dan pemprofilan memberi kebolehan untuk melihat perubahan atau pola kecil dengan lebih mudah seraya dapat menyediakan maklumat yang cepat kepada pelanggan agar mereka dapat mengoptimumkan prestasi, mengelakkan masa henti tak berjadual dan melibatkan sumber-sumber secara proaktif seperti yang diperlukan.
"Penyelenggaraan prediktif adalah lebih baik berbanding reaktif," kata George Gsell, Presiden MECO. "Sekiranya seseorang mengambil kira seluruh jejak dalam sistem penulenan air, ia sebenarnya melibatkan kita dengan agak menyeluruh. Selain penggunaan tenaga dan kadar pemulihan air, terdapat juga penggunaan bahan kimia, pembersihan dan hayat membran serta pelupusan penapis. Dengan adanya maklumat, pasukan kami berupaya berkongsi pengetahuan dan juga amalan terbaik.
"Penulenan air adalah amat penting untuk begitu banyak industri-industri berbeza. Teknologi ini membolehkan kami terhubung dengan lebih erat dengan pelanggan kami, untuk menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan mereka dengan lebih proaktif dan membantu mereka mengendalikan loji mereka dengan cara yang paling cekap."
Untuk maklumat lanjut mengenai smartANALYTICS® MECO, layari www.meco.com/meco-smart-analytics.
NOTA EDITOR: Foto, video dan temubual bersama wakil-wakil syarikat disediakan atas permintaan.
Latar Belakang MECO:
MECO ialah pengeluar produk-produk direkayasa untuk penulenan air yang menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai industri. MECO juga merupakan pengeluar utama dunia bagi loji penulenan air untuk pelantar minyak dan gas luar pesisir serta industri-industri bioteknologi dan farmaseutikal yang mana air ultra tulen menjadi bahan utama dalam proses pembuatan ubat-ubatan. MECO turut menyediakan sistem penulenan air termaju kepada Angkatan Tentera A.S. MECO ialah sebuah syarikat berpangkalan di Louisiana yang mempunyai kemudahan-kemudahan di Houston, Texas, Mandeville, Louisiana, Limerick, Ireland, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, layari www.meco.com.
Perhubungan Media:
Natolie Herold
nherold@meco.com
985-249-5591