omniture

Usaha Niaga ConsenSys Kaleido Labur di APAC dengan Kerjasama Amazon Web Services Penuhi Lonjakan Permintaan Perusahaan terhadap Rantaian Blok

ConsenSys
2018-07-11 00:12 3090

Bagi memenuhi lonjakan permintaan terhadap penyelesaian rantaian blok dalam kalangan perusahaan dan kerajaan di APAC, usaha niaga ConsenSys, Kaleido, mengumumkan pelaburan utama dan perluas ketersediaan Awan Perniagaan Rantaian Blok di dua kawasan Amazon Web Services baharu di Asia Pasifik dan melancarkan projek serantau baharu yang penting.

HONG KONG, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Kaleido, satu perniagaan ConsenSys yang dilancarkan dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS), mengumumkan pelaburan baharu yang besar dan peluasan Awan Perniagaan Rantaian Blok di rantau Asia Pasifik (APAC). Ini merupakan tindak balas kepada kepimpinan APAC dalam mengguna pakai teknologi rantaian blok dan peningkatan permintaan oleh rantau ini terhadap infrastruktur ketersambungan perdagangan baharu yang diinginkan oleh kerajaan dan perniagaan untuk revolusi perindustrian keempat. Kaleido kini tersedia di Sydney dan Seoul, diikuti dengan beberapa kawasan lain tidak lama lagi.

Rantaian blok ialah teknologi penting yang membolehkan era inovasi baharu yang dapat mengubah cara kita menjalani kehidupan dan bekerja. Integrasi ekonomi yang semakin berkembang antara negara-negara APAC yang membentuk blok perdagangan baharu seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), pertumbuhan pesat dalam sektor e-dagang serta peningkatan pembayaran rentas sempadan memperlihatkan bahawa kepercayaan dan ketelusan rantaian blok yang semakin meningkat adalah sangat diperlukan. Kebolehgunaan yang luas dalam semua industri penting menjanjikan kemajuan besar untuk banyak aliran transaksi dan proses perniagaan. Kebolehan Kaleido untuk menyelaraskan pewujudan jaringan perniagaan yang selamat dan dibenarkan memperkasa organisasi-organisasi untuk mempercepatkan transformasi melalui penggunaan teknologi rantaian blok.

Steve Cerveny, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaleido berkata, "Bagi memenuhi keperluan unik perusahaan dan organisasi kerajaan, Kaleido dibangunkan dengan kualiti-kualiti perusahaan dalam elemen terasnya." Dengan konsortium rantaian blok yang terdiri daripada perusahaan terkemuka dan kerajaan di Eropah dan Barat yang telahpun berada dalam platform ini, Kaleido berkembang ke pusat-pusat data AWS di Rantau Asia Pasifik (Sydney) dan Asia Pasifik (Seoul), berserta beberapa pusat data lain yang dirancang pada beberapa bulan akan datang. Ini menawarkan perniagaan APAC dengan persekitaran terbukti yang mempunyai skala global, keselamatan dan kualiti perkhidmatan yang diperlukan untuk rangkaian rantaian blok bergred pengeluaran.

Joe Lubin, Pengasas Bersama Ethereum dan Ketua Pegawai Eksekutif ConsenSys berkata, "Pelaburan yang serius dalam inisiatif rantaian blok perusahaan di seluruh Asia Pasifik adalah amat tinggi. Meneruskan perkongsian kami dan kehadiran serantau yang penting bersama AWS, Kaleido dan ConsenSys Solutions APAC memenuhi permintaan ini dan berkedudukan yang baik untuk memperluas dan berkembang dengan pantas di seluruh rantau. Ini hanyalah satu permulaan, banyak lagi yang bakal menyusul."

Caifeng Gene, sebuah syarikat penjujukan, pengumpulan dan analitik data genomik yang berpangkalan di Shanghai, memilih platform Kaleido untuk menyediakan pertukaran data dengan kebenaran yang rintis. Pada peringkat awal, syarikat akan menumpu untuk menambah baik pengesanan, pencegahan dan pengurusan diabetes awal yang telahpun menjejaskan lebih 110 juta pesakit di China dan hampir 10 peratus penduduk dewasa. Syarikat akan memanfaatkan Kaleido bagi membangunkan konsortium berkisarkan data Kohort Rujukan Diabetes serta data diagnostik pesakit.

Peserta-peserta lain dalam konsortium akan melibatkan hospital, penyedia perkhidmatan penjujukan genom, syarikat bioteknologi dan farmaseutikal. Menggunakan teknologi rantaian blok yang disediakan oleh Kaleido, organisasi-organisasi yang mengambil bahagian akan berupaya berkongsi rekod perubatan, data makmal, data genotip daripada tatasusunan mikro dan data DNA daripada Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS) dengan selamat dan cekap bagi membangunkan pelan rawatan berasaskan bukti yang disesuaikan mengikut setiap pesakit, sekaligus menjamin privasi peribadi.

"Matlamatnya adalah untuk memperkasa individu agar melindungi, berkongsi dan mengewangkan data mereka dan melakukan urus niaga dengan syarikat-syarikat farmaseutikal serta bioteknologi yang ingin memanfaatkan data bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan perubatan," ujar Lifeng Tian Ph.D dan Ketua Pegawai Eksekutif Caifeng Gene (Shanghai). "Dengan Kaleido, kami telah menemui rakan kongsi terkemuka dan platform terbukti untuk membantu menyampaikan dan mempercepatkan kedaulatan data berasaskan rantaian blok dan senario pertukaran yang dibenarkan. Ini akhirnya akan membawa kepada penemuan perubatan diabetes yang lebih pantas melalui diagnosis yang tepat dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan orang awam untuk populasi khusus ini dengan ketara."

Satu lagi contoh Kaleido dalam memperkasa transformasi industri ialah Projek i2i, satu konsortium yang semakin berkembang melibatkan bank-bank Filipina yang berhimpun bagi membawakan rangkuman kewangan kepada masyarakat luar bandar. Transaksi antara bank boleh mengambil masa sehingga sebulan lamanya, namun demikian, jaringan pembayaran berasaskan rantaian blok Projek i2i yang didayakan oleh platform Kaleido dapat mengurangkan masa kepada kurang daripada lima minit dan menyingkirkan keperluan penyimpanan rekod menggunakan kertas dan urus niaga manual.

Kaleido disediakan hari ini melalui AWS Marketplace dengan mengunjungi https://aws.amazon.com/marketplace atau daripada laman sesawang Kaleido di https://kaleido.io.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau mencuba Kaleido, layari https://kaleido.io

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolaborasi Kaleido dan AWS, sila baca siaran berita global.

Maklumat lanjut tentang ConsenSys
ConsenSys ialah satu pembentukan global antara pakar teknologi dan usahawan yang membina infrastruktur, aplikasi dan amalan terbaik bagi mendayakan dunia yang terpencar. "Hab" ConsenSys menyelaraskan, membangunkan, mempercepatkan dan menjana usaha niaga "jejari" melalui pembangunan, perkongsian sumber, pelaburan dan pembentukan usaha sama. ConsenSys mengkhusus untuk mengembangkan ekosistem rantaian blok berasaskan Ethereum melalui pelbagai domain termasuk ConsenSys Solutions, ConsenSys Capital, ConsenSys Labs dan ConsenSys Academy. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ConsenSys.net

Pautan Berkaitan
https://new.consensys.net

Source: ConsenSys
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion Blockchain