omniture

JAMS bakal Buka Pusat Timbang Tara Antarabangsa di Los Angeles dan New York

JAMS
2018-07-11 00:40 3250

LOS ANGELES dan NEW YORK, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- JAMS, penyedia persendirian terbesar bagi perkhidmatan pengantaraan dan timbang tara seluruh dunia, hari ini mengumumkan rancangan membuka Pusat-pusat Timbang Tara Antarabangsa JAMS (JIAC) di New York dan Los Angeles, meningkatkan akses kepada kemudahan timbang tara antarabangsa untuk peguam dan klien mereka di seluruh dunia. Pengumuman ini menjangkakan pilihan baharu bagi tempat timbang tara antarabangsa di California pada Januari 2019 susulan penggubalan baharu California Senate Bill 766 dan kelulusan yang dijangkakan oleh Gabenor.

JAMS ialah penyedia timbang tara yang terkemuka di dunia yang mempunyai ahli-ahli panel yang mengkhusus dalam timbang tara antarabangsa mencakupi beberapa industri, termasuk Kejuruteraan / Pembinaan, Sukan & Hiburan, Harta Intelek dan IT. JAMS mengendalikan ratusan timbang tara antarabangsa setiap tahun dan menyediakan sumber-sumber penting termasuk Peraturan Timbang Tara Antarabangsa JAMS dan Buku Kerja Klausa Antarabangsa JAMS. Jadual Bayaran dan Kos Timbang Tara Antarabangsa JAMS menjamin ketelusan bayaran apabila melibatkan penimbang tara antarabangsa. JAMS turut mengadakan prosiding timbang tara yang dilaksanakan oleh penyedia antarabangsa yang lain.

"Matlamat JAMS adalah untuk menawarkan fasiliti yang memperlihatkan perkhidmatan timbang tara antarabangsa unggul yang kami tawarkan kepada peguam dan klien mereka," kata Chris Poole, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JAMS. "Kami menyaksikan trend yang semakin meningkat dalam timbang tara antarabangsa di JAMS dan permintaan terhadap lokasi yang boleh diakses dan selesa amat dititikberatkan. Dengan menubuhkan pusat-pusat ini di dua pusat perniagaan dan perjalanan yang utama di dunia, kami menyasarkan untuk menyediakan peguam dengan akses kepada alatan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan prosiding ini dengan cara yang cekap dan berkesan kos."

Pusat-pusat ini, dijadual dibuka menjelang akhir tahun 2018, ialah yang pertama daripada beberapa Pusat Timbang Tara Antarabangsa JAMS yang dirancang dan akan ditubuhkan di lokasi-lokasi Pusat Resolusi JAMS sedia ada. Fasiliti-fasiliti ini mempunyai kemudahan yang dinaik taraf bagi menyediakan prosiding timbang tara antarabangsa yang cekap dan selesa. Selain ciri-ciri biasa pada JAMS, seperti Kafe dan Pusat Perniagaan JAMS, JIAC akan menyediakan:

  • Monitor LCD besar dan persidangan video berkualiti tinggi untuk peserta jarak jauh dan menyaksikan pemeriksaan balas
  • Reruai dan keupayaan penterjemahan
  • Internet percuma yang berkelajuan tinggi
  • Bilik perbicaraan yang luas dan selamat serta beberapa bilik pelepasan diri
  • Jadual modular untuk persediaan mesyuarat yang fleksibel
  • Rak yang luas untuk simpanan dokumen
  • Talian telefon khas untuk pengambilan kes merentasi zon-zon waktu
  • Vendor yang disemak termasuk pelaporan mahkamah dan perkhidmatan terjemahan
  • Ruang istirahat penimbang tara, untuk prosiding tiga pihak

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Los Angeles JAMS, terletak di kawasan perniagaan pusat bandar dan berhampiran hotel-hotel dan restoran-restoran terkemuka, akan menjadi antara yang pertama di California. Sekiranya SB 766 menjadi undang-undang, California akan menjadi pilihan baharu dan menarik untuk peguam bagi menempatkan timbang tara antarabangsa mereka dengan membenarkan penyertaan peguam luar negeri dan peguam bukan dari A.S.

Latar Belakang JAMS 
Ditubuhkan pada tahun 1979, JAMS ialah penyedia persendirian terbesar bagi perkhidmatan pengantaraan dan timbang tara seluruh dunia. Menerusi Pusat-pusat Resolusi di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa, JAMS dan lebih 350 pertubuhan tidak berpihaknya bertanggungjawab untuk menyelesaikan ribuan kes penting di dunia. JAMS boleh dihubungi di talian 800-352-5267. Maklumat lanjut disediakan di www.jamsadr.com dan anda boleh berhubung dengan kami melalui Twitter dan LinkedIn.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/701901/JAMS_Logo.jpg

Source: JAMS
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Corporate Expansion