omniture

Planet Tandatangani Perjanjian dengan Agensi Angkasa Thailand Tawar Khidmat Pemantauan Negara

Planet
2018-07-11 15:48 3434

SAN FRANCISCO, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Planet, syarikat data dan analitik geospatial yang terkemuka, telah menandatangani satu perjanjian dengan Agensi Pembangunan Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa (GISTDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains dan Teknologi Thailand untuk menyediakan imejan satelit bagi membolehkan pemantauan yang kerap dibuat di negara tersebut.

Planet akan menyediakan GISTDA dengan Peta Dasar Planet di seluruh negara pada setiap suku tahun. Peta dasar ini akan menyediakan kerajaan dengan imejan terkini dan bebas awan untuk digunakan oleh beberapa kementerian, termasuk Pertanian, Pembangunan Luar Bandar serta Air dan Pengairan.

"Dengan pemantauan dan analisis berterusan daripada Planet, Thailand akan memperoleh pandangan yang belum pernah didapati sebelum ini, yang akan membimbing keutamaan negara seperti pengurusan kelestarian dan sumber, perancangan bandar, keselamatan makanan dan pengawasan alam sekitar, bukan sahaja di peringkat politik, tetapi juga di peringkat akar umbi," kata Kandasri Limpakom, Pengarah di Pejabat Pembangunan Perniagaan dan Perikatan. "Data ini akan memainkan peranan penting tatkala Thailand membangunkan keupayaan pengesanan jarak jauhnya pada masa depan. Dengan berusaha bersama-sama, kami akan menggabungkan teknologi terkini dengan pengetahuan tempatan bagi meningkatkan prestasi keutamaan negara."

"Perkongsian ini akan membawa manfaat sosial dan ekonomi yang penting kepada masyarakat Thai. Planet akan menambah nilai kepada imejan hariannya dengan visi komputer dan pembelajaran mesin dengan kerjasama GISTDA," kata Shankar Sivaprakasam, Naib Presiden, APAC dan Jepun, di Planet. "Perkongsian bersama agensi-agensi angkasa kebangsaan berupaya mengiringi negara masing-masing menuju ekonomi pintar melalui angkasa dan data raya."

Thailand telah meningkatkan pelaburannya dalam program angkasa, khususnya dengan rancangan untuk membangunkan keupayaan pemerhatian terhadap Bumi. Sehinggalah satelit-satelit ini beroperasi, data harian Planet akan membolehkan mereka mendapatkan peta dasar bermusim yang tepat dan sedia untuk dianalisis.

Latar Belakang GISTDA
GISTDA ialah sebuah agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains dan Teknologi. Ia merupakan agensi utama Thailand yang bertanggungjawab menyediakan penyelesaian geospatial kepada sektor awam dan sektor swasta, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. GISTDA turut menjalankan program-program pembinaan keupayaan dalam GIS dan aplikasinya serta bergiat aktif dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan GIS dan Teknologi angkasa. Untuk mengetahui lebih lanjut layari http://www.gistda.or.th.

Latar Belakang Planet
Planet ialah syarikat aeroangkasa dan analitik data bersepadu yang mengendalikan kumpulan satelit pengimejan Bumi yang terbesar dalam sejarah, mengumpul sejumlah besar maklumat harian mengenai bumi kita. Planet mereka bentuk, membangunkan dan mengendalikan lebih 150 satelit dan menghasilkan perisian dan alatan dalam talian yang menyediakan data kepada pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut layari http://www.planet.com.

Hubungi:
Sarah Bates sarah.bates@planet.com

 

Source: Planet
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics