cnPilot™ e700 berikan daya pemprosesan Gigabit dan ketersambungan 802.11ac Gelombang 2 dengan 512 Kapasiti Pelanggan
ROLLING MEADOWS, Illinois, 11 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan cnPilot e700 baharu, Titik Akses Wi-Fi luar kelas perusahaan diurus awan. Dengan kurungan berkadar-IP67, menyokong piawaian 802.11ac Gelombang 2, titik akses ini amat sesuai untuk menyediakan fungsi ketersambungan di hotel, sekolah, perusahaan dan kampus perindustrian yang mana kapasiti pelanggan dan prestasi rangkaian adalah amat penting.
"Penggunaan Wi-Fi kawasan luar berkapasiti tinggi perlulah mampu bertahan terhadap persekitaran luar yang mencabar, seperti angin kencang, hujan, julat suhu melampau dan tiupan pasir bagi mencegah kerosakan dalaman sekaligus juga berupaya menyokong kehendak rangkaian yang luas," kata Daryl Schoolar, Ketua Praktis di Ovum. "Permintaan rangkaian sedemikian bererti perlunya untuk bergerak seiring memandangkan peranti digital menjadi lebih pintar dan aplikasi yang beroperasi menjana lebih banyak data dan memerlukan lebar jalur yang lebih hebat."
"Kami menggunakan cnPilot e700 untuk menyediakan fungsi ketersambungan kepada taman trak makanan luar di McAllen, Texas," kata Drew Lentz, Pengasas Bersama, Frontera Consulting. "Keputusan yang dapat kami lihat sejak dua minggu lalu adalah menggalakkan dan sempurna. Kami menggunakan penyelesaian pengurusan awan bebas Cambium Networks, cnMaestro untuk memantau dan mengekalkan peralatan dan ketersambungan tanpa wayar."
Ciri-ciri cnPilot e700 termasuk:
"cnPilot e700 ialah AP diurus awan yang menggunakan teknologi pembentukan alur dalam paut naik dan paut turun bagi memberikan prestasi yang tinggi dalam persekitaran dengan interferens RF yang tinggi," kata Rad Sethuraman, Naib Presiden Pengurusan Rangkaian Produk, Cambium Networks. "Selain ciri-ciri baharu ini untuk cnPilot e700, sistem ini menyokong penapisan LTE dalam jalur menghampiri 2.4 GHZ bagi mengurangkan interferens dan meningkatkan prestasi; dan port keluar PoE tambahan bagi memberi kuasa kepada aksesori seperti modul angkut balik tanpa wayar, sensor alam sekitar atau kamera keselamatan." e700 melengkapi titik akses Wi-Fi 802.11ac Gelombang 2 dalaman e410 dan e600, membolehkan pengendali rangkaian menggunakan liputan dalaman dan luar yang lancar pada kampus mereka, serta meningkatkan kuasa pengguna mereka untuk berkomunikasi dengan cekap dan berkesan, di mana-mana juga mereka mungkin bekerja.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Komitmen Cambium terhadap inovasi berterusan dalam akses tanpa wayar diperlihatkan menerusi berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang memberi manfaat kepada komuniti serata dunia. Ahli-ahli pasukan turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial untuk berkhidmat kepada masyarakat di lokasi mereka menetap. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.
HUBUNGI: Sara Black, 213.618.1501, sara@bospar.com
Logo- https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg