omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Perkongsian strategik bawakan pembuat auto bergaya Negara ke pasaran

2018-07-12 22:49

Perkongsian dapat membangunkan kereta sport elektrik Tomahawk syarikat daripada prototaip kepada pengeluaran - langkah pertama untuk membawakannya kepada pengguna

SUNNYVALE, California, 12 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Pengumuman oleh salah satu kereta sport empat tempat duduk dengan fungsi elektrik sepenuhnya yang pertama dan terpantas di dunia telah menggegarkan industri automotif dan kini, satu perkongsian dinamik dapat membantu menjamin laluan jalanan Tomahawk bagi tujuan pengkomersialan di seluruh dunia.

Dubuc Motors, pengeluar automobil dalam jumlah yang rendah bagi kenderaan elektrik mewah yang berprestasi tinggi dan pencipta kereta sport Tomahawk dengan rekaan yang hebat, bekerjasama dengan Xnergy Financial LLC, sebuah firma perbankan pelaburan pelbagai aspek yang menyediakan perkhidmatan hutang dan ekuiti serta penggabungan dan pemerolehan kepada syarikat-syarikat dengan pertumbuhan rintis dan dalam pasaran pertengahan.

Melalui perkongsian bersama ini, Dubuc Motors menjangkakan sekiranya modal institusi dapat menyokong syarikat, ia dapat memanfaatkan penyelesaian ujian dan pensijilan yang diperlukan agar patuh kepada persekutuan dan dalam masa yang sama turut mendapatkan tanah dan kemudahan pengeluaran berkeluasan kira-kira 200 000 kaki persegi. Syarikat berhasrat untuk meningkatkan jadual kerjanya dengan ketara melalui penggajian kakitangan tambahan bagi melaksanakan proses pembuatan tanpa pembaziran melibatkan kepakaran berkualiti dalam ribuan unit setiap tahun.

"Kami merekayasa emosi, kami inginkan agar kualiti kenderaan kami dan minat sebenar pasukan kami jelas terlihat. Penting juga untuk kami merekayasa Tomahawk agar menumpu pada jantina, tidak berat sebelah kepada stereotaip namun dapat memenuhi keperluan demografi yang dahulunya kurang mendapat perhatian dalam segmen ini. Pengguna akan memperoleh kepraktikan dan kecanggihan demi pengalaman pemanduan yang lebih mendalam dan lebih memuaskan," kata pengasas bersama Mike Kakogiannakis.

Syarikat juga percaya ia dapat meluaskan kumpulan penggunanya dengan memenuhi 11% keperluan demografi melibatkan lelaki bersaiz besar dan tinggi di Amerika Utara serta wanita yang tercari-cari kereta sport mewah yang fleksibel untuk gaya hidup mereka. Barisan tempat duduk tambahan dan ruang kargo yang luas membolehkan ulang alik harian dilakukan dan malah lebih versatil untuk keperluan keluarga. Dubuc Motors menyasarkan untuk meletakkan kedudukannya sebagai pencabar bertanggungjawab untuk mengubah dunia dan dikenali sebagai syarikat yang paling inovatif dalam industri kereta sport.

Latar Belakang Dubuc Motors

Dubuc Motors, Inc., sebuah syarikat kereta elektrik tahap awal membangunkan kenderaan mewah berkualiti tinggi, komited dalam mereka bentuk dan mengilangkan automobil pintar yang sama cekap dan mengagumkan. Reka bentuk pertama syarikat, Tomahawk ialah model kereta sport yang sangat menarik, salah satu kereta sport empat tempat duduk dengan fungsi elektrik sepenuhnya yang pertama dan terpantas di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di https://dubucmotors.com

Latar Belakang Xnergy Financial LLC

Xnergy Financial LLC, Anggota FINRA/ SIPC, sebuah firma perbankan pelaburan antarabangsa yang mempunyai kepakaran luas dalam pelbagai industri membolehkan mereka menyediakan penyelesaian kewangan yang segera dan kreatif kepada pelanggan mereka tanpa mengira tahap kerumitan. Pasukan profesional dalam sektor tertentu terus menyesuaikan penyelesaian kewangan yang mereka sediakan bagi bertindak balas kepada perubahan peluang pelanggan mereka. Perkhidmatan Xnergy melibatkan kewangan korporat hutang dan ekuiti, penggabungan, pemerolehan dan perkhidmatan pelupusan serta khidmat nasihat perniagaan dan kewangan. http://www.xnergyib.com

SIARAN MEDIA INI TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI TAWARAN UNTUK MENJUAL ATAU PERMINTAAN TAWARAN UNTUK MEMBELI, DAN TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU APA-APA JUALAN SEKURITI INI DI MANA-MANA NEGERI ATAU BIDANG KUASA YANG MANA TAWARAN, PERMINTAAN ATAU JUALAN SEDEMIKIAN ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG SEBELUM PENDAFTARAN ATAU KELAYAKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG SEKURITI DI MANA-MANA NEGERI ATAU BIDANG KUASA BERKENAAN.

SEKURITI UNTUK PELABUR TERAKREDITASI MELALUI DUBUCMOTORS.COM DITAWARKAN DI AMERIKA SYARIKAT MELALUI SAGEWORKS CAPITAL, LLC, PENGEDAR-BROKER BERDAFTAR DAN ANGGOTA FINRA/SIPC. DUBUC MOTORS, SAGEWORKS CAPITAL MAHUPUN XNERGY FINANCIAL LLC TIDAK MENYEDIAKAN APA-APA KHIDMAT NASIHAT PELABURAN ATAU MEMBUAT APA-APA CADANGAN PELABURAN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU PUN, DAN KOMUNIKASI MELALUI LAMAN SESAWANG INI ATAU MANA-MANA MEDIUM LAIN TIDAK SEHARUSNYA DITAFSIRKAN SEDEMIKIAN.

Perhubungan Media dan Pelabur, Mike Kakogiannakis, mike@dubucmotors.com

 

 

Source: Dubuc Motors
Related Links:
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Auto

Sports

Transportation

New products/services

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us